JellyPages.com

Followers

Tuesday, May 14, 2013

Jururawat yang merawat dan Pembantu Perubatan (MA) yang mengubat. :)

Oh my Blog. I extremely miss u... huhu. Biasa la PRU kan... busy sikit... (bajet wakil rakyat) LOL...

Sebenarnya post lepas aku over excited nak citer pasal trip aku ke Johor right? tapi sekarang mood tu dah takde. Balik dr Johor memang best. Pekena Mee Racun, Nasi Briyani yang terkenal kat Batu Pahat, siap jumpa ustaz Hafez dan zaujah dia Ustazah Atiqah dan anaknye yang comel Insyirah di restoran tuh. Memang satu pengalaman yang cukup bermakna pada aku. Then yang lagi best. Bila dah sampai ke Tapah, abah boleh terus drive naik cameron. Tido semalam kat sana. Haa betapa sukanye kami bermusafir. Hehe. Tapi apa pun, it such a great experience for me. Yang paling special, tak sangka dapat jumpa anak Ustaz dan zaujahnya. Sebab memang dah lama nak jumpa tapi tak kesampaian.

Ok, now aku nak citer tentang pengalaman aku di treatment. Dah hampir 6 bulan aku di treatment di Hospital Pantai Putri Ipoh di bawah klinik Dr. Poh Eu Ping Pakar Mata. Sepanjang treatment tu, bila nak gi je appoinment, seluruh badan akan menggeletar. Peluh mula merembes. Mak aku selalu marah. "Apa yang nak di'nervous'kan. Selalu dah pun pegi appoinment kan" Tapi aku memang akan nervous for no reason. Aku sendiri pun tak tau jawapannya. Huhu.



Tapi post kali ni bukan la nak cerita pasal nervous aku tu. Lebih kepada perkongsian aku dengan para petugas di hospital. Lebih khusus lagi MA dan Nurse. Sepanjang aku di rawatdi hospital, aku suka buat observation terhadap petugas2 di hospital. Aku khususkan kat sini di Pantai Putri sebab hampir setiap bulan aku akan ke sana. Pujian harus diberikan kepada nurse dan MA yang bertugas di hospital. Bukan apa, aku tengok, mereka kerja dengan bersungguh2. Keje yang aku rasa, aku sendiri pun belum tentu akan buat. Pernah aku dengar pengalaman seorang nurse basuh ... pesakit. Kalau orang tu sedara mara kita, ok fine. Tapi pesakit tu bukan pun ada talian dengan kita. Itu pujian untuk nurse dan kita tak boleh nak nafikan khidmat mereka.



Sebelum ni, aku ada rasa kagum dengan nurse sebab mereka boleh buat kerja2 yang orang lain tak boleh buat. Contoh macam yang aku cerita tadi. Tapi kali ni aku suka nak share tentang MA yang kita rata2 tak perasan akan khidmat yang mereka buat. Satu hari dekat Hospital Pantai Ipoh, aku nampak seorang MA yang membantu pesakitnye untuk di bawa ke kereta menggunakan kerusi roda walhal, ada sedara mara keluarga tu dengan pesakit tapi dengan baik hatinya MA tu minta untuk menyorong pesakit ke kereta. Mungkin juga kereta tu di parkir dekat dengan pintu hospital. Ok accept.

Tapi di hari yang lain, aku nampak seorang MA bergegas menolong seorang nyonya memanggil teksi yang hampir pergi meninggalkan hospital. Ape ke nyusahkan diri buat keje tu (kan dah keluar loghat perak aku) sedangkan nyonya tu boleh je nak panggil sendiri melihat kepada kudrat nyonya tu tak la membebankan dia untuk panggil teksi tu. So kat situ aku rasa kagum dengan khidmat yang ditunjukkan oleh golongan MA ni.

Mungkin ada jugak yang kata "Ala, tu hospital private, memang la."

No. That's not true. Aku jugak pernah dirawat di hospital government yang mana, MA nye juga sangat bagus. Aku baru sampai, aku di sapa untuk dibantu ke ruang rawatan pada hal aku ni masih gagah untuk berjalan sendiri.Bukan la sakit sangat pun. Aku jugak pernah ditemani seorang nurse sepanjang malam sebab perut aku yang terlalu sakit. Dan banyak lagi cerita tentang mereka ni yang aku alami dan aku lihat sendiri include dicerita oleh orang2 lain yang pernah dirawat di hospital baik yang private mahupun gov. Hmmm... mungkin rezeki aku berjumpa dengan mereka2 ini. Tapi pada pandangan aku mereka juga harus dipuji dengan sikap prihatin dan kesanggupan yang tinggi untuk membantu pesakit.

