JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Wednesday, March 31, 2010

kisah teladan

assalamualaikum...
saya dapat artikel ini dari yahoo group alumi serata...untuk perkongsian...

Berdasarkan kisah sebenar..
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

p/s: kisah yang wajar diteladani oleh bakal-bakal suami dan isteri

Wednesday, March 24, 2010

Rugi tak ikut....

assalamualaikum...
waktu ini saya sedang berfikir tentang mak dan abah di rumah...tiba-tiba je teringat kat mak dan abah...teringat macam mana mak dan abah mendidik saya dan kami adik beradik waktu kecil...
Masa kacik, pukul rotan tu biasa untuk mendidik kami....Alhamdulillah...hasil didikan itu membantu saya menjalani kehidupan kini...mak selalu pesan;

"sekarang mak dan abah rotan kome...kami ni dapat saham kalau kome buat dose...nnti dah beso (baligh) kome tanggung dosa sendiri...mak dah tegor, kome tak nak dengor kome tanggung....mak tak nak kome salahkan mak nanti"

mak tak putus-putus memesan...mak selalu ingatkan kami hal dosa pahala...betul...bila kami dah membesar...mak dan abah tak lagi marah-marah...kalau kami salah, mereka tegur secara dewasa...

Bila lihat mak dan abah makin berusia, saya mula terfikir, bagaimana bila tiba di sana...adakah saya akan salahkan mak dan abah saya kiranya tempat saya bukan di syurga...nauzubillah...bukankah mak dan abah saya telah mencuba sedayanya untuk membantu saya dan adik-adik mengenal dosa pahala...mengetahui syurga neraka...membetulkan yang betul dan salah dan yang penting mengenal Allah dan RasulNya...??

Tapi pastinya di sana, kita akan menyalahkan antara satu sama lain...Firman Allah dalam surah 'Abasa 34-36:

"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada bapanya, daripada isteri dan anak-anaknya,"

Maka siapakah yang akan membantu kita...IBU BAPA?? tidak lagi...SAHABAT handai??? tidak lagi....Firman Allah,

" Siapakah yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izinNya?"
Surah Al-Baqarah,255

Kita jugak tidak boleh menyalahkan ibu bapa kita andai kita tidak mendapat didikan agama yang sempurna...seharusnya kita sebagai orang dewasa sudah wajar mencari ilmu itu sendiri...bahkan, punca ilmu berada di mana-mana...surau, masjid, televisyen, radio, internet hatta sms juga dapat membantu kita mengetahui tentang ilmu agama melalui perbincangan bersama orang yang pakar tentang agama...tiada lagi alasan tidak tahu yang seharusnya keluar dari mulut seorang muslim...

Lebih menyedihkan apabila mereka yang telah diberi pendedahan tentang agama, dengan sendirinya terus-menerus membawa diri ke lembah kejahilan...

Jadi, sepatutnya, sebagai insan yang tidak lari dari pengetahuan agama ini, tidak seharusnya timbul lagi penyataan seperti...

1. Eh, tak tau pun??
2. Ala, ustaz tak cakap pe pun...?? ko lebih-lebih
3. Saya dan dia tak buat ape-ape..pegang je...
4. Kami nak kawin....jangan risau...nanti akan pegang jugak
5. Selagi mak bapak saya tak kata takpe, takpe la saya buat...
6. Jangan menyebuk boleh tak...??
7. Selagi orang tak tegur, buat je la...tunggu la orang tegur...
8. Pakai seksi la vouge....!!

dan banyak lagi kata-kata yang diucap seolah-olah segala yang Allah janjikan itu hanya sekadar omong kosong...ingatlah janji Allah itu benar...syurga itu benar...neraka itu benar...nikmat Allah itu benar...dan azab Allah itu benar...

jadi adik-adik dan sahabat...marilah kita cuba membentuk diri...mungkin payah untuk kita berubah secara drastik...tapi perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit, pastinya akhir nanti akan membuah hasil...berkejarlah mengumpul pahala dan larilah dari dosa-dosa yang menghantui...insyAllah... offline kan diri kita dengan syaitan dan banyak-banyaklah online dengan Allah...melalui

zikir
bacaan Al-Quran
mengingat Allah
menghadiri majlis ilmu
dan banyak lagi perkara lain

semoga hidup diberkati Allah...Rugi tak ikut suruhan Allah...

p/s: "dua kalimat yang ringan di lidah, (namun) berat di mizan, disukai pula oleh Ar-Rahman: SubhanAllahi wabihamdihi SubhanAllahil'azim (maha suci Allah dan segala puji untuknya, maha suci Allah yang maha agung)....
marilah beramal...=)

Tuesday, March 23, 2010

jaulah ke kebun

assalamualaikum...
lama dah rasanya tak mengedit blog ni.....dah berabuk dah rasanya...(sambil meniup habuk di laptop...
ehem2...
hari ni saya nak kongsi tentang pengalamn saya ke kebun cuti baru-baru ni...
ayah saya ada kebun sawit seluas....saya pun tak tau berapa keluasannya. Alhamdulillah setelah diusahakan hampir setahun, pokok-pokoknya sudah berbuah. Ini kali keempat saya datang ke kebun ni setelah hampir 5 bulan saya tak datang melawat.
Sebelum masuk ke kebun untuk membaja, beberapa peralatan penting, perlu disediakan...

1.parang dan sarung tangan


2.baja


3.dan of kos la pokok


4.dan orang yang nak membaja (ni azim, adik saya)


5.pastinya kenderaan yang akan membawa kami


Selalunya, kalau kami ke kebun, kami akan dibahagikan kepada baris-baris tertentu untuk membuang ulan dan mambaja. Kawasan sawit abah berbukit dan tanaman bentuk teres. Sebelum ni, kalau saya datang ke kebun abah, abah tak bagi saya untuk membaja dan membuang ulan seorang sendiri. Saya mesti pergi bersama salah seorang dari adik saya. Yela, kawasan kebun ni sunyi. Bahaya kalau pergi sendiri-sendiri. (Tapi abah dan adik-adik boleh pergi sendiri. Aku wanita)

Tapi, kali ini, sebab terlalu banyak pokok yang akan dibaja, jadi abah minta kami amik satu teres seorang untuk membaja. Tapi abah still pesan supaya tak pergi jauh-jauh. Bahaya. Jadi pergi sendiri.

Banyak pokok yang dah berbuah. Bila tengok pokok sawit tu dipanjat ulan, teringat pesan abah:

"Kalau buang ulan, jangan buang semua. Lalang-lalang kat keliling tu tak perlu buang semua. ada fungsi. Elak babi kacau pokok."

Saya mula pikir, Allah jadikan sesuatu tu pasti tak sia-sia. lalang yang kita rasa tak berguna tu pun masih ada fungsinya.

bila matahari dah naik, mula rasa panas dan letih. Tapi terfikir, macam mana lah para peneroka bekerja. Pastinya lebih letih dari ni. Kita harus bersyukur.

seronok rasanya dapat menghabiskan masa dalam kebun tu. Walaupun agak keletihan tapi banyak pengalaman yang saya peroleh. bila kita lihat perkara disekeliling kita, pastinya banyak perkara yang akan kita pelajari. macam pepatah melayu;

jauh perjalanan, luas permandangan

Alhamdulillah, kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Mata, tangan hidung hatta nafas kita yang sesaat sekali ni pun tak mampu kita bayar.

Allah berfirman

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Oleh itu, bersyukurlah dengan segala yang dikurniakan. Pasti hatikan tenang..

gambar sepanjang jaulah,






p/s: Teringin nak ke sawah pulak...insyAllah, abang shahrul (abang ipar sulong) akan bawak plak nanti...=)