JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Showing posts with label perkongsian bahan. Show all posts
Showing posts with label perkongsian bahan. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

panjang tapi bagus untuk dibaca....

assalamualaikum....artikel di bawah saya dapat dari seorang sahabat...mari sama kita baca dan hayati..

ASSALAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BAROKATU

JANGAN HAMPIRI ZINA!

FIRMAN ALLAH SWT;
DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU ADALAH SATU PERBUATAN YANG KEJI DAN SATU JALAN YANG JAHAT.
(AL-ISRA’:32)

Rujukan: -SURAH AN-NUR-PETUNJUK WANITA
SOLEHAH, ABUL ‘ALA MAUDUDI,PUSTAKA SALAM
-shopuan@kmkd.matrik.edu.my


kami tidak berzina!
Maaf saya tak menuduh kamu berzina tapi kamu menghampiri zina.

Kami hanya berbual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain with bahaya.iblis dan syaitan laknatullah akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu dayanya yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan with Adam dan Hawa? Iblis amat licik.pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah SAW: Janganlah engkau bersendirian with seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(tabrani).
Syaitan laknatullah akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.



Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Tapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan with menghampiri zina. Memang awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis laknatullah,akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Mulanya hanya sms/miscall then call, bergayut then perasaan mula terusik then layan perasaan tu… sedarlah itulah tipu daya syaitan la’natullah. Cuma kita saje buat-buat tak sedar….

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina jugak ke?
Zina ada macam-macam jenis peringkat,ada zina betul,ada zina tangan iaitu pegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat kekasih with perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu mengingati lelaki/perempuan bukan muhrim atau with kata lain khayalan berahi/seronok with kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW : kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke? Jangan tipu. ALLAH SWT tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak diberkati oleh ALLAH SWT,kejayaan tidak akan membawa kebahagian. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. ALLAH SWT suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan ALLAH SWT. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajarn sahaja. Ni study group.
Study group….? Nampak lain macam saja.,manja, senyum memanjang,tak macam gaya diskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni….betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu….banyak masa di habiskan with fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran.
Baik sungguh kamu berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia,jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi,salah kah?
Tak adakah kaum sejenis yang boleh di jadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya with kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula. Bukanlah Islam melarang perkongsian ilmu antara lelaki dan wanita tapi biarlah kena pada tempatnya.

Takkan tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh naluri bercinta?
Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka jika dimiliki(sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang unutk menafikan naluri dan keinginan itu,TIDAK! Islam tidak suruh membunuh naluri itu seperti mana yang di lakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Dan ucaplah syukur ALHAMDULILLAH jika ia hadir,kerana itulah tanda kita masih dalam golongan manusia normal. Jangan jadi seperti golongan homoseks dan lesbian,jatuh cinta pada kaum sendiri,kan pelik tu..jauh dari fitrah manusia yang suci. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah ALLAH SWT. Iaitu menyalurkan naluri itu ke jalan yang sewajarnya. Ingat hadis Nabi SAW;
“wahai orang muda, sesiapa di antaramu yang mampu berkahwin,hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia dan sesiapa yang tidak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu”(Bukhari,Muslim)
jelas hadis ini menerangkan kalau masih tak mampu untuk berkahwin=BERPUASA,tapi apa yang berlaku dalam masyarakat,bila masih tak mampu untuk berkahwin,menggunakan pendekatan barat iaitu BERCINTA. CARILAH DALAM MANA-MANA AYAT AL-QURAN,HADIS ATAU KITAB-KITAB ULAMA YANG MEMBAHASKAN TENTANG PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN,YANG PASTI JIKA MASIH TAK MAMPU UNTUK BERKAHWIN, AGAMA KITA MENYURUH BERPUASA SEBAGAI CARA MENAHAN NAFSU BUKAN BERCINTA SEBAGAI MANA YANG DI GARISKAN OLEH BARAT...!
Itu lah silapnya kita, Islam memberi jalan yang paling baik dan mulia tapi kita memilih jalan yang silap,jalan yang digariskan oleh barat.
Yakinlah pada hadis Rasulullah SAW : “ALLAH SWT akan menolong tiga lelaki yang dalam keperluan;a) seseorang yang berkahwin kerana memelihara kesuciannya;b)seseorang yang keluar untuk berperang di jalan ALLAH; c) hamba yang bekerja untuk membebaskan dirinya.” ( Tarmizi, Nasa’I,Ibnu Majah,Ahmad)
Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana ALLAH SWT ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu PERKAHWINAN. CINTA BERLAKU SETELAH IJABQABUL;CINTA LEPAS KAHWIN. ITULAH CINTA SAKRAL DAN QUDUS; CINTA YANG BERMARUAH. BUKAN CINTA MURAHAN. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan with sesuatu yang lebih baik. Kalau is melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Cuma kita sahaja yang tidak yakin dan tidak sabar. Sabda Rasulullah SAW:
“tidak ada yang patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(Ibnu majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia,maka salurkanlah ia di tempat yang betul.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan wanita bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berahi pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, tapi sekarang macam pengantin baru semalam…. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat with penzinaan? Samalah seperti hal yang berlaku sekarang,mula-mula miscall saja setiap hari,tapi lama-lama mula berbalas sms,then berlakulah perhubungan seterusnya.penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk pun sekalipun! Hargailah mereka.