)gambar hiasan)

"Ikhlas ke mereka tu? Kan mereka makan gaji? Memang dah kerja diaorang"

Soal keikhlasan aku tak nak campur. Pada aku, aku lihat yang zahir. Sikap mereka dan komitmen terhadap kerja yang bersungguh2 adalah satu perkara yang harus dipuji. Sungguh sehinggakan aku yang pada awalnya datang ke hospital untuk treatment mengalami nervous yang melampau, bila balik dari treatment rasa seronok dan puas hati. Dan aku dapat rasakan bahawa aku akan rindu untuk ke hospital lagi walaupun selesai treatment mungkin sekadar lawatan. :)

Konklusinya, MA dan nurse adalah antara golongan yang banyak memberi khidmat. Kita nampak mereka ini tak la sehebat doktor atau engineer, tapi khidmat mereka tidak boleh dipandang sepi. Pada makcik2 yang nak bermenantu tuh, boleh la intai2 kalau nak amik MA dan nurse nih. Kalau mereka sanggup menjaga orang lain, cuba bayang apatah lagi ahli keluarga sendiri kan.

Untuk semua pekerja, kerja adalah amanah, dan kita akan dipertanggungjawabkan di atas amanah tersebut.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), al-Nisa’: 58

Sabda Rasullullah s.a.w. :
ألا لا إيمان لمن لا أمانة له
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad

p/s: setiap pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri. Jangan pula sebab post pasal nurse dan MA nih, ada pulak yang tak setuju or whatever. This is my blog. Suka hati la aku nak tulis pe. Hehe... Just joke but I really mean... :)

Thursday, March 28, 2013

Melancong!!! Yeaaa...

Packing up...
InsyAllah, esok adalah trip to Johor for second time sepanjang adikku Zaim study kat IPG KTHO, batu pahat. Mak dan abah nak tengok motor dia yang excident sebelum ni. Aku cukup suka kalau dapat bermusafir ni. Bahasa Melayunye melancong la. Bukan apa, aku suka kalau dapat tengok keadaan sekeliling. Then, abah pulak jenis suka try new place.

(Trip ke Johor. Masa ni Zaim bawa pergi makan Nasi Briyani yang terkenal di Batu Pahat)

Contohnya, sebelum ni, kami ke Klang untuk ke rumah makcik. Then, masa nak balik, abah kata nak ikut jalan lama. Kira tak ikut highway la. Tapi memang sangat best. Kami singgah di Sungai besar untuk beli barang. After that, abah kata kita pegi cari pantai pulak. Wow, that's my faourite. Ngee~... Baru la aku tau, Pantai Remis pun ada jugak kat Selangor, bukan kat Perak je. Haaa mesti ramai tak tau. hehe. Then, kami singgah makan Mee Udang dekat kedai Makcik Jaiton. Memang ramai giler org. Best giler kot.

(Ni gambar karipap yang dimasak emak semasa di rumah K.nyah di Putra Jaya. Kami datang ke sini untuk Konvo Abang Shahrul Abang ipar aku yang sulung. SubhanAllah)

Lagi satu, mak dan abah rajin singgah masjid untuk solat. Mungkin pada org lain, ni perkara biasa. Nak solat mesti la singgah masjid. Tapi pada aku, singgah masjid untuk solat, takkan bawa satu makna baru sekiranya, kita singgah hanya untuk solat. Di masjid mak dan abah takkan tergesa2. Selalunya, kami akan ambil masa tak kurang 20 minit untuk singgah di satu2 masjid. Solat Tahiyyatul masjid menjadi satu yang dititik beratkan. Niat iktikaf dan duduk sebentar untuk iktikaf... :) Tu sebab aku sukeeeee sgt gi melancong ni.

(Ni gambar semasa hantar Azim adik bongsu aku belajar di UNISZA. Kami pergi satu family. 3 Buah kereta termasuk Opah aku)

Kalau kat Malaysia ni aku rasa negeri Serawak je aku tak pernah gi lagi. Hope one day I will go there. Then, sir aku, selalu pesan, supaya kami2 ni gi lawat luar negara. Cari pengalaman. Itu memang impian aku. Of course, 1st place luar negara aku nak gi adalah tempat lahir seorang manusia yang agung, Rasulullah S.A.W. Makkatul Mukarramah. Sekarang pun kalau umrah, insyAllah, tak la mahal sangat. Then, emak aku jugak selalu pesan, buat la haji di usia muda. Cergas sikit. :)

Dulu masa kat IPG, aku jugak rajin bermusafir sendiri untuk ke program2 dakwah. Walaupun orang kata, aku tak pernah keluar dari negeri perak, tapi aku jugak sbenarnya suka bergerak sendiri. Adventure. Paling aku suka naik train untuk ke program dan aku akan ambil trip jam 11 malam. Kalau ke KL Central, akan sampai jam 5.30 pagi. Memang best!!! Aku jugak pernah ke LCCT snediri sedangkan aku sendiri tak pernah ke LCCT. Tapi, kadang2 semua ni akan bagi pengalaman yang sangta berguna pada kita. Pada yang takut2 nak bermusafir sendiri, dont be afraid. Just do it. Ia akan jadi satu pengalaman yang menarik. Tapi jangan la pulak melanggar syariat Islam. Make sure matlamatnya baik, doa dan jaga diri baik2. InsyAllah, semuanya akan baik.

Di sini aku linkkan hukum bermusafir sendirian bagi wanita:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3233.0
http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/08/hukum-wanita-musