JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Tuesday, December 8, 2009

Yasin dan Sakaratul Maut...

assalamualaikum...
post kali ni saya dapat dari y.group alumni serata...
sekadar perkongsian...

seseorang menghadapi SakaratulMaut

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya
kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam
'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan,
kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca
surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan
orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz
sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid)
untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca
boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,
berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul
maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui
ikutan adat.

Amiin.

cuti-cuti malaysia..

assalamualaikum...
musim percutian...memang sangat seronok...kami tak ke mana pun buat masa ni seperti tahun-tahun sebelum ni....selalu, abah akan ajak kami bercuti...tak kisah la ke mana pun...destinasi biasa, teluk batik...di lumut....
tapi berbeza dengan percutian kali ni...kami lebih menghabiskan masa di rumah...kenapa ya??

abang ipar sya sambung pengajiannya ke peringkat ijazah...dia menganbil kursus KDC dalam bidang perguruan kos bahasa melayu....jadi kakak saya akan berada di rumah sya bersama anak-anaknya yang cute-miut..oleh itu, saya dan adik-adik akan menjadi baby-sitter sementara...tapi memang meriah la rumah waktu ni...

selain itu, suasana rumah dalam mood kenduri kawin...setiap hujung minggu mak dan abah akan bertanya tentang kad kawin yang ada hampir sepuluh ke lima belas keping dalam kotak surat...takut ada yang ter 'miss' pergi...kecik plak hati...

mak dan abah juga sibuk memikir tentang persiapan perkahwinan k.nyah....walaupun lewat lagi, tapi banyak perlu ditempah dan diatur...saya dan adik-adik juga menjadi sebahagian daripada 'wedding planner' untuk k.nyah...jadi cuti kali inilah mak dan abah dapat minta tolong untuk membantu mereka mengendali urusan perkahwinan k.nyah...
kalau hari lain, mak dan abah hanya tinggal berdua...susah la sikit...

hakikatnya, hati saya mula pilu...teringat k.nyah akan berkahwin, maka tanggungjawab seterusnya akan dipikul oleh saya...selepas kahwin, suami mereka lebih berhak ke atas mereka...itu yang tak dapat dinafikan....jadi saya perlu bersedia...tambahan pula, tempat belajar saya paling hampir dengan mak dan abah...tapi mampu ke saya?? dari anak bongsu (perempuan) menjadi anak sulung?? hemm..insyaAllah, saya yakin Allah beri kekuatan...

akhir kata, sekarang masih dalam mood cuti...cuti-cuti jugak...tarbiah jangan lupa...ingatkan saya selalu...

p/s: walaupun post kali ni tak bermakna..tapi bermakna bagi sya..=)