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
ALLAH SWT menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Paling penting dimana kita kuat di situ kita diuji. Di mana kita lemah di situ kita di uji. Misalnya, Maryam ibu Nabi Isa AS. Yang cuba mempertahankan maruahnya sebagai seorang gadis suci, tapi ALLAH SWT uji with kandungannya yang tidak berbapa. Samalah seperti kita, kita sangat menjaga agar tidak bercinta with sesiapa, tapi siapa tahu suatu hari ALLAH SWT akan uji with perasaan suka pada kaum lain? Mulanya boleh kawal diri, tapi dek kerana si dia selalu miscall,mulanya layan gitu-gitu,lepas tu layan habis then……………..akhirnya bercinta hinggalah kepada zina. Ingat zina ni banyak jenis…zina hati,zina mata,zina tangan dll.Sedarlah manusia tidak tahan ujian kecuali yang mempunyai kekuatan iman untuk melawan ujian( with izin-Nya jua) oleh itu ALLAH SWT memerintahkan supaya menjauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.



Jadi manusia itu tak tahan di uji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia,ALLAH SWT telah meningatkan manusia bahawa manusia tidak tahan with ujian walaupun kecil. ALLAH SWT takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. ALLAH SWT tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. ALLAH SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu ALLAH SWT berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu.
Firman ALLAH SWT:
“wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu HAMPIRI pokok ini, (jika kamu hampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”(Al-A’araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi ALLAH SWT tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan with godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Ingat, zina ni banyak jenis=zina mata,hati,tangan dan sebagainya. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi CINTA LEPAS KAHWIN banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
BOLEHKAH PERCAYA WITH PERWATAKAN MASA SEDANG BERCINTA? INGATLAH BERCINTA ITU SATU PENIPUAN. BERCINTA PENUH WITH LAKONAN YANG DIBUAT-BUAT DAN PENUH KEPURA-PURAAN. MASING-MASING AKAN BERLAKON WITH WATAK YANG TERBAIK. PENYAYANG, PENYABAR, PEMURAH DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI. MASA BERCINTA HANYALAH ALAM LAKONAN SEMATA-MATA. MASA ERCINTA, BILA MERAJUK ADA YANG PUJUK. JANGAN HARAP LEPAS KAHWIN, JUGA BEGITU. PANDANGLAH ORANG YANG BERCINTA. MASA BERCINTA BUKAN MAIN LAGI(TAK MALU) KEPIT PASANGAN YANG HANYA MENDATANGKAN DOSA. TAPI BILA DAH ADA IKATAN SUCI, MALU BILA BERJALAN WITH ISTERI. SUAMI JALAN DEPAN WITH PAYUNG,ISTERI KAT BELAKANG WITH PERUT YANG MEMBOYOT. MASA BERCINTA BUKAN MAIN ROMANTIK LAGI, SETIAP SAAT MISCALL,SETIAP MINIT HANTAR SMS,SETIAP JAM CALL, SETIPA HARI MESTI BERGAYUT. TAK BOLEH HIDUP KALAU TAK BUAT MACAM TU. TAPI LEPAS KAHWIN, KEMANISAN SEMUA TU DI TARIK BALIK. BORING TENGOK MUKA SUAMI/ISTERI. NAK BERCAKAP MALAS. INGATLAH, BANYAK ORANG YANG KECEWA DAN TERTIPU WITH KEPERIBADIAN PASANGAN SEMASA BERCINTA. PERANGAI PASANGAN JAUH BERBEZA. MACAM LANGIT DAN BUMI. MASA BERCINTA, DIA SEORANG YANG AMAT PENYAYANG,PENYABAR, SABAR TUNGGU PASANGAN TERLAMBAT BERJAM-JAM. TAPI LEPAS KAHWIN, LEWAT LIMA MINIT, DAH KENA TENGKING. JADI PERWATAKAN DALAM MASA BERCINTA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. SEMASA BERCINTA,SEMUA PERILAKU PASANGAN YANG BURUK SEDIKIT PUN TAK DITEGUR,SEMUA DITERIMA, TAPI BILA DAH KAHWIN KEJAP-KEJAP MELENTING BILA ADA YANG TAK PUAS HATI. JANGAN LUPA HUKAMAK TELAH BERPESAN: ORANG YANG MENUNJUKKAN KEBAIKAN KEPADA ANDA ADALAH SAHABAT YANG BAIK. DAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN ANDA ADALAH SAHABAT YANG PALING BAIK. CARILAH SAHABAT/PASANGAN YANG BERANI DAN PANDAI MENEGUR KESALAHAN KITA. BUKAN SAHABAT/PASANGAN YANG HANYA MEMBIARKAN KITA TERUS-TERUS MELAKUKAN KESILAPAN ATAU YANG TIDAK PANDAI MEMBERI TEGURAN .
Yakinlah pada ALLAH SWT. LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK. KALAU NAK TAU SIAPA PASANGAN KITA,PANDANGLAH DIRI KITA, BAGAIMANA IMAN KITA,BEGITULAH IMAN PASANGAN KITA WALAUPUN SECARA FIZIKALNYA BERBEZA.DARI SUDUT SIFAT PULA, BUKANKAH API LAWANNYA AIR. BUMI DENGAN LANGIT, DARAT DENGAN LAUT, SEMUA INI DICIPTAKAN UNUTK SALING LENGKAP MELENGKAPI.AKAK INGIN BAGI CONTOH, KALAU KITA SEORANG YANG AGAK BEREMOSI PASTI PASANGAN KITA SEORANG YANG PENYABAR. KALAU KITA NI SEORANG YANG KUAT CEMBURU PASTI PASANGAN KITA SEBALIKNYA, YAKINLAH SETIAP CIPTAAN ALLAH SWT ADALAH SALING LENGKAP MELENGKAPI. JANGAN PERCAYA PADA CINTA SEBELUM KAHWIN, KERANA SEMUA ITU LAKONAN. PANDANGLAH DIRI SENDIRI PASTI TAHU JAWAPANNYA…berdoalah kepada ALLAH SWT agar dipertemukan jodoh sesuai dengan citarasa kita.

