JellyPages.com

Followers

Thursday, July 23, 2009

kisah sedih untuk iktibar...

untuk post kali ini saya terpanggil untuk memaparkan kisah yang dah lama terjadi...pastinya ada yang pernah mendengar kisah ini...sohih atau tidak, saya tak pasti....walau bagaimanapun, boleh dibaca sebagai iktibar...wallahualam

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah
mereka.

" Bincang apa tu? Serius saya tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur. saya tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimanapun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 saja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. minta dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. "
RM 20 saja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mahu
dengar! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun
habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang,
boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya
perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke
pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "
Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! "
balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik,"
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...Kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...Kenapa jadi macam ni ayah? " kata si
gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia
meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu saja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat. saya balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah saya singgah ke kedai ni. Lepas ni saya nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" saya pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh saya tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia saja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada
orang yang tahu. " Sekejap saja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, Saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini. saya bertaubat,saya insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya
terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan
matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga
kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.

p/s: nama dalam kisah ini bukan nama sebenar...sekadar iktibar...

Sunday, July 19, 2009

dedikasi buat tika


buat tika sayang...
janganlah kau bersedih...
wajah sayumu bisa mencengkam jiwa nuraniku...
suaru rintihmu membuat aku sedih pilu...
janganlah kau bersedih...

tika sayang...
akan aku temani kau dikala sunyi dan sedih...
akan ku kobarkan jiwa jihadmu...
ku tahu kau mujahidah harapan...
kekuatanmu permaidaniku...
janganlah kau bersedih...

tika sayang...
ku tahu jiwamu meronta...
namun kau katakan dirimu...tak apa...
ku tahu hatimu pilu...
tapi kau kata kau gembira...
tabahnya dirimu...
kerana keyakinanmu pada yang satu...
janganlah kau bersedih...

tika sayang...
pasti...
di depanmu terbina jambatan yang indah menuju bahagia...
lorong kelam ini biasa bagi pejuangNya...
pasti kau yang terhebat bisa mengharungi liku ini...
di depan..
nyata terbentang nikmat yang paling kau inginkan...
janji Allah janji yang pasti...
janganlah kau bersedih...

SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
miao-miao untuk tika

kehidupan

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

post kali ni khas untuk sahabat yang tersayang...
nur atikah binti rosli...
sayang tika....

Thursday, July 16, 2009

Sayap Kiri...


Satu hari aku berbual dengan seorang sahabat...seorang muslimat...kami membicarakan sesuatu yang sedang bermain difikiran kami berdua...berkaitan muslimat...
dia bersuara dengan tiba-tiba...
"kenapa ya muslimat sangat takut menyuarakan pendapatnya?"
Aku kelu...
nak perli aku kot...
"Kalau salah pun apalah salahnya...pelajaran yang baik adalah belajar melalui kesilapan..."
Aku hanya tersenyum...kami berbual lagi...dia sangat banyak memberi kata ransangan berkenaan muslimat...
"Muslimat perlu bergerak pantas..."
Aku diam lagi....kalau lawan berjalan, mungkin aku menang sebab aku memang jalan cepat...apa maksud berjalan pantas??
dia berkata lagi...
"muslimat perlu menjadi sayap kiri perjuangan yang dapat membantu muslimin..."
aku senyum...aku biasa dengar perkataan itu...SAYAP KIRI...hemm...
dia masih berbicara...
"muslimat perlu lakukan sesuatu di sini...kalau dalam tempoh 5 tahun setengah, tiada apa yang dapat dibawa pada muslimat di sini, alangkah rugi..."
aku memandang ke arahnya....
"Nora......lakukanlah sesuatu...lakukan...muslimat itu adalah awak...awak sendiri..........."
"Kak Noooooooraaaaaaaaaaaaaaaaa" tiba2 suara siti kedengaran....
aku tersentak....
"cepat bangun....dah subuh........................."

