JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Thursday, May 20, 2010

Tasbih Kifarah


"YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH, YANG BURUK ITU PUN DATANG DARIPADA ALLAH TETAPI ATAS KELEMAHAN SAYA SENDIRI"

Biasa tak kita dengar perkataan di atas ini??? selalunya akan diucap oleh moderator sesuatu majlis atau ustaz/ustazah yang menyampaikan ceramah. Ucapan ini memang popular dikalangan mereka-mereka yang biasa mendengarnya. Apa yang ada disebalik kata-kata ini?

Tanpa kita sedari, kadang-kadang ucapan kita membawa kita jauh dari ajaran Islam yang tulen. kata-kata ini memang indah diucapkan tapi tahukah kita sejarah disebalik ucapan ini?

Saya telah menghadiri suatu kuliah yang mana ustaz tersebut bercerita tentang aqidah. saya terkejut apabila dia mengatakan bahawa ucapan yang saya sebutkan di atas sebenarnya digunakan oleh mereka yang beragama Majusi dan mereka yang berpegang kepada pegangan Mu'tazilah!!

Dalam ajaran agama kita, hanya suratul asr dan tasbih kifarah yang mengakhiri sesuatu majlis. Kandungan tasbih kifarah itu mengandungi istighfar yang mana merujuk kepada sesuatu majlis agar Allah kurniakan ampunan sekiranya majlis itu jauh dari redho Allah. Islam telah menyusun cantik apa yang perlu dan tidak perlu diucapkan. ustaz itu juga berkata, cukup sekadar istighfar untuk kita menutup sesuatu majlis agar kita semua yang hadir ke majlis tersebut dikurniakan keampunan Allah.
Berikut adalah makna doa tasbih kifarah:

“Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji Engkau. Aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan Engkau dan kepada Engkau aku bertaubat.”

Tasbih Kifarah ini adalah sunnah Rasululullah SAW:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang duduk di sebuah majlis di mana berlaku banyak kesalahan, lalu dia membaca sebelum bangun (beredar): ‘Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji Engkau. Aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan Engkau dan kepada Engkau aku bertaubat’, nescaya Allah mengampunkan baginya apa yang berlaku dalam majlis tersebut.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3433]

Jadi akhirnya, saya menyeru sahabat-sahabat untuk kita berhati-hati dengan ucapan yang kita ungkapkan. Barangkali terdapat unsur-unsur yang membawa kepada batalnya syahadah. Nauzubillah. Sama-sama kita beristighfar memohon keampunan Allah atas keterlanjuran ucapan kita. Astaghfirullah wa atubu ilaik...

p/s: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah.

No comments:

Post a Comment