HABIS BAGAIMANA JIKA HADIR RASA SUKA PADA SESEORANG? BUKANKAH TADI SAUDARA MENGATAKAN TAK SALAH JIKA PERASAAN ITU HADIR KERANA IA ADALAH NALURI SEMULAJADI MANUSIA?
Jika hadir perasaan itu, ucaplah syukur ALHAMDULILLAH kerana ALLAH SWT masih meletakkan kita dalam golongan manusia yang normal. Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat, yang mana bila dia di beritahu bahawa anak lelakinya telah jatuh cinta pada seorang gadis, dia mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT kerana anak lelakinya masih dalam fitrah manusia yang suci.Pohonlah perlindungan kepada ALLAH SWT agar tidak terlalu mengikut perasaan yang didorong oleh nafsu semata-mata. Berpuasalah jika masih tidak mampu untuk berkahwin. Bukan ajak bercinta.Berdoalah kepada ALLAH SWT agar di percepatkan dan dipermudahkan andai ia jodoh kita. Tanyalah diri dulu,apakah kita ikhlas menyukainya atau tidak. Kita bukanlah ikhlas menyukainya jika kita menyukainya kerana ketampanan,kecantikan kerana semua ini akan berubah. Kita bukanlah ikhlas menyukainya jika kita menyukainya kerana sifatnya kerana manusia boleh berubah perangai. Ikhlaskanlah hati bila dah tau jatuh cinta,antara tanda kita ikhlas menyukainya= Kita akan sentiasa menerima dia walaupun dia telah berubah perangai,atau mungkin wajahnya yang cantik/hensem telah menjadi sebaliknya.kita akan sentiasa dapat menerimanya walau bagaimana keadaannya. Ambillah apa-apa yang disukai padanya itu,dan berdoalah agar pasangan hidup kita juga mempunyai sifatnya yang kita sukai. Misalnya kita suka kepadanya kerana dia banyak menghafaz Al-Quran, mintalah kepada ALLAH SWT moga-moga dijodohkan with orang yang sama sepertinya;banyak menghafaz Al-Quran,lagi baik kalau minta pada ALLAH SWT agar dijodohkan with orang yang lebih baik darinya; menghafaz,mempelajari,mengamalkan with keikhlasan dan mengajarkan Al-Quran kepada orang lain. Kalau kita suka with kerana kecantikan/kehenseman,mintalah pada ALLAH SWT agar dijodohkan with orang yang lebih hensem/lebih cantik darinya. Manusia suka kepada kecantikan/kehenseman.Tak salah kita meminta kepada ALLAH SWT. Siapa tahu, with izin-Nya, jodoh kita mempunyai 1 per 2 daripada sifat-sifat yang kita selalu minta pada ALLAH SWT. Yakinlah ALLAH SWT akan mengkabulkan doa kita. Dulu ada dua orang kakak yang akak kenal buat macam ni, setiap kali berdoa, minta with ALLAH SWT agar dijodohkan dengan orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu. ALHAMDULILLAH, 5/10 daripada ciri-ciri yang selalu diminta pada ALLAH SWT ada pada suami. Jangan lupa mendoakan agar orang yang kita sukai itu dijodohkan with orang yang lebih baik dari kita. Kerana kalau kita ikhlas menyukai seseorang kita pasti mendoakan kebahagiaannya. Dan kita akan rasa gembira bila ia bertemu jodoh yang lebih baik dari kita,bukan merasa kecewa.
