JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Tuesday, June 30, 2009

kau kekasihku......

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.


salam untuk mu yaa...Rasulullah. ....

Saturday, June 27, 2009

jika komitmen da'ie benar2 tulus.....


"Dan antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka
janjikan kepada Allah ; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara
mereka ada (pula) yang menunggu-menunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah
janjinya." [Al-Ahzab 33:23]

1. Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus..., maka tidak akan banyak
aktivis dakwah yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus melaju dengan
mulus untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu memancangkan prinsip-prinsipnya
dengan kokoh.

2. Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus..., niscaya hati sekian
banyak orang akan menjadi bersih, pikiran mereka akan bersatu, dan fenomena
ingin menang sendiri saat berbeda pendapat, akan jarang terjadi.

3. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka sikap toleran akan
semarak, rasa saling mencintai akan merebak, hubungan persaudaraan semakin kuat,
dan barisan para aktivis dakwah akan menjadi bangunan yang berdiri kokoh dan
saling menopang.

4. Jika komitmen aktivis dakwah dakwah benar-benar tulus..., maka dia tidak akan
peduli saat ditempatkan di barisan depan atau di barisan belakang. Komitmennya
tidak akan berubah ketika ia diangkat menjadi pemimpin yang berwenang
mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal
atau dihormati.

5. Jika komitmennya benar-benar tulus..., maka hati seorang aktivis dakwah akan
tetap lapang untuk memaafkan setiap kesalahan saudara-saudara seperjuangannya,
sehingga tidak tersisa tempat sekecil apa pun untuk permusuhan dan dendam.

6. Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus..., maka sikap toleran dan
saling memaafkan akan terus berkembang, sehingga tidak ada momentum yang
menyulut kebencian, menaruh dendam, dan amarah. Namun sebaliknya, semboyan yang
diusung adalah "Saya sadar bahwa saya sering melakukan kesalahan, dan saya yakin
Anda akan selalu memaafkan saya."

7. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka semua orang akan
sangat menghargai waktu. Bagi setiap aktivis dakwah, tidak ada waktu yang
terbuang sia-sia karena dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada
Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada
kebaikan yang mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik
dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Aktivis dakwah yang aktif di masjid
untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

8. Jika komitmennya benar-benar tulus..., maka setiap aktivis dakwah akan segera
menunaikan kewajiban keuangannya untuk dakwah tanpa merasa ragu atau bimbang. Di
dalam benaknya, tidak ada lagi arti keuntungan pribadi dan menang sendiri.

9. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka akan muncul fenomena
pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata "ya" untuk dorongan nafsu atau segala
sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah
kata "ya untuk segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

10. Jika komitmen para aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka setiap orang
yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh
ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari
Allah.

Sumber : Kitab "Komitmen Da'i Sejati", Muhammad Abdu

p/s: peringatan utama untuk ana... juga diberi buat sahabat2, para aktivis dakwah, di mana sahaja kalian berada....tegurlah ana jika ada silap diri ini...

Friday, June 26, 2009

Laut Beku..??

Assalamualaikum...
untuk post kali ini, saya nak tunjukkan beberapa keping gambar yang saya dapat daripada group alumni SERATA (SMA Raja (P) Taayah)...perkara ini menurut ceritanya berlaku di Pakistan...sahih atau tidak... Wallahua'lam....saya pun tak pasti kalu sahabat2 pernah melihat atau mendengar sendiri cerita ini...walau bagaimanapun, ia agak mengerikan....perkara ini benar2 mengingatkan saya tentang Hari Kebangkitan yang semakin hampir....

LAUTAN BEKU DI PAKISTAN..





Kalu di perhatikan, ombak juga turut membeku...







Ada lagi beberapa gambar yang saya tak sertakan di sini....bukanlah gambar ini yang mainkan peranan sebenarnya...tapi diri kita sendiri...kalau lah sekiranya takde gambar ini, adakah kita akan terus leka...fikir2kanlah...

Sunday, June 7, 2009

masjid oh masjid.....


Alhamdulillah, Malaysia kini telah melalui satu fasa yang amat meberansangkan apabila kita mampu membina bangunan pencakar langit yang mampu menggugat negara maju lain seperti Amerika dan Jepun sendiri....
Tahukah anda juga bahawa kita telah berjaya membina pelbagai reka bentuk masjid yang sangat mengagumkan....
AKU BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA...

Tapi....
tahukah anda dalam berpuluh...atau mungkin beratus...atau mungkin beribu....tersingkap seribu rahsia berkenaan masjid2 di Malaysia nih...???

