JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Sunday, April 26, 2009

B.U.M (Bina Ukhuwah Muslim) dari B.I.G (Bina Insan Guru)..

minggu ni, aku dan rakan2 p BIG selama 4 hari di Pulau Pangkor....BIG or Bina Insan Guru ni adalah aktiviti wajib bagi pelatih guru untuk melayakkan dia meneruskan pengajian....lebih kurang cam BTN la...

Masa kat BIG ni kami didedahkan dengan macam2 pengalaman yang kadang2 tak sangka leh wat...aku bukan la spesis yang pandai berenang, tapi leh lepas berenang...siap nek rakit sesama lagi... pengalaman yang sangat menyeronokkan la bagi aku... (gambar di sana, mungkin sahabat len akan tunjuk coz hp kami kene rampas so takleh nak tgkap gambar..hu2)

selain tu, ditambah pulak ukhuwah antara kelas yang sebelum ni dok sembang saja, tapi ble dah pi same2, susah same2, makan same2, tido sama2, kami makin erat... Betul la kaedah usrah yang diterapkan iaitu makan bersama, tido bersama, ibadah bersama, mampu mengeratkan lagi ukhuwah... jelas dan nyata cam kat BIG nih...

Kat sini gak, aku percaya ramai yang dapat banyak input berkaitan solat jamak, aurat muslimat waktu solat, tentang najis dan banyak lagi...rakan-rakan kat BIG nih tak putus2 tanya soalan tentang agama and ada gak yang berminat nak sembang tentang cerita2 nabi... aku jadi kagum dengan insan2 nih yang tak malu bertanya walaupun kadang2 soalan tu simple tapi diorang still tanya untuk kepastian...so...bagus la daripada jadik manusia yang malu nak tanya akhir sekali sesat entah samapai mana...

Allah mengatur setiap sesuatu dengan cantik... kat BIG ni aku mula bijak menilai manusia dan kehidupan... Lepas BIG ni, aku mula nampak macam mane nak letak diri aku selaku student yang berumur 22 tahun di tempat yang layakbagi usia itu....hehe....biar aku je yang paham...
yang pasti, Allah akan bagi peluang kita membaiki diri...nak atau taknak??? fikir sendiri....

p/s: nak bagi credit pada kelas G3 yang dah banyak bantu kelas G7.... especially muslimat yang tolong waktu masak and aktiviti air... moge ukhuwah kita yang terbina di BIG berpanjangan hingga al-JANNAH... tq also to min G3 for the tazkirah...tq much2...

Sunday, April 19, 2009

Sukan??? Puja Matahari?? apa kaitannya...???

Aritu...adik saya ada borak dengan saya tentang tarian semangat yang selalu team All Black New Zealand buat sebelum pertandingan rugby... bunyinya sangat menarik...


erm...hari tu sekali lagi saya terdengar lagu tarian tu masa hari sukan burung-burung sedunia...(pinjam ayat enta ye al-qarni) masa Bird Cheers... Sang helang yang dok nyanyi...mujur dapat no 3....kalu dapat no 1...agaknya jadi trademark sang helang plak...huhuhu.. nak tau kenapa saya berminat nak cite pasal lagu sang helang nih...??? hemm....
Liriknye lebih kurang cm gini...

Ringa pakia...
Uma tiraha

Thuri wathia

Hope whai ake

waewae tahakia kia kino


ka mate ka mate
ka ora' ka ora'

ka mate ka mate

ka ora' ka ora'

tenei te tangata puhuruhuru
nana i tiki mai whakawhiti te ra
upane upane

upane kaupane

Whiti te ra

He...


ha....camtu la lirik dia...pelik tapi cam best je kan...kalu tengok team All Black buat, lagi semangat..tapi.................................cube kite tengok maknanya pulak...

Slap the hands against the tights
Puff out the chess
Bend the kness
Let the hip follow
Stamp the feet as hard as you can...

I die I die
I live I live
I die I die
I live I live
This is the hairy man
...Who caused the sun to shine again for me
Up the ladder up the ladder
Up to the top
The sun shines
He
haa....amacam sekarang....?? lain macam je kan maknanya... mugkin bagi penganut agama lain, benda nih cam takde pe bagi mereka...tapi bagi muslim...ia memang sangat berbahaya...

adik saya kata, tarian radisional ini bukan la sesuatu yang baru semata-mata nak gerunkan pihak lawan...tapi ada sejarah di sebalik tarian ka mate nih...ianya lebih kepada pemujaan terhadap roh dan matahari...


Ka Mate ni sebenarnya di bawak oleh Te Rauparaha,ketua kumpulan masa peperangan Ngati Toa... tujuannya untuk menakut-nakutkan pihak lawan...dan menjadi salah satu dari upacara haka... Ia juga menjadi salah satu daripada sambutan kejayaan kehidupan selepas mati........
(kalu nak detail bleh search kat wikipedia...)


kat sini saya nak nasihat kan pada diri saya sendiri, dan sahabat sekalian...kalu nak amik lirik lagu atau apa sahaja dari barat kena la kaji latar belakangnya... dikhuatiri takut de unsur pemujaan atau mengajak kita untuk lari dari agama yang satu...iaitu Islam...
takut juga syahadah kita terbatal kerananya...Nauzubillah...

p/s: mungkin lebih baik pasukan sorak yang nyanyi lagu intifada...lebih semangat dan tak terpesong...

Ini betul2...bukan cobaan....

Seperti yang dijanjikan...post aku yang seterusnya ialah berkenaan tragedi pelik tapi benar...
Ramai sahabat yang dah bercerita tapi aku jugak nak cite pengalaman ni..yela..bukan selalu dapat... dan aku jugak tak minta de pengalamn cam nih...dan aku harap jugak biar la ni yang terakhir...hu2...
Antum percaya tentang adanya makhluk halus???
mungkin susah nak percaya bagi orang yang rasa dirinya 'moden'...
sebenarnya, benda ni wujud...

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Surah Adz-Dzaariyaat:56)

Nah!! ni ayat Quran...tak percaya lagi???
Maksudnya, makhluk ini memang wujud...mereka juga makhluk Allah...

Ok, aku bukan nak bercerita panjang tentang kejadian yang menimpa sahabat aku, Intan (bukan nama sebenar) dan Nona (Juga bukan nama sebenar).. Bukan niat nak mengaibkan, tapi aku nak kongsi pengalaman aku yang telah membuka mata aku yang rabun ni menjelajah satu alam ciptaan Allah SWT...Allahuakbar..


Kisah pertama:

Ustaz Darul Syifa pegang kepala Intan seolah-olah dia pegang tanduk...pastu dia patahkan satu tanduk....Intan mengerang...
"Aduh...habis la aku dah huduh..."
"Padan muka hang...dah takda tanduk...spesis apa jin takda tanduk...hang dah takda tanduk...hang nak keluaq ka taknak??"
"Tak mau...aku nak duk dalam dia ni...dia ni baik....alim...solat tak tinggal...tak suka bohong...dia sayang mak pak dia....." dan acam-macam lagi.....

aku terdiam dan berfikir seketika.... erm....Intan memang macam tu...dia sangat baik...dia rajin ajak aku solat Subuh jemaah...puasa...pegi surau... hemmm....insaf...!!


Kisah kedua:

Di surau...Aku peluk Intan...dia sangat takut mendengar nama Ustaz Zakaria...
"Jap lagi ustaz Z datang nak ubat Intan..."
"Taknak kak Nora...Intan nak balik.."
"Intan...Intan tak boleh balik....Intan kene lawan dia..."
Intan menangis..
Aku ajak dia jalan sambil baca ayat kursi...dia pun ikut sama dalam keadaan teresk-esak...
Tak lama pastu...seorang muslimin datang....aku pun tak pasti apa yang dilakukannya...
dia panggil Intan ke depan surau...nampak dia bermunajat.... tiba-tiba Intan mengelupur..
"Allahuakbar...Allaaaaaaaaaaahukabar...."
muslimin tu start azan...Intan pun berlari ke pintu.. aku pun terkam dia...aku tau dia mesti sakit aku buat camtu...tapi bila aku fikir jin yang ada dalam badan Intan, aku mest tolong Intan...

Selepas Intan diubati oleh ustaz Z...Intan dapat lihat...ada dikalangan Jin yang duduk di dalam surau...ada yang solat dan ada yang mengaji...

Jelas depan mata aku...aku pernah dengar je yang kalu syaitan dengar azan dia lari pi bilik air... tapi malam tu betul...Jin dalam badan Intan jugak tak tahan dengar azan.... dan jelas juga bahawa semua makhluk beribadat pada Allah....SubhanAllah...

Kisah tiga:

Kejadian ni pun di surau jugak...Setelah bertungkus-lumus ustaz nak keluarkan jin dalam badan Nona..Nona punpengsan...ustaz suh dia tido dulu...ustaz kate ustaz nak pi makan...semua muslimin balik...tinggal la beberapa orang muslimat dalam surau tu...Aku pegang tangan Nona... Aku pun takut-takut berani je....tapi sebab kesian sangat tengok Nona.. kami pun duduk dekat keliling dia...tiba-tiba seorang sahabat bersuara:
"Kalu Allah nak keluarkan jin ni dari badan Nona ni, sekelip mata Allah boleh kuarkan...tapi Allah nak tengok usaha kita nak tolong Intan..."
Semua terdiam.... dan kami semua setuju untuk bermunajat pada Allah sendirian... Kami semua diam membisu...terlihat seorang demi seorang menitiskan air mata....Pengharapan hanya pada Allah sebab kami dah tak tau lagi nak buat apa...semua diam...berdoa dalam hati moga Allah mudahkan urusan Nona...