SEPATUTNYA,usia remaja ni kita perlu berhati-hati dengan godaan keremajaan. Kalau dah tahu ada rasa suka/cinta padanya tapi belum berkemampuan, buatlah persediaan untuk orang yang bakal kita sayangi dan cintai. Didiklah diri menjadi seorang isteri/suami dan ibu/ayah yang penyayang kepada kanak-kanak. Carilah ilmu mendidik bagaimana mendidik anak-anak,bukan dengan melayan perasaan yang entah ape-ape. Misalnya,belajar memasak,mengemas rumah,buat perhiasan rumah,menjahit dan sebagainya. BAGI KAUM ADAM mempelajari semua ini =tak salah,bahkan menjadi satu bonus tambahan pula.Zaman remaja ni gunakanlah untuk mendidik diri supaya berhati lembut tetapi berjiwa kental. Kerana di alam rumah tangga pasti ujiannya lebih banyak;kita akan diuji dengan kekurangan/terlebih wang perbelanjaan,diuji dengan pasangan yang mula berubah perangai,diuji dengan anak-anak dan sebagainya. Bukan menggunakan usia remaja ini dengan berfoya-foya,berjoli sana,joli sini. Mungkin bukan dengan cara kita keluar shopping tapi cukuplah akak beri contoh berfoya-foya menggunakan handset. Habis duit mak ayah di gunakan untuk mereload hp. Tapi ia digunakan untuk mengganggu orang/bergayut/hantar sms yang entah apa-ape dan sebagainya. Berdoalah kepada ALLAH SWT moga-moga dijodohkan dengan orang yang mempunyai jiwa yang kental dengan ujian.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redho ALLAH SWT? Kebahagiaan adalah anugerah ALLAH SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kebahagiaan bukanlah ciptaan manusia. Manusia hanya merancanG kebahagiaan. ALLAH SWT yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan mencapainya tidak diredhai ALLAH SWT. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. ALLAH SWT TIDAK MEREDHAI PERCINTAAN BEGINI. CINTA YANG DIREDHAI ALLAH SWT ADALAH CINTA SELEPAS KAHWIN. DALAM AL-QURAN TELAH JELAS MEMBERI PANDUAN KEPADA MANUSIA BAHAWA CINTA YANG DIANJURKAN AGAMA ADALAH DENGAN JALAN PERKAHWINAN.(CEK SURAH AN-NUR:31,32) Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah permulaannya sudah canggung, bagaimana pula kesudahannya? Orang yang bercinta ibarat tidak yakin pada ALLAH SWT yang telah menetapkan jodoh untuk setiap makhluk-NYA. Kalau kita yakin pada ALLAH SWT cukuplah jika ALLAH SWT tempat melahirkan rasa cinta itu. Tak salah kita solat sunat pada setiap malam dan cerita pada ALLAH SWT kita minat siapa.mintalah supaya ALLAH SWT memberi hidayah dalam setiap gerak geri agar tidak didorong oleh perasaan cinta. Takutlah kalau-kalau setiap perlakuan kita bersandarkan kepada nafsu. Maklumlah bila dah suka ni, tak sedar kita melakukan riak. Setiap perlakuan di jaga betul-betul,takut si dia reject.

Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan la’natullah. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berkainan,tetapi isinya adalah sama. Adik angkat,abang angkat,kakak angkat adalah bentuk tipu daya syaitan dan iblis la’natullah. Ini pun satu bentuk penipuan. Pandanglah orang yang terlibat with budaya angkat-angkat ni, adik,abang,kakak angkat ditatang betul-betul, niat ikhlas konon nak berdakwah tapi adik,abang,kakak kandung sendiri entah jadi apa….kadang-kadang diambil kesempatan untuk berseronok-seronok,sekurang-kurangnya bila miscall ada orang yang sudi melayan, bila hantar sms ada orang sudi membalas, bila bergayut ada orang sanggup luangkan masa berbual with perkara yang entah apa-apa. Ada juga kes adik angkat diperalatkan untuk mengenakan orang lain. Kesian tapi itulah hakikatnya. manusia yang terlibat with budaya ‘angkat’ ni sebenarnya masuk kedalam perangkap syaitan la’natullah. Cuma tunggu masa untuk dikorbankan. Ini pun satu budaya yang tidak bermaruah.,jika seorang wanita itu menjaga maruahnya sebagai seorang wanita,pasti dia akan menjaga pergaulannya sama ada dalam telefon atau tidak. Murahnya nilai seorang wanita jika with miscall/sms/call dia boleh layan lelaki yang tidak ada keperluannya.Kalau dah hari-hari miscall, hati siapa yang tak terasa?mulalah rasa seronok ada orang ambil berat,kalau boleh setiap apa yang berlaku antara diri with adik/abang/kakak angkat di cerita pada orang lain akhirnya menimbulkan pelbagai fitnah.
Namakan with nama apa sekalipun, abang/kakak/adik angkat ke , motivator ke,semuanya sama. Jalan yang menghampiri zina dan akhirnya mesti lah zina. Mungkin bukan zina besar tapi berapa ramai yang tertipu with zina kecil?




Bagaimana pula jika si dia dari sekolah agama,ustaz,ustazah@dari golongan baik?
Jangan tertipu with semua ini. Jangan kita lupa sejarah lama, wanita adalah bahan yang paling ampuh yang digunakan oleh syaitan la’natullah untuk melemahkan lelaki. Begitu juga kaum wanita,lelakilah yang menjadi ujian padanya. Ingatlah, Kalau wanita itu baik, dia takkan semurah itu memberikan cintanya pada lelaki lain yang bukan bergelar suami, dia takkan semurah itu melayan lelaki yang tidak ada keperluannya. Begitu juga lelaki,kalau dia baik, dia takkan semurah itu melafazkan kata cinta pada orang yang bukan sewajar. Kalau wanita/lelaki itu baik,dia pasti menjaga maruahnya,jaga pergaulan,bukan layan sembarang orang yang takde keperluannya. KITA TIDAK LAYAK MENGATAKAN KITA ADALAH ORANG BAIK,TAPI TAK SALAH JIKA KITA BERUSAHA KE ARAH ITU. Kalau kita baca tafsir surah AN-NUR,betapa Islam sangat menjaga wanitanya. Cuma kita sahaja tidak menghargai kemuliaan ini. (cek buku SURAH AN-NUR-PANDUAN WANITA SOLEHAH,penulis: ABUL ‘ALA MAUDUDI,PUSTAKA SALAM) WALLAHU’ALAM. SEMOGA KITA DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN YANG MENJAGA IMANNYA DARIPADA UJIAN SEPERTI INI.

