agak-agak kelas yang comel ni kelas pe??
hemm ni la kelas pra sekolah...tak perlu rasanya aku mentionkan nama sekolah ini...mungkin kisah di bawah ini akan menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak... biarlah rahsia....
sangat seronok melawat sekolah ni...
kami diberi arahan untuk menyudahkan assignment dengan melawat kelas pemulihan di sekolah ni...
yela kami kos pemulihan jadi kami diminta mengadakan lawatan dan membuat laporan berkenaan kelas pemulihan...
banyak perkara baru yang aku belajar di sini.....
aku nak berkongsi berkenaan seorang murid bernama farhan...dia sangat comel...
kalu dilihat pada zahirnya, dia seperti kanak-kanak normal...
tapi alangkah sedihnya apabila kami mendapat tahu bahawa farhan mengalami mental retardation.... sungguh kasihan...tapi aku buat kesimpulan, mungkin dia masih diperingkat awal sebab dia masih boleh mengingat beberapa huruf... A, B, C, D, E.....tu je...
tapi ape yang menarik, bile di suruh mengira, dia boleh mengira sehingga no 20....!!! hebatkan!!! bagi kanak-kanak yang mengalami mental retardation, ia hebat!!!
latihan yang dilakukan farhan Farhan sepatutnya ditempatkan dikelas pendidikan khas, tetapi sayang..... ibunya malu untuk mengaku anaknya mengalami masalah kecacatan mental..bukan salah ibunya...munkin sukar untuk menerima...harap ibunya akan dibuka pintu hati untuk memudahkan farhan sendiri menerima pembelajaran mengikut tahapnya....
Untuk perkongsian, seseorang kanak-kanak kelas pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran yang serius akan dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut....pemeriksaan doktor hanya akan dijalankan atas kebenaran ibu bapa.... jika ibu bapa tidak setuju untuk membawa anaknya untuk pemeriksaan, maka anaknya akan kekal di kelas pemulihan... tetapi jika ibu bapa setuju untuk mengadakan pemeriksaan dan disahkan oleh doktor bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah pembelajaran, maka kanak-kanak itu akan di bawa ke kelas pendidikan khas....
berbalik kepada cerita kelaas pemulihan tadi, berada di kelas pemulihan memang sangat mencabar...semasa berada di sekolah berkenaan, kami diminta untuk mengajar seorang kanak-kanak semasa mereka mengadakan sesi latihan... aku mengajar seorang kanak-kanak bernama azizah... azizah tergolong dalam kumpulan kedua dalam kelasnya... azizah sudah mampu membaca tetapi masih tidak dapat menyebut dengan betul apa yang diejanya... li-ma.....akan disebut mama......pa-ku akan disebut buku...............................
semasa sesi ini, baru aku tahu bahawa kesabaran yang tinggi perlu dipupuk oleh seorang guru pemulihan...bukan mudah tanggungjawab yang diamanahkan.... ditambah lagi dengan melihat keadaan kanak-kanak pemulihan tersebut...membawa aku berasa bersyukur dengan keadaan aku yang normal jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang upaya... Tapi.......aku juga terfikir, manusia normal kadang-kadang lebih teruk daripada golongan mereka ini....dan manusia normal juga sangat kurang yang bersyukur....
hemmm.....mudah-mudah aku dan rakan-rakan dapat melaksanakan amanah yang diberikan....ameennnn....