Aku nak bawak satu kisah yang aku dengar dari tok aku....
Tok aku tinggal di satu kampung yang terpencil jauh di kawasan pedalaman...tapi bukanlah tak de kemudahan langsung...ade la jalan tar yang menghubungkan kawasan kampung dengan pekan terhampirnya iaitu Kampung Gajah, Perak....

Alkisahnya begini....
Pada suatu tengahari jumaat yang sunyi...sebab kampung ni memang selalu sunyi...kaum muslimin sudah mula bergerak menuju ke masjid di kampung tersebut untuk menunaikan solat Jumaat...de yang naik motor, ada yang jalan kaki...tapi jarang2 yang naik keta...maklumlah, kawasan kampung ni adalah kawasan mereka yang veteran...jadi tak ramai yang berkereta melainkan ade anak2 mereka balik bercuti...

bila semua jemaah dah berkumpul...seorang bilal pun start kira...kira3...Allahuakbar...!!! 39 orang.... camne ni...?? nak cukupkan 40... so mereka pun amik kehadiran...sape yang tak datang ari tu...

lepas tu...bila dah dapat detect sape tak datang...2 orang ditugaskan ke rumah insan ke 40 tu...rupa2nye dia sedang tido nenyak...sungguh kasihan...mereka pun kejut lah insan ke 40 ni...bila dah dtg insan ni, baru la di mulakan solat jumaat...

persoalannya di sini bukanlah insan yang ke 40 tu...tapi...

1. Bila bukan waktu2 solat, kampung ni meriah dengan bunyi motor yang ditunggang oleh budak2 remaja...tapi tiba je waktu solat, senyap sunyi...bila check di surau dan masjid, takde pulak... wah!! bagus ni...kita berjaya lahirkan remaja yang tahu hormat waktu solat sebab senyap sunyi bila tiba waktu solat...!!

2. Bila ade kenduri kawin atau kenduri kesyukuran, memang meriah...kalu wat kat surau atau masjid plak ramainye macam 3 kampung bergabung...pelik??

hemmm...tapi takpe la...kita tinggal kan kisah tu...aku nak bawak satu kisah lagi...ni hal masjid jugak...tapi tadi di kawasan pedalaman...ni kat kawasan bandar yang memang sah bandar...

hari jumaat hari tu aku dan family bermusafir ke negeri sembilan untuk lawat sahabat ayah aku...mse tibe di seremban kami tersesat ke satu kawasan iaitu seremban 2...kawasan tu nampak aje baru...tapi dah penuh dengan pemabangunan yang pesat....bangunan yang tinggi2...antaranya, jusco, hotel2 mewah...dan....aku tak cam lagi...tapi bangunan mewah2 la....ade juga kwasan perumahan golongan elite yang mana pintu gerbangnye di jage oleh jaga...hemmm...sape la dok kawasan perumahan berpagar tu ye...takpe la...kita lupekan...

masa kami tiba, jam dah pukul 12.45...ayah aku nak kejar solat jumaat...oleh kerana kami baru di situ....kami pun tak tau kedudukan masjid di mana...kami pun jenoh la pusing2 kat kawasan tu...last2 kami amik keputuasan nak tanye orang situ...kami pun berenti tanya pada sorang pakcik kedai...tak tanya la nape pakcik tu tak solatkan....tapi takpe la....adik aku yang baru bangun tido pun pergi bertanya...

"masjid jauh dik dari sini...adik kona kanan...jumpa traffik light...kona kiri...kanan...bla...bla..bla.."

ok...kami dah tau...kami ikut la pe pakcik tu kate...tapi jauh mane lagi...tak kan la kawasan sebesar ni takde masjid berhampiran kot...sebab kami memang berada di tengah2 seremban dua...kami pun pusing2...dah dekat 20 min, kami jumpa masjidnye hasil bantuan sorang pakcik yang terlewat ke masjid...jam dah tunjuk kol 1.45..orang dah solat...tapi...yang bermain dalam kotak pikiran aku...

1. betul la kata pakcik kedai tadi yang masjid terdekat adalah masjid yang sejauh 20 minit dari kedai di tengah seremban 2 tu...sebab pakcik tu kata masjid tu di kawasan taman cedang...memang kami ke kwasaan tu pun...jadi...memang takde masjid terdekat!!! hairan!! sebesar2 kawasan takde masjid???

2.ku pikir, masjid yang takde di tengah bandar tu, mungkinlah sebesar masjid Putra Jaya ke tak pun sebesar masjid Dairy kat Ipoh tu...tapi alangkah sedihnya...masjid tu hanyalah sebesar masjid Sekolah Izzuddin je....kate adik aku, masjid sek izzuddin tu lagi besar...aduh...sungguh kasihan...

