JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Thursday, September 17, 2009

raya oh raya...


assalamualaikum....
hemmm...dah hampir sebulan kita berpuasa dan mengerjakan ibadah di bulan yang suci ini...Ramadhan...rasa singkat sgt pulak Ramadhan kali ni.....mungkin kesibukan menyebabkan kita tak perasan masa terus berlalu dengan pantasnya....

bila dah tbe mood raya macam ni....mula la teringin nak dengar lagu2 raya...nak tepon famili di kampung....nak tau mcm mne preparation kat rumah....kuih raya dah buat blum...baju raya dah siap ke blum...macam2 la sampai kadang2 mood tu membuak2....at last, takde mood nak wat keje ape pun melainkan cerita bab raya.......

aku...??? hemmm...pastinya raya merupakan sesuatu yang menyeronokkan...bila teringat waktu kecik2, lebih terasa keseronokannya...main mercun, pasang panjut, bakar lemang, masak dodol...semuanya serba serbi lengkap....masa budak2 dlu, esok nak raya, malam ni dah tak bleh tido...tapi mak bagi syarat, spe tak tido tak bleh raya....adduuuuh...masa tu usaha tangga kejayaan...mata terus dipejam...sepupu kat sebelah dok panggil2 nak main tutup botol...(kalau sesiapa yang tak pernah main, penutup botol kaca yang de tajam2 tu....dijetik2..kalau nak tau lebih lanjut tanya org yang tahu...hehe)....sonok la waktu kecik2 dlu...sebab waktu tu tak tau pe...taunye nak raya je...

aku teringat waktu raya di kampung gajah,perak tahun 1992 tak silap aku...di situ kg belah abah....waktu tu musim hujan...malam raya hujan lebat sgt....aku dan sepupu tak dapat main mercun tahun tu...rupanya hujan tak berenti dah dua hari...depan rumah opah aku ada sungai perak...kat situ la tempat kami main waktu kecik2 dulu...seronoknye...malam tu aku tido nyenyak...hujan le katekan...esoknya, org2 tua dah kecoh...mak tak bagi aku ikut pergi sembahyang raya...dia kata bahaya...aku risau waktu tu...rupa2nya, bawah rumah opah dah penuh air...sungai perak tu dah melimpah....banjir tu tak la dalam sgt...tapi utk kanak2 macam aku pada ketika tu, memang patut tak pergi pun...hemmm...bila air dah surut, kami pun pergila menziarah rumah sedara mara belah tok yang hampir...seronok sebab dapat main air bah (air banjir) semua tu pengalaman yang tak bleh aku lupe...

tapi....semuanya sudah berubah....tahun ni merupakan tahun yang tak macam tahun2 sebelum ni...takde lagi mak long, (mak sedara iaitu kakak ipar abah...meninggal kerana ketumbuhan pada mata), takde lagi pakcik hamid, (bapa sedara, abang ipar pada abah...meninggal kerana sakit jantung), dan tiada lagi tok ( atuk belah mak...meninggal tiba2...asbab, sakit tua..)....mereka adalah antara penyeri hidup aku, zaman kecil aku sehingga aku meningkat dewasa....dari aku kecik tak tau ape2...sehingga aku digelar anak dara oleh org kampung....rasa sunyi raya tahun ni....air sungai perak depan rumah tok jugak makin surut...penuh lalang...tok belah abah tak larat lagi nak bersihkan...opah belah abah yang dulunya kuat, sekarang terlantar dan perlukan bantuan walaupun nak makan...mujur semua adik beradik abah bekerjasama...sungai tu terang kembali....opah jugak dah de pembantu...moge raya tahun ini terus bermakna....

oh lupa plak aku .....pakcik aku jugak tak dapat beraya di kg halaman...sambung pelajaran di Australia...satu family pergi sne...selamat hari raya ye pakcik....huhu...tapi bile aku ingat balik...times change....all thing will be change...aku kene terima semua tu...biar apa pun...kini usia aku dah mencecah 22 tahun...jadi...akulah yang akan menentukan bermakna atau tidak idulfitri aku tahun ni dan tahun2 akan datang...aku bukan aku yang dulu lagi...aku prlu bentuk idulfitri yang lebih baik dan diredhai..insyAllah...

dikesempatan ini, ku ucapkan salam idulfitri dan maaf segala silap salah.... insyAllah dengan keberkatan Ramadhan yang hampir berlalu dan Syawal yang bakal tiba, dapat menjadikan kita lebih hampir dengan yang Maha Menyintai....

gambar raya tahun lepas

Friday, September 11, 2009

“KAMI BERSAMAMU PALESTIN”


CERAMAH PERDANA

“KAMI BERSAMAMU PALESTIN”

BERSAMA: SHAIKH DR MUHAMMAD AS-SIYYAM

(MANTAN IMAM MASJID AL- AQSA)

MASA: 9.45 MLM -12.00 TGH MLM (SELEPAS TARAWIH)

TARIKH: 15 SEPTEMBER 2009 (SELASA)

TEMPAT : DEWAN BANDARAN IPOH (BERSEBELAHAN MASJID NEGERI IPOH)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

DEMI PERJUANGAN UMAT ISLAM DI PALESTIN

Monday, September 7, 2009

tarian salib??

assalamualaikm...
ada sedikit pendedahan yang saya ingin sampaikan pada sahabat sekelian...maklumat ni baru saya dapat pagi tadi dari seorang adik yang prihatin...syukran nadia H3 yang telah memberi maklumat terbaru ni...saya pun tak tau sejauh mana telah tersebar maklumat ni...saya terus search internet untuk tau asal-usul tarian yang selalu kita guna untuk 'senaman' ni...
POCO_POCO...

Tarian poco-poco ni saya tahu waktu saya berada di tingkatan 6...ramai la student yang melibatkan diri dalam persembahan tu...tapi tertanya2 jugak...mana dapatnye mereka ni tarian pelik ni...dengar pada lagu cam pelik tapi..mugkin dari Indonesia...
tapi pendedahan yang saya nak buat ialah...berkenaan asal -usul sebenar tarian ini...

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)."

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Apa yang dikuatirkan lagi adalah masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus sering menyertai tarian ini semasa sesi senaman atau sebagai aktiviti hujung minggu.

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.