JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Sunday, August 8, 2010

tudung ekspress

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Ada dua golongan penduduk neraka yang belum pernahku lihat; iaitu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang, dan wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta. wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yang sangat jauh."
Hadith riwayat Muslim


pelbagai jenis tudung

Satu ketika dahulu apabial ada seorang muslimah bertudung, masyarakat akan memandangnya sebagai 'alim' 'wara' dan berpendidikan agama. Sudah semestinya wanita bertudung dikaitkan dengan latar belakang yang baik dan sihat.

Namun zaman beredar. Hari berganti hari, kini bertudung bukan lagi suatu perkara yang pelik. Sesiapa sahaja mampu bertudung. Ditambah pula dengan fesyen tudung yang pelbagai trendy mengikut peredaran zaman. Masing-masing membawa imej tersendiri sehingga nama tudung yang dulu hanyalah tudung, bertukar corak dengan nama yang pelbagai. contohnya, tudung Yuna, Tudung Mawi, Tudung Syiria, Tudung ikin dan tudung Indon.
tudung syria
Dengan adanya tudung-tudung ini, maka semakin ramailah penggemar tudung. Berbagai jenis tudung diperagakan. Kadangkala ia bukan lagi mengikut syariat tetapi lebih kepada peredaran semasa.

Saya bersekolah disekolah menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dari tahu 2000-2004. Pada waktu ini, kami hanya didedahkan dengan istilah tudung labuh. tiada lagi trend2 tudung yang pelbagai waktu ini. Kami juga turut didedahkan dengen hadith di atas.

"....rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta,...."

di sekolah, kami tidak dibenarkan untuk membuat sanggul yang menampakkan bentuk bonggolan. Pasti akan ditegur. Lagipun, kami akan diejek seolah-olah seperti nenek tua sekiranya bersanggul sebegitu. Saya mula terfikir, adakah manusia yang sanggup mengikat sanggul dengan tinggi seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah dalam hadithnya???

tetapi setelah saya mencecah umur 23 tahun iaitu pada tahun 2010, maka terbuktilah hadith Rasulullah bahawa wujud mereka yang suka mengikat sanggul seperti yang terdapat dalam hadith. Kita mungkin tidak perasankan hal ini, namun itulah hakikatnya. Wanita kini gemar mengikat rambut (membentuk sanggul) meletakkan pin di bahagian belakang leher. Jika diperhatikan betul2:

1. Pin yang diletakkan dibelakang leher, menarik tudung itu kebelakang dan membentuk bentuk leher di bahagian depan.

"...wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang.." (menampakkan bentuk tubuh)pin di belakang tudung


2. ikatan rambut dibahagian belakang akan jelas kelihatan.

"....rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta"
Sebaiknya,

1. Pastikan tudung tidak jarang
2. Pastikan tudung tidak menampakkan bentuk tubuh dengan sengaja(leher)
3. Pastikan tidak kelihatan jelas sanggul (jika berambut panjang, cukuplah mengikat sekadar yang perlu)

Oleh itu, tidak salah untuk mengikut trend semasa. tetapi harus diletakkan syariat ditempat pertama. Harus dinilai adakah trend itu, menyalahi tuntutan syarak atau tidak. Kerana setiap amalan akan dipertanggungjawabkan walau sebesar zarah. Dikhuatiri niat kita untuk melakukan amal soleh namun tidak dipandang oleh Allah atas sebab ketidak sempurnaan dari sudut syariat. nauzubillah..Sama-sama kita renungkan.

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment