JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Showing posts with label pandangan peribadi. Show all posts
Showing posts with label pandangan peribadi. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Keperluan@Kehendak

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu dengan kesesakan wang yang menginjak2, akhirnya pada tarikh ini,maka masuklah elaun kami pelatih IPG Kampus Ipoh bagi unit G dan H. bila elaun dah masuk, maka ada sesuatu yang sering difikirkan oleh pelatih maktab iaitu 'shopping'.

memang seronok bershopping ketika duit penuh dalam poket. Waktu ini lah, semua barang bermasalah. Kasut koyak, beg lusuh, hanphone hilang, dan berbagai lagi perkara yang berlaku. Bukan pula salah untuk berbelanja, tapi harus ingat keterbatasan itu mesti ada.
Pada saya cukup sekadar memenuhi keperluan sahaja. Jika bershopping, saya memerlukan masa yang lama. Bukan banyak membeli tetapi saya lebih suka survey barang yang paling murah. Saya akan pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk membeli barang. Bila barang itu murah dan memuaskan hati, barulah saya akan beli. Sekiranya saya rasa tidak dapat memenuhi citarasa saya (murah dan cantik di mata saya) saya takkan beli.

Ada beberapa orang sahabat saya yang pelik melihat cara saya ber'shopping'. Pada mereka, sekiranya cantik dan memuaskan hati, mereka sanggup untuk mengeluarkan wang. Mungkin dengan cara ini, kita dapat memenuhi kepuasan yang ada dalam diri masing-masing. Bukanlah menjadi kesalahan. Silakan.

Cuma bagi saya, Membeli barang cukup sekadar keperluan dan jika ingin memenuhi kehendak, perlu menilai sesuatu barang itu agar kita tidak tertipu oleh orang lain atau tertipu dengan hawa nafsu sendiri.
p/s: baru beli broad band. keperluan yang mendesak, bukan kehendak.

Wednesday, June 2, 2010

Al-Quds


baru sahaja sebentar tadi saya dan rakan-rakan menghadiri sedikit pengisian berkaitan serangan ke atas LL4G yang telah mengorbankan tak silap saya 16 nyawa. Seperti kita ketahui bahawa gerakan kemanusiaan itu hanyalah untuk memberi bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, barangan sekolah, bahan binaan dan makanan yang mana langsung tidak mengancam kedudukan israel. Namun apa yang terjadi..tentera laknatullah ini terus menerus melakukan kekejaman.

Selepas peristiwa ini, saya dapat lihat, dunia memberi respon yang positif dengan mengutuk serangan tentera zionist kepada gerakan kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun, adakah cukup sekadar rundingan meja bulat dan persidangan mampu menyelesaikan permasalahan yang telah lama berlanjutan hampir 2 abad ini?

Yang masih leka ternganga melihat kekejaman israel ini harus bertindak. Kita bukan lagi pak turut yang angguk dan geleng menurut perintah dan 'nasihat' dari pengikut-pengikut israeliat ini. Kita perlu sama-sama melakukan bantahan secara terbuka. Ingat!! Bantahan kita dilihat pada nilai yang kecil tetapi insyAllah besar dari mata Allah SWT.

Selamatkan Al-Quds. Al-Quds milik kita. Saya bercita-cita melihat generasi umat Islam berjemaah bersama akwah akhwat di sana. Mungkin bukan saya namun biarlah saya menjadi mata rantai perjuangan ini. Al-Quds mesti di bebaskan. Kita harus bertindak. cara bertindak? lakukan mengikut cara anda. panaskan isu gaza!!! bakar obor dan hati umat Islam. Ini bukan lagi permainan perang first strike PS2,3,4...tapi ini realiti yang harus di telan oleh semua umat Islam.

Bangkit lah wahai pemuda mujahid mujahidah. Lakukan cara kamu. adik beradik kita harus di bela!!! takbir!!

Firman Allah:
"Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman."

As-Saff:13

p/s: berdemo juga merupakan usaha

Monday, April 12, 2010

usrah adalah amanah...

assalamualaikum....
alhamdulillah, Allah bagi kesempatan pada saya untuk terus memblog...thanks 4 fatin that remind me always...heee...

saya ada usrah...dan beberapa orang adik usrah...alhamdulillah kami sangat rapat...tapi kadang kala kekangan masa menyebabkan saya ter miss beberapa orang adik usrah yang sepatutmnya saya pegang molek...tapi ye la...tiada alasan untuk saya jelaskan....semuanya khilaf saya sebagai manusia...mungkin time management yang tidak sempurna mengganggu aturan hidup saya...

saya pernah berazam untuk bawa adik-adik usrah saya ke rumah saya...rumah saya pun tak jauh....lebih kurang 60 KM dari sini...tapi hasrat saya belum tercapai...bila dikira, adik-adik usrah saya terlalu ramai...tapi pastinya amanah semakin hari semakin berat...tambahan pula bila berlaku sesuatu yang tidak baik, orang sekeliling bakal menyalahkan kakak naqibah yang tidak memantau...tapi, saya tahu itulah khilaf saya...