JADI ORANG YANG BERCINTA TELAH HLANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukanlah ditentukan oleh manusia. Tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala,bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat with cinta sebelum kahwin,akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerimanya. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak di tentukan oleh ALLAH SWT. Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa ditempatkan bersama-sama golongan yang menjaga maruah diri. Paling penting jangan sesekali berprasangka pada orang yang bercinta begini, kasihanilah mereka kerana tidak dapat mengawal nafsu/tidak dapat bersabar untuk disayangi kaum lain,bersyukurlah kerana ALLAH SWT masih menjaga iman kita daripada godaan keremajaan. Berdoalah moga ALLAH SWT memelihara kita daripada godaan sebegini. Takut-takut hari ini kita mengumapat orang tu macam ni-macam tu,esok lusa siapa tahu di saat iman lemah ALLAH SWT uji kita pula dengan godaan nafsu remaja….Cuma ingatlah,
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah melakukan zina tidak layak berkahwin kecuali with orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk orang yang beriman.
“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan with perempuan yang berzina,atau perempuan yang musyrik;dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan with lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik,dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.”(surah AN-NUR:3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin with orang yang tidak pernah bercinta.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin with orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Ada apa dengan janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Siapa tak seronok jika ada wanita murahan yang sanggup melayan mereka? Habis madu sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga menjadi pepatah. Yakinlah jika lelaki itu baik, ia akan menyalurkan rasa cintanya di tempat yang betul. Bukan dengan jalan yang tiada dalam ajaran Al-Quran. Al-Quran menyuruh agar rasa cinta itu disalurkan with jalan yang suci. Bukan with jalan yang dianjurkan oleh barat. Buktinya cukup jelas, hari Velentine misalnya, datang dari barat. Begitu juga wanita,jika dia baik,dia takkan semurah itu memberikan rasa cintanya/melayan lelaki yang bukan suaminya.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
tahukah hati budi lelaki?sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok-seronok dan berfoya-foya di usia remaja, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Siapa tak seronok bila ada orang yang layan? itulah rahsia lelaki. Usia remaja ni lagilah,mereka mencari girlfriend untuk tujuan berseronok-seronok dan berfoya-foya. Mungkin bukan dengan zina besar, tetapi berfoya-foya melalui sms/hp. Siapa tak seronok bila ada wanita murahan yang melayan?

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentulah. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barangan yang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang di letakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu kehilir. Zaman moden ni lagi canggih, hanya dengan miscall,sms,chat perempuan tu begitu murah menggadaikan cintanya/melayan lelaki yang bukan suaminya. Sedihkan? Tapi itulah hakikat wanita zaman sekarang. Berdoalah kepada ALLAH SWT,moga kita terpelihara dari ujian sebegini.
Kepada wanita:simpanlah 99 daya kecantikan yang ada padamu untuk suami bukan untuk orang lain rasa. Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana seronoknya bergayut,berSMS(sms yang entah apa-apa). Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana seronoknya miscall dirimu. Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana indahnya pandangan matamu,rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana sedapnya suaramu yang manja, rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana halusnya tapak tanganmu. Apatah lagi jika lelaki lain dah merasa lebih dari itu.Jangan di layan semua ini=nafsu. Tak salah jika bertegas dengan mereka. Biarlah kita dicop rigid dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.jangan biarkan lelaki mentafsirkan kita semurah wanita lain yang boleh melayan sesuka hati. Bukan tak boleh bergaul dengan lelaki, boleh tapi biarlah kena pada tempatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. FIRMAN ALLAH SWT:
“……………….Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya(yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) ALLAH,ALLAH telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.(AL-AHZAB:35) berdoalah mudah-mudahan kita tetap dalam golongan yang disebut-sebut oleh ALLAH SWT dalam ayat tadi….

bagaimana with kami yang sedang bercinta?
Kamu masih ada peluang . bertaubatlah with taubat nasuha. Berdoalah dan mohon keampunan kepada-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redho-NYA.

