JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Sunday, February 20, 2011

Cuti Hujung Minggu

fuhhhh.. bukan melodi fuhh..tapi habuk yang menempel pada blog ini sangat banyak sehingga tak mampu ditiup habuknya. Aduh lama sungguh tak menghantar entry. Sibuk? Ada orang lain lebih sibuk. Semua yang akan diberi hanya alasan. jangan mula beri alasan.

Hujung minggu baru-baru ini, saya berpeluang untuk pulang ke rumah. Alhamdulillah. Hujung minggu kali ini penuh terisi dengan program-program membentuk jiwa. Pagi sabtu, saya berkesempatan bersama ibu tercinta untuk hadir ke satu ceramah yang disamapaikan oleh seorang ustaz terkenal di tapah iaitu ustaz Fauzi. Ceramah diberikan kepada kaum ibu berkenaan adab-adab dalam islam.

"Dalam ceramah selalu ade ghage (raga) begeghak (bergerak). Tau ghage begeghak?"kata ustaz dengan loghat perak pekatnya

semua hadirin tercengang. seorang makcik yang sedang menyeluk sakunya juga terhenti. Di depannya terdapat tabung masjid yang terisi dengan sejumlah wang hasil kutipan dari kaum ibu ketika itu.

" raga bergerak tu apa ustaz?"

"Nak cakap pon serbe salah. Tak cakap kaghang payah juge ye. Tabung derma. Saya cadang lepeh ni letak le kat muke pintu tu. Ada oghang nak bagi, bagi le. Tak de, idak. Bukan apa. Itu satu dari adab. Dalam menuntut ilmu ni, kite kene le jage adab dengan tok gughu. Saya idak le kesah beno. Tapi ada ustaz yang kisah, dia tak suke. Menyembang, bunyi hp, dia beghenti dari ngajo. Udah sadakAllahulazim, balik le die."

Semua hadirin diam. Malu mungkin. Betul kata ustaz. Petang pula aku pergi ke surau Al-azim di depan rumah. Ada sambutan Maulud nabi. Ustaz menceritakan satu kisah yang aku tak pernah dengar.

" Ada seorang insan ni hidup di zaman Rasulullah. Kakinya lumpuh. Namanya Muk'ad. Dia terlalu ingin berjumpa Rasulullah selalu tapi kakinya lumpuh. Maka dia meminta anak-anaknya untuk membina pondok untuknya didepan rumah dengan harapan, jika Rasulullah lalu, dapatlah dia melihat wajah baginda.

Rasulullah pun, mengetahui tentang hal Muk'ad. Lalu Rasulullah akan dengan sengaja berjalan-jalan disekitar rumah Muk'ad apabila akan tiba waktu solat semata-mata untuk membenarkan Muk'ad melihat baginda. Sedangkan jika nak diceritakan, rumah nabi hanya lah bersebelahan dengan masjid dan tidak memerlukan baginda untuk berjalan jauh. Namun kerana sifat kasih baginda, baginda sengaja berjalan didepan rumah Muk'ad. Apabila Rasulullah lalu dihadapan rumah Muk'ad tetapi Muk'ad tidak berada di luar rumahnya, Rasulullah akan memanggil namanya.

"Muk'ad, Muk'ad. Aku datang ni"

Muk'ad dengan merangkak-rangkak menyahut panggilan Rasulullah sambil melambai-lambai.

"Ya Rasulullah, Ya Rasulullah"

Tiba-tiba tanpa saya sedari, air mata saya meniti pantas. Betapa hebat kasih Rasulullah. Sehingga sanggup meletakkan keutamaan orang lain dari kepentingan diri sendiri. Ini baru sebuah kisah. Banyak lagi kisah yang sering diperdengarkan dan diceritakan dalam sirah dan Al-Quran sendiri.

Kini saya berada di IPG kembali. Kembali untuk meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah. Alhamdulillah dengan kuda tunggangan yang diberi oleh abah. Walaupun kuda lama, namun insyAllah. Kuda lama yang berpengalaman. moga dengan pemberian ini, pahalanya dicurah pada mak dan abah. =) Namanya الجياد

gambar hiasan =)

No comments:

Post a Comment