Aku selalu berfikir...apa yang aku dapat bawa ke sini...untuk gerak kerja Islam itu sendiri...aku kini bukan lagi penolong ajk makanan...namun gerak kerja Islam bukan terletak pada jawatan semata-mata....jika ada kelompangan, perlu ditutup segera...
Aku cuba mencari ruang-ruang kekuatan yang aku ada untuk membantu gerak kerja di IPIP sendiri...
aku mula temui seperkara yang aku ada yang mungkin boleh membantu... mungkin hasil daripada beberapa cebis pengalaman berada di sekolah taayah...iaitu sekolah agama yang menempatkan hanya pelajar muslim perempuan, telah banyak membantu aku mengenal jiwa muslimah itu sendiri...aku tidak boleh lagi tidur...aku perlu kejutkan muslimah-muslimah yang masih nyenyak di buai mimpi indah...
tapi sering aku bertanya...
mampukah aku..................

p/s:mudahkan segala urusanku YaAllah...

Saturday, July 11, 2009

jubah dan tugas berat....

assalamualaikum...
post kali ni saya nak tunjuk sesuatu yang jarang-jarang kita temui dan tak ada pun di Malaysia ni...alangkah baiknye jika ada di Malaysia camni...gambar-gambar saya dapat dari yahoogroup alumni taayah....sangat menarik dan boleh jadi contoh pada muslimat dan mujahidah2 yang bakal dilahirkan...

POLIS WANITA IRAN






ada up sailing lagi...erm...pakai jubah...boleh je...


sangat hebat mereka ini....



ini di negara Iran....di sini ntah bila terlaksana...sebenarnya aktiviti lasak bukan alasan untuk wanita berpakaian yang tidak sewajarnya...Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk menjalani pelbagai aktiviti namun pendekatan yang digunakan hendaklah berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah...bukankah ciri-ciri Islam itu sendiri thabat(tetap) dan murunah(fleksibal)....jadi Islam itu bukan penghalang....

wallahua'lam

Thursday, July 9, 2009

rintihan seorang da'ie.....


Sesungguhnya engkau tahu,
bahwa hati ini telah berpadu,
berhimpun dalam naungan cintaMu,
bertemu dalam ketaatan,
bersatu dalam perjuangan,
menegakkan syariat dalam kehidupan...

kuatkanlah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukkilah jalan-jalannya,
terangilah dengan cahyaMu,
yang tiada pernah padam,
Ya Rabbi, bimbinglah kami..

Lapangkanlah dada kami,
dengan karunia iman,
dan indahnya tawakal padaMu,
Hidupkan dengan makrifatMu,
Matikan dalam syahid dijalanMu,
Engkaulah pelindung dan pembela...

Tuesday, July 7, 2009

Irama dan lagu...


Hidup ini bagai lampu lilin...
yang dinyalakan di malam hari...
apabila minyak sudah kering...
ia kan pasti padam sendiri...
(petikan dari lagu Hijjaz)


kadang2 kita rasa, lagu2 yang berkemundang di sekitar kita tak bermakna...
hanya membawa kita lupa pada pencipta...itu mungkin pandangan segelintir manusia...
tidak mengapa...
kita raikan pandangan mereka....

namun ada juga lagu yang membawa kita menilai harga kita sebagai hamba...

Bagaimanakah nantinya, bila berhadapan denganMu...
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini....
YaAllah, Kau maha Pengampun.... (petikan lagu Damba KAsih)


Ada juga lagu yang mengingatkan kita tentang cipataan Allah dan aturan yang dibentuk dengan sempurna...

I Look I See
I look, I look, I look, I see
I see a world of beauty
I touch, I touch, I touch, I feel
I feel a world around so real
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You
(Petikan lagu I look I see, Yusof Islam)


Walau bagaimanapun, apa jua lagu yang disampaikan, mestilah tidak melalaikan dan mendekatkan diri kita kepada Pencipta...Allah SWT...
Kerana kini, method dakwah bukan lagi sekadar berbicara namun menyampaikan dengan melodi yang indah...

Allahuakbar..

p/s: jemput memeriahkan KAD'09...Konsert Antara Dunia anjuran GAMIS...
Mari sertai hiburan baru Islam...