Kami ingin mendapat redho ALLAH SWT. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Dalam hal ini ada 3 cara:
1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhoi ALLAH SWT ini. Yakinlah pada ALLAH SWT,Yang Maha Penentu. Yakinlah bahawa andai tak pernah bersua/kenal sekalipun,tetapi jika ia jodoh takkan kemana. Andai suka macam mana sekalipun tapi tak pernah bercinta,jika ia jodoh,pasti ALLAH SWT akan datangkan waktunya.Tetapi andai bercinta 1000 tahun sekalipun, tetapi bukan jodoh maka rugilah hidup kerana telah memberikan cinta pada orang yang bukan layak menerimanya.

2. menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus kepada cinta manusia yang tak pasti akan kesudahannya.

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi with sesiapa kecuali with seorang yang bergelar suami/isteri. Sabarlah,saatnya pasti akn tiba iaitu selepas diijabqabul.

“kita berpisah kerana ALLAH SWT,yakinlah kalau ada jodoh,tidak ke mana! Tak perlulah kita membuang masa muda ini. Cuma bergantung kepada kita sama ada kita sabar atau tidak. Isikanlah masa muda ini with ilmu pengetahuan tentang alam rumah tangga bukan melayan nafsu remaja”

Bismillahirrahmanirrahim..

 Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

 Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

 Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

 Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

 Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

 Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

 Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu Amin….

WALLHU’ALAM

Wednesday, March 31, 2010

kisah teladan

assalamualaikum...
saya dapat artikel ini dari yahoo group alumi serata...untuk perkongsian...

Berdasarkan kisah sebenar..
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

p/s: kisah yang wajar diteladani oleh bakal-bakal suami dan isteri

Saturday, January 2, 2010

kenape mak nangis??


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya,
“ Ibu ,mengapa ibu menangis?
Ibu menjawab, “ Sebab aku wanita.’’
Saya tidak mengerti, kata si anak lagi .Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kamu memang tidak akan mengerti ….”
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya, “ Ayah mengapa ibu menangis ?
Si ayah menjawab, “ semua wanita memang menangis tanpa ada alasan .”
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya–tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT, mengapa wanita mudah sekali menangis.
Saat Allah SWT menciptakan wanita, Dia menjadikan wanita sangat penting. .
Allah SWT menciptakanya bahu agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya walaupun selepas itu menerima cerca daripada anaknya sendiri.
Allah memberikannya ketabahan yang tetap bertahan pantang menyerah disaat orang berputus asa.
Allah juga memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun dirinya letih, sakit, lelah tetapi tanpa keluh kesah.
Allah memberikan wanita perasaan kepekaan dan perasaan kasih sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa–apapun biarpun anak–anaknya kerap kali melukai perasaan naluri seorang ibu. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.
Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikan air mata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan dimana dia inginkan.Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walaupun sebenarnya….air mata..!!!!

Tuesday, August 18, 2009

perkara biasa atau bala???


salam, tazkirah ni saya copy dari blog zafrany sekadar renungan kepada semua...masa kita dah tak lama lagi....

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara­-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

H.R Ibnu Majah


Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada
rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum
Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin)
adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada
Allah swt.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca
daripada mengenepikan hukum­hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan
Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
p/s: maaf, dah 3 malam tido pukul 5 pagi...terlalu banyak kerja...tak dapat nak post sendiri....insyAllah...moge kesibukan ini tidak menjauhkan saya dari yang Maha Menyintai...

Friday, June 26, 2009

Laut Beku..??

Assalamualaikum...
untuk post kali ini, saya nak tunjukkan beberapa keping gambar yang saya dapat daripada group alumni SERATA (SMA Raja (P) Taayah)...perkara ini menurut ceritanya berlaku di Pakistan...sahih atau tidak... Wallahua'lam....saya pun tak pasti kalu sahabat2 pernah melihat atau mendengar sendiri cerita ini...walau bagaimanapun, ia agak mengerikan....perkara ini benar2 mengingatkan saya tentang Hari Kebangkitan yang semakin hampir....

LAUTAN BEKU DI PAKISTAN..





Kalu di perhatikan, ombak juga turut membeku...







Ada lagi beberapa gambar yang saya tak sertakan di sini....bukanlah gambar ini yang mainkan peranan sebenarnya...tapi diri kita sendiri...kalau lah sekiranya takde gambar ini, adakah kita akan terus leka...fikir2kanlah...