JellyPages.com

Followers

Wednesday, December 12, 2012

Jodoh!!! Jangan persepsi. Baca dulu. :)

Huk3... Hari ni badan rasa kurang sihat. Entahla sebab apa. Mungkin selalu sangat sihat kot. Allah bagi sakit sekali sekala. Huhu. Aku suka nak mulakan entry kali ni dengan satu kata-kata Saidina Ali bahawa

"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya".


Macam yang aku tulis dalam entry sebelum ni, aku nak cerita sikit tentang jodoh. Haaa... jangan salah faham dulu. Bila cakap je jodoh, mula la fikir nak menggatal la, ape la. Huhu. Persepsi2. Baca dulu.

Sabtu minggu lepas, aku menghadiri walimah kawan aku. Actually, aku tak la rapat sangat dengan dia. Kami baru je kenal waktu sama-sama masuk form 6 dulu. Tapi dia sangat baik. Mak dan ayah dia jugak kawan mak dan ayah aku. Mungkin sebab tu, aku dan dia mudah mesra. Lama dah aku tak jumpa dia. dengar2 dia dah nak kahwin. Pasangan dia? Haaa ni yang aku nak cerita ni. COMELNYEE peraturan Allah untuk mereka ni.

Aku hadir pada hari pernikahan dia di rumahnya. Rumahnya tak la jauh dari rumah aku. Lebih kurang 5 minit je. Satu kampung la aku dengan dia ni. Masa aku tiba dekat rumah dia, aku ternampak seorang ustaz yang aku memang cam sangat la dia ni. Aku rasa kalau aku sebut je nama dia, sure ramai yang kenal. Aku tengok betul2. Sah insan tu ustaz ZAHARUDDIN. Haa kenal tak. Ok, kita letak pic sikit...


haa ni la ustaz Zaharuddin. Bila aku nampak, aku tak la pulak pergi jumpa dia sebab niat aku nak jumpa pengantin. Aku pun masuk dalam bilik pengantin, nampak la kawan aku yang tengah risau ni menunggu pengantin lelaki sampai. Aku masuk je, aku nampak seorang kakak ni dok temankan kawan aku. Aku pun borak la dengan kakak ni. Dia dah pernah menulis 2 buah buku dan sekarang jadi kolumnis untuk majalah SOLUSI. Ya... aku tahu. Inilah zaujah atau dalam bahasa melayunya isteri ustaz Zaharuddin. Bertuah rasa dapat jumpa orang belakang disebalik kejayaan suaminya. Hemm hebat2.

"Adik. Sesiapa je boleh menulis. Ada mula je menulis. Lama-lama adik akan tahu rentaknya. Yang penting dah ada minat tu. Minat tu akan jadi pendorong untuk kita teruskan."

Hehe. Bagus la akak ni. Ok. Kita teruskan pada cerita kawan aku ni. Aku tanye macam mana boleh jumpa dengan husband dia ni.

"Ya Allah Nora. Aku kenal dia pun tak. Kami kenal sekejap sangat. Dia suka terus suruh mak dia masuk minang. Waktu tu la aku tengok dia. Lepas tu tak pernah jumpa dah. Last2 sekarang dah nak nikah dah Nora. Huhu." (dialog di ringkas dan dipendekkan tanpa mengubah cerita asal... :)

"Bagus la tu. Love after marriage. Hehe. Apa kerjanya?" Soalan standard la aku tanye. Klise. hehe

"Dia Ustaz mengajar KAFA kat sekolah agama rakyat. Then, dia jadi Imam Masjid."

"Erk, bertuahnya kau. Alhamdulillah la sangat. Dah la dia anak ustaz. Barakah2."

Suaminya tu adalah anak seorang ustaz terkenal dekat Tapah ni. Orang panggil ustaz Badar. Muka ustaz Badar ni bersih sangat macam muka Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Persis. Aku tumpang gembira dengan kegembiraan kawan aku ni.

Then, tamat cerita untuk hari tu. Hari berikutnya, aku ke rumah pengantin lelaki pulak. Ustaz Badar ni jemput abah sebab kami jugak kenal family Ustaz Badar ni. Yang aku sangat respect ustaz Badar ni, anaknya ada 16 orang semua. Dan semuanya bergelar ustaz dan ustazah. Kira ayat mudahnye, semua menjadi. Baik dan soleh.

Waktu aku sampai ke perkarangan rumah ustaz Badar, aku nampak satu susuk tumbuh yang jarang2 aku bersua muka tapi tengok dalam TV dan akhbar tu ada la. Bukan Ustaz Zaharuddin yang semalam tu. Tu cerita semalam. Yang kali ni aku jumpa adalah seorang ulama. Ya Rabbana. Rezki aku la nak jumpa mereka2 ni. Ulama yang aku maksudkan ialah Dr. Harun Din. Ramai yang berpusu-pusu nak bersalam dengan dia. Tak terkecuali yang bawak anak minta di doakan. Ye la. Ulama la pulak. Huhu. Rasa macam nak menangis la pulak masa tu. Bila ditanya hubungan Dr. Harun Din dan Ustaz Badar. Lebih menyebabkan aku rasa rendah diri.


Pemandu Dr. Harun Din adalah menantu kepada ustaz Badar. Bayangkan. Pemandu je. Tapi Dr. Harun Din boleh luangkan masa dari pagi hingga ke petang untuk bersama meraikan mempelai iaitu adik ipar pemandunya. SubhanAllah. Atas apa tujuan sekalipun, pada aku, itu satu penghormatan yang amat sangat bagi tuan rumah. Menunjukkan betapa rendah dirinya seorang ulama seperti Dr. Harun Din.

Balik ke rumah, abah bercerita tentang sifat rendah diri Dr. Harun Din. Lepas tu abah pun cerita tentang Ustaz Zaharuddin. Waktu abah sampai ke rumah pengantin hari tu, semua tetamu bangun dah memberi penghormatan pada abah. Abah jadi malu sebab kat situ ada Ustaz Zaharuddin.

"Haji, Haji baca doa ji. Kita buat tahlil sikit sebelum pengantin lelaki datang." Kata bapa pengantin perempuan.

"Eh, jangan la saya. Suruh la ustaz Zaharuddin tu." ayah aku cuba menolak.

"Haji je ye."

Abah menjenguk ke arah ustaz Zaharuddin. Apa yang dibuat. Dia sibuk menangkat hidang, menyusun meja menolong orang catering. Seolah2 dia yang paling sibuk. Nampak jelas di mata abah, ustaz tak mahu dirinya disebut2 sebagai orang yang layak. Rendahnya diri orang yang berilmu ni. Huhu.

Haa... ni la cerita tentang JODOH. Dari cerita, macam mana kawan aku bertemu jodohnya, 'Jodoh' aku bertemu dengan dua insan hebat ini, dan jodoh yang Allah aturkan untuk mempertemukan dua keluarga hebat ini. Huhu. Kerdilnya kita di depan Allah. Comelkan aturan Allah... Comelnyeeee...!!!






Monday, December 10, 2012

Oh My Blog!!!