banyak pendapat yang diutarakan mengenai usrah....
ada yang kata, usrah jangan terlalu formal...adik2 bakal boring dengan suasana usrah macam tu...
ada jugak yang kata, usrah ni kene selau agar ukhuwah itu erat...
pendapat lain pulak kata, usrah tidak perlukan naqibah yang menganggap dirinya eksklusif...

macam-macam pandangan tentang usrah...tapi pendapat saya pendekatan usrah itu terpulang kepada individu...
sekiranya dia merasakan usrah itu perlu formal dan ahli selesa...silakan...
jika naqibah yang eksklusif itu mampu memberikan pengisian yang baik kepada ahli usrah, silakan...
sekiranya usrah itu penuh dengan gurau senda, silakan....yang penting naqibah dan ahli usrah selesa dengan usrah yang dijalankan...

seperti kata Hassan Al-Banna:
"Usrah itu bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan Fatihah"

tapi kadang-kadang saya juga tidak mampu melakukan sebegitu...walau bagaimanapun, saya bangga mempunyai adik-adik usrah yang sentiasa mengingatkan saya...dapat tgk adik-adik usrah di tengah jalan pun, segala masalah dalam fikiran hilang...

namun...ada seperkara yang paling saya bimbangkan yang belum lagi selesai...
"adakah aku akan lepas 'di sana' atau ada adik-adik usrahku yang akan berkata"

"DIA TAK PERNAH JALANKAN AMANAH SEBAGAI NAQIBAH KEPADA AKU"

nauzubillah.....

Wednesday, November 18, 2009

face at the book...


assalamualaikun...
alhamdulillah, hari ini saya dapat lagi merasai nikmat hidup di atas muka bumi Allah yang indah ini...Tapi bila ingat tentang kematian, makin takut pulak nak hidup sebab takut hayat yang panjang dikurniakan oleh Allah ni diisi dengan dosa yang memanjang...

pagi ni, pagi-pagi dah dapat internet...nak kutuk sistem wireless maktab ni tak boleh la sebab kita masih menggunakannya walaupun kadang-kadang kurang laju (lembab) dan sedikit problem (banyak masalah)...tapi takpe...nikmat yang ada harus disyukuri...

Satu hari semasa saya jalankan usrah di satu tempat tu, adik-adik usrah saya tanya:

"Kak nora ada facebook tak?"
"takde la dik...friendster akak pun hidup segan mati tak mau.."
"ala...kalau ada facebook bleh la kita contact-contact.."
"akk tak reti la facebook-facebook ni...lagipun facebook ni cam memeningkan skit kot.."

Adik usrah yang seramai 13 orang tu pun terus kata...

"kami ada facebook, kalau kak nora ada facebook ok la...ym susah nak connect.."

saya terpikir....oooo ramai orang dah memilih untuk ada facebook...saya pun berfikir dan terus berfikir...saya mula fikir tentang baik buruknya untuk bentuk account facebook..

Actually sebelum ni, saya pernah terbaca bahawa facebook ni sangat berbahaya kerana profile yang diisi full dengan maklumat peribadi kita...then the owner boleh detect kedudukan seseorang tu melalui facebook...yela...di luar negara tu canggih...senang-senang hati je la diaorang nak cari maklumat tentang orang di seluruh dunia especially bila adanye web cam facebook ni..

Then, saya mula dengar rakan-rakan saya ramai yang join facebook...dikalangan ustaz sendiri juga join benda alah ni..saya terfikir sendiri...kenapa perlu ada facebook...?? Persoalan ini terjawab setelah saya baca satu artikel di iLuvislam.. tentang sejarah facebook ini sendiri dan medan dakwah yang dapat di bentuk melalui facebook ini...saya mula berfikir

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1955
(artikel di iLuvislam)

Majoriti daripada ahli facebook ini terdiri dikalangan mereka yang 'un-tag market'...mad'u yang kurang kefahaman islam... kalau kita nak minta dia baca blog kita, belum tentu dia akan baca...tetapi melalui facebook, kita dapat sampaikan kefahaman itu sedikit demi sedikit...

Selain itu, majoriti daripada adik usrah saya juga mempunyai facebooknye tersendiri...oleh itu, saya perlu mengikut rentak mereka untuk menyampaikan messege dakwah kepada mereka tapi tidak lari dari prinsip asal iaitu DAKWAH...Saya mula sedar, besar dakwah yang dapat disampaikan melalui facebook ini kerana pada ketika ini, medium inilah yang menjadi perhatian mereka-mereka yang masih mencari dan menagih ilmu agama...mereka mungkin rasa leceh untuk membaca beribu2 blog tetang agama, tetapi melalui facebook ini sedikit sebanyak mungkin membantu..

Jadi kepada adik-adik usrah akk yang disayangi...boleh la pakat ramai-ramai nak add akk di facebook...kita kembangkan sayap dakwah supaya ia terus kembang dan berkembang ke serata dunia...

p/s: kurangkan log in ke facebook, dan jangan fullkan profile dengan perkara peribadi kita, cam no fone etc...-nasihat daripada sahabat..