JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Friday, February 13, 2009

Bila iman tiada dihati.....


bila iman tiada dihati.....
halal haram dah tak kesah lagi...
duk kat rumah, anak dan bini...

tak tau laki makan rasuah tiap hari.....


bila iman tiada dihati...
dosa pahala dah tak penting lagi...

asalkan hidup hepi sendiri....
enjoy sane sini dah tak ingat nak mati...

bila iman tiada dihati...

syariat agama paling dibenci...

Suruhan Allah apatah lagi....

"Relax la....aku belum nak mati..."

bila iman dah takde dihati...
elergik dengan hidup islami...

mula rancang projek bersiri...

Menentang mujahid yang penuh strategi...


bila iman tiada dihati...

fitnah tersebar ke sana ke mari...
Alim ulama di cerca dizalimi....

Tiada lagi rasa simpati...


bila iman tiada dihati....

Allah murka hidupnya pasti...

resah gelisah bersarang dihati...
pasti dibayangi dosanya nanti...





Sunday, February 1, 2009

Alhamdulillah....


Alhamdulillah...
akhirnya berjaya jugak aku menghasilkan blog aku sendiri...rupanya bukan mudah nak belajar sesuatu yang baru...dulu aku pernah berfikir...apa gunanya blog ni..hanya untuk meluahkan rasa...tak berbaloi rasanya untuk menghadap PC yang tidak bernyawa untuk dengar segala luahan perasaan kita...nampak sangat fikiran aku terlalu sempit...Alhamdulillah...setelah mempunyai sahabat yang murni jiwanya dan jauh fikirannya....aku mula nampak faedahnya...blog yang dlu perkara paling tak ingin aku lakukan menjadi medan aku
dan sahabat untuk berkongsi ilmu dan pendapat...mujur ada sahabat...




sahabat....
apa erti sahabat sebenarnya....??? kini umur aku mencecah 22 tahun...hemm...baru kini aku rasa nilai persahabatan...dari aku mula mengenal rakan-rak
an aku tika aku masih berlari-lari keanakan sehinggalah aku sudah mampu berfkir tentang masalah umat yang menimpa dunia kini... baru aku sedar, kawan dan sahabat amat berbeza... teringat aku pada pertanyaan abah suatu masa dulu...

" apa beza sahabat dan kawan??"

aku termangu...diam seribu bahasa....kawan adalah sahabat...bisik hatiku...malu untuk menjawab kira jawapan aku bukanlah jawapan...

" kawan hanya sekadar kawan...tapi sahabat adalah kawan yang boleh kita kongsi hampir kesemuanya...sahabat adalah orang yang kita percaya... semua sahabat adalah kawan tapi tak semua kawan adalah sahabat.."


aku seperti tadi termangu...baru aku sedar...pada umur aku ketika itu 19 tahun...aku sudah memiliki hampir beratus kawan tapi adakah aku sudah bertemu dengan sahabat....





Eliza Dora...kawan aku semasa di SMA Raja Perempuan Tayaah...dialah satu-satunya insan yang pernah menegur kesilapan aku....pada ketika itu aku mencecah umur 16 tahun iaitu di tingkatan 4...biasalah..pada umur ini, aku dan rakan-rakan lebih gemar enjoy...maklumlah baru lepas menduduki PMR...aku seakan lupa diri...lagho...sehingga pada satu ketika aku menerima sepucuk surat dari seseorang yang amat berani menegur tinkah lakuku...pada waktu itu, aku seperti menerima satu tamparan yang menggegarkan seluruh reseptor-reseptorku...wajarkah seorang kawan menegur kawannya..?? sedang aku tidak menyikiti hatinya...

"kawan yang baik adalah kawan yang menegur kesalahan kawannya"

kata-kata ustazah Fatimah masih jelas diingatanku. Benar, Dora adalah kawanku...Kawan baik.... tapi adakah dia sahabat...?? Aku masih mencari erti persahabatan...aku rasa aku sudah temui namun aku takut....bukan takut untuk mengisytihar sahabat aku sebagai sahabat...tetapi aku takut aku tak layak digelar............... SAHABAT...................