JellyPages.com

Followers

Monday, September 13, 2010

PIMPINAN

Memimpin...apa itu memimpin? Bagaimana memimpin??? Sejauh mana orang tau tentang apa yang dipimpin. Seseorang pemimpin... perlukah dia bersikap hebat supaya dihormati semua...atau perlukah seorang pemimpin memahami setiap laku mereka yang dipimpin? Atau adakah seorang pemimpin hanya perlu bertindak untuk mengarah? Atau perlu berbincang dengan mereka yang dipimpin?? Adakah seorang pemimpin wajar bertindak memperlekeh mereka yang dipimpin? Atau wajarkah seorang pemimpin menganggap yang dipimpin tidak tahu dan tak sehebat dia sebagai pemimpin?

Aku seorang pemimpin. Sekarang juga aku seorang pemimpin. Aku tahu kamu juga seorang pemimpin. Paling tidak kamu adalah pemimpin diri kamu. Dulu aku seorang Ketua Umum... Ya, aku ketua umum.. satu posisi yang tidak pernah aku fikirkan sebelum itu.... Ramai yang tidak tahu...sengaja aku rahsiakan... aku tak mahu jolokan itu menghantui aku selepas aku keluar dari sekolah yang banyak mengajar aku erti kehidupan.... Aku diamkan..hari demi hari...tapi aku selalu terpukul dengan ayat PEMIMPIN...!!! kadang aku rasa ayat ini terlalu abstrak untuk diurai...terkadang aku rasa letih, lesu dan tak bermaya hanya kerana aku terdengar ayat pemimpin dan memimpin. Ada amanah dalam ayat itu...

Ramai yang terkejut kerana aku seorang ketua umum...pemikiranku bukan seperti seorang ketua umum...seharusnya pemikiran seorang ketua umum itu pasti mantop!!!namun, aku tidak begitu..mungkin telah lama aku tinggalkan jauh ‘ketua umum’ itu menyebabkan aku lupa bagaimana memimpin. Dan... ada rahsia di dalamnya...

Nasihatku...yang baik harus diteruskan. Jangan biar ia terus ditinggalkan di belakang. Kelak, apabila kamu ingin gunakan, takut2 kamu tak ingat lagi cara untuk menggunakannya.
Allah itu maha mendengar. Doakanlah yang baik2. Aku silap kerana aku pernah berkata, “Aku tak nak lagi orang tau aku ketua umum. Aku nak bebas dari memimpin. Aku nak hidup sendiri.”
Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Sifat kepimpinan itu hanya pinjaman dari-Nya. Dia yang berhak memberi atau menarik. Sifat itu bukan warisan. Ingat bukan warisan!!! Maka belajarlah untuk bersyukur menerima dan memberi sebanyak-banyaknya. Moga Allah ampuni aku.