3. yang lebih sedih kenapa takde inisiatif nak bina masjid di tengah bandar tersebut...takde kawasan??? kawasan baru...masih banyak yang boleh di bina...

hemmm...kesimpulannya, kesedaran tentang peri pentingnnya hadirkan diri ke masjid tak ramai yang hayati...pe yang aku pernah dengar dari ustaz aku dulu...aku tak pasti...mugkin hadis...

"selagi mane seorg lelaki mendengar azan, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan solat jemaah di tempat tersebut..."

dan percayalah...bila kita tak imarahkan rumah Allah, musuh2 Islam akan sibuk mencari peluang menjatuhkan Islam...

wallahua'lam...

p/s: Antara golongan yang dapat perlindungan arasy Allah di akhirat adalah orang muda yang hatinya tertaut pada masjid...fikir2kanlah...

Tuesday, June 2, 2009

suatu hari nanti pasti...


hari ni..mulalah tugasan aku seperti biasa.... anak2 sudah ku hantar ke Pusat Asuhan Tadika Islam...aku pun mula mendrive kereta aku menuju ke suatu premis yang tidak lagi asing padaku...SEKOLAH...

aku disambut oleh pakcik jaga dengan lafaz Assalamualaikum...
Aku pun menjawab salam sambil tersenyum... dihadapan sekolah tertulis slogan... "Menjana Generasi Murobbi"....aku tersenyum...insyAllah...
suatu hari nanti pasti...

Aku berjalan menuju ke pejabat...sepanjang koridor, aku terdengar bacaan al-Quran oleh anak-nak murid di sekolahku...setiap pagi, mereka akan mengalunkan bacaan Al-Quran yang wajib dihafal...darjah 1 dengan juzuk satunya, darjah dua dengan juzuk 2 dan 3 nya...dan seterusnya...aku tersenyum....1 hari nanti pasti....

Aku tiba di pejabat...kosong cume ade beberapa orang guru sahaja...guru wanita...aku tersenyum...mereka menjawab salam yang aku berikan..aku tahu, pasti di surau penuh dengan warga sekolah...
jam menunjukkan pukul 7.26...waktu syuruk...pasti ramai tidak mahu ketinggalan melakukannya...aku pun berjalan menuju ke surau...ramai yang telah selesai menunaikannya...aku terlewat...

selesai solat, aku meneruskan langkahku ke tapak perhimpunan...murid2 beratur penuh disiplin...semuanya berkepiah putih...yang muslimat bertudung...walau bagaimanapun ada juga non-muslim...mereka nampak tidak kekok dengan amalan sekolah ini...aku jadi pelik kalu muslim sendiri tak suka dengan amalan macam ni...hemm...
di perhimpunan, alunan asma'ul husna dilaungkan dengan penuh semangat...ikrar dibaca oleh ketua pengawas dan disambut oleh guru2 dan murid dengan semangat yang meluap2..
"Allahu ghoyatuna,
Ar Rasul Qudwatuna,
Al-Quran dusturna,
Al-Jihadu sabililuna,
Al Mautu fi sabilillah,
Asma amalina...."
Diakhiri dengan laungan takbir... ALLAHUAKBAR!!!
aku tersenyum lagi...1 hari nnti pasti...

selesai perhimpunan jam 8.00 pagi...
sesi persekolahan bermula...semua murid diberi ilmu2 dunia...
sains, math,bm,sej...dan semuanya...
tapi bukan ilmu kosong...setiap yang diajar pasti dikaitkan dengan agama yang benar...ISLAM...
"B-A bunyinye BA...T-U bunyinye TU.... Bunyinye??" murid2 menjawab..."BATU"..."spe yang jadikan batu...???"
Murid2 menjawab... "ALLAH..." Aku tersenyum...1 hari nnti pasti...

tepat jam 10.00pagi...waktu rehat bermula...murid2 tahap 1 beredar ke kantin untuk menjamu selera... manakala murid2 tahap 2 bergegas ke surau untuk menunaikan solat dhuha...mereka akan bergilir...jadual itu telah ditetapkan...solat dhuha amat besar faedahnya...sepanjang waktu rehat alunan zikir munajat dialunkan...suara Ustaz Badrul Amin, amat menyentuh perasaan...aku menyeka air mata sambil tersenyum....1 hari nanti pasti....................

pelikkan...aku ni berangan je...
tapi bukan angan2 kosong...aku harap semua itu terjadi...mungkin lebih hebat dari apa yang aku fikirkan...
sahabat2 pasti punya impian...aku juga begitu...aku akan pastikan semua ini terlaksana... ianya bukan mustahil dengan izin Allah...ISLAM pasti menang 1 hari nnti.... pasti...!!!

p/s:musim cuti tak diisi alangkah rugi...