Alhamdulillah. Selesai meng'edit' blog. Patutlah blogger-blogger di luar sana suka sangat menghadap blog. Its so fun dan mengujakan. Hehe.. Dapat pulak yang cute2, memang seronok.. aku pun tak nak ketinggalan untuk sediakan satu blog yang cantik. Bukan untuk dipuji tapi untuk kepuasan diri. Seronok rasa bila tengok wall ni cantik dan berseri. uhuk3... InsyAllah, entry akan datang aku akan cerita tentang satu hal yang semua orang suka untuk mendengarnya. Tapi mungkin ada jugak yang rasa bosan, menyampah atau apa sahaja tanggapan masing-masing berdasarkan pengalaman masing-masing. Its about jodoh... Mungkin yang tengok perkataan jodoh dah tersenyum-senyum, mungkin ada juga yang menyampah, mungkin juga ada yang harap tak baca entry aku yang bertajuk jodoh ni... kenapa?? bila disebut tentang jodoh, semuanya berkaitan pasangan perkahwinan je ke? Lazimnya begitu, tapi bukankah, pengertiannya lebih luas...?? ok la..nanti aku cerita pada entry akan datang... sekarang dah malam. need to get sleep. Esok nak berkhidmat... :)

Wednesday, December 5, 2012

Bekerja untuk Allah

Bukan semua orang tahu apa itu khidmat... aku jugak tak la berapa tahu...cuma bila seorang sahabat sebut tentang khidmat, aku terfikir... dulu, yang aku tahu tentang khidmat adalah berkhidmat. Contoh, orang minta tolong kita bantu, itu khidmat. Kita bekerja untuk satu syarikat itu khidmat... Rupa-rupanya khidmat ni lebih besar dari apa yang aku sangka. Khidmat dapat merendahkan ego seseorang. Khidmat boleh mengingatkan seorang pemimpin agar berlaku adil pada orang bawahannya, seorang anak boleh membantu ibu bapanya dengan senang hati... itu antara perkara yang dinamakan khidmat... sekarang aku berada di rumah. Terlalu banyak perancangan yang dicatat dalam sticky notes PC aku ni... Antaranya khidmat kepada ibu bapa... Ye aku akan berada lama di rumah, ini peluang khidmat aku... Aku suka lihat mak dan abah senyum dan gembira. Walaupun, tak pernah dengar pujian untuk aku atas pertolongan yang diberi, tapi aku tahu ibu bapa ku puas... Mood: Akhlak sahabat nabi Uwais Al-Qarni jadi contoh yang baik... :) Link Kisah Uwais Al-Qarni http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/3680-uwais-al-qarni-siapalah-dia-dibumi-namun-terkenal-langit.html

Sunday, December 2, 2012

Segalanya Bermula Di sini

uhuk3... uhuk3... malu rasa nak mulakan entri ni setelah 9 bulan tak mencatat.. huk3... just a simple word as a beginning... ILMU.... jomtengok TV alhijarh setiap ari khamis, jumaat sabtu dan ahad jam 6.15 petang.. khamis dan jumaat: Tuan guru sheikh nuruddin al banjari al-makki sabtu dan ahad: dr zulkifli al-bakri semua tentang ilmu...
Semuanya bermula di sini... :)

Thursday, March 15, 2012

Impian



Post kali ini merupakan post pertama tahun 2012. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku di IPIP. Moge tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Baru-baru ini abah dan emak bertolak untuk mengerjakan umrah. Sedih pula untuk kali ini sebab abah dan emak akan ke Jerusalem untuk melawat ke sana. Risiko masih ada. Tapi bak kata opah, tengah ada peluang baik pegi aja. Alhamdulillah, selasa yang lalu abah kata selamat dah dan akak bertolak ke madinah. syukur. Namun abah tak pula cerita tentang peluang solat di Masjidil Aqsa. Harap hajat mak dan abah untuk solat di Masjidil Aqsa tercapai.

Abah dan emak sebenarnya memang telah mengimpikan untuk ke Palestin. Berjumpa sedara mara di sana dan bersolat di Kiblat pertama umat Islam itu. Siapa sangka, impian tersebut menjadi kenyataan. Kalaulah tidak solat di Aqsa pun, sekurang2nya telah menjejakkan kaki di sana, bumi bertuah tanah anbiya'.

Jangan berhenti mengejar impian. InsyAllah, tanam niat dari awal untuk ke Masjidil Haram mengerjakan Haji dan mungkin menziarah Al-Aqsa.=)