air mata ini mengalir lagi..
air mata yang telah sekian lama aku tunggu untuk mengalir lagi. selama ini aku menangis kerana aku tak bisa mengeluarkan air mata seperti dulu. air mata inilah yang keluar sewaktu aku mula bertapak di tanah perjuangan yang penuh dengan debu dan sarat dengan halangan. namun aku kental tanpa tangisan. hati aku beku dari lautan air mata yang biasa aku alirkan untuk menenangkan jiwa.
namun, hati aku menjadi keras, letih, beku dan sempit. aku mula sesak kerana tidak bisa teesak2 seperti dulu memohon bimbingan yang Maha mencintai. tapi, kali ini air mata ini mengalir deras. sederas air yang tiada halangan.ucapan terima kasih kepada yang telah membantu menglirkan air mata ini. moge air mata ini Allah terima sebagai air mata taubat.
semangat kian luntur, jiwa kian kelam, wajah suram. aku biasa dengan keadaan ini. Inilah proses tranformasi yaAllah takdirkan untuk ku. suatu ketika dahulu, ini juga yang berlaku pabila seorang sahabat membawa ku ke alam perjuangan. namun selepas itu Allah memberiku cahaya yang bersinar. aku yakin, Allah telah menjanjikan nikmat yang pasti tidak termilik oleh ku jika aku tidak melalui jalan suram ini. terima kasih Ya Allah atas kurniaan air mata ini.
nukilan;
nur anita farooq
pearl island
My New Life 2021
3 years ago
No comments:
Post a Comment