Tiba-tiba....

kaki Nona kejang...Nona bergerak-gerak...mukanya berkerut..kakinya tertarik ke muka pintu.. kami semua pegang tangan Nona...Nona bangun dan terus muntah... kami tanya Nona..
"ok tak?"
"Kenapa Nona ada kat surau ni???"
"Kami semua tersenyum...Nona dah kembali...

Aku terdiam seketika...air mata tak henti-henti jatuh...
semua yang ada sujud syukur...sebenarnya pergantungan
dan persandaran makhluk hanya pada Allah.....!! Sebelum balik, Nona kata 'benda tu tengok dia dari luar surau......................

Mugkin nampak cam merepek apa yang au cuba
sampaikan...tapi itulah hakikatnya....Allah telah menyususn atur semua secantiknya....Manusia yang perlu meneroka mencari hikmah yang ada di dalamnya... Alhamdulillah...ukhuwah kami semakin rapat....InsyAllah..kekal hingga ke jannah....
p/s: Intan kata ada yang menokok tambah cerita sebenar.... Kalu sesiapa tahu kisah sebenar,perbetulkanlah...takut da segelintir yang menokok tambah bawak aib sahabat muslim kita plak....nauzubillah...




Friday, April 17, 2009

Siapa?? Siapa??


Dalam dunia ni banyak jenis orang ada...tapi setiap orang berbeza antara satu sama lain.... bezanya banyak kategori... berbeza saiz.... ada kecik, ada besar.....ada rendah, ada tinggi.... berbeza pandangan... ada cerdik, ada kurang cerdik.... berbeza ideologi.... ada sekular, ada sosialis.... dan macam-macam lagi yang tak terkategori....

tapi..kat sini, saya nak kategorikan beberapa orang yang kekadang ciri-ciri tu ada pada kita... so...jom muhasabah....

Siapakah orang yang sibuk???

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seperti dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman...



Siapakah orang yang manis senyumannya??



Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila tiba musibah kepadanya, dia berkata "inna lillahi wainna ilaihi rajiun" sambil berkata : "Ya Rabbi, aku redho dengan ketentuanMu ini.." sambil tersenyum...

Siapakah orang yang kaya??

Orang yang kaya ialah orang yang sentiasa bersyukur dengan kenikmatan yang ada dan ingat tentang kenikmatan dunia yang sementara...

Siapakah orang yang miskin??

Orang yang miskin ialah orang yang tidak pernah merasa cukup dengan nikmat yang diberikan dan sentiasa mengharapkan harta-benda....

Siapakah orang yang rugi??

Orang yang rugi ialah orang yang sudah berada di usia pertengahan tetapi masih liat melakukan amal ibadah....



Siapakah orang yang cantik??

Orang yang cantik adalah orang yang berakhlak dengan akhlak yang mulia...

Siapakah orang yang paling luas rumahnya??

Orang yang mempunyai rumah yang luas adalah orang yang mati membawa amal kebajikan, di mana waktu dikubur, kuburnya akan diluaskan saujana amata memandang....

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit??

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang tidak membawa amal kebajikan maka kubur akan menghimpitnya ketika mati....

Siapakah orang yang berakal??


Orang yang berakal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akalnya di dunia untuk mengelakkan diri dari siksa neraka...

p/s: InsyaAllah post akan datang nak cite pengalaman 'baru' yang pelik tapi benar...insyAllah akan diulas dengan baik untuk iktibar kita semua...dah minta kebenaran dan dapat sokongan sahabat yang 'mengalami'...insyaAllah... bertemu di post akan datang...

Thursday, April 9, 2009

Islam and Science

Doktor, Islam dan Logik :
Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden
Disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azhar

Doktor memulakan syarahannya dengan
membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak

"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di
tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka
8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan
8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati
syarahannya secara
ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,
beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan
tangan kanannya dan kemudian
membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan
mengambil sedikit garam menggunakan
jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita
ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi
konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan
kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong
proses penghadaman (digestion), ia merupakan
the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari
kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita
berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah
yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral,
garam juga adalah penawar yang paling mujarab
bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital,
the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk
halus yang inginmengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan
itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmallah (BismillahirrahmaNirrahim).
Membaca Basmallah sebelum makan untuk
mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmallah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri
walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg
besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana
apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide,
yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan
cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali
orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang
berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotic yg dapat melawan penyakit.
Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit
sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin
didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100
kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya,
suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan
virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah
antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100kali
ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody
sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati
agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia
terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi(cube). Ia terletak diposisinya
sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para
cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,
tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang
yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar,Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan
kebenaran keempat-empat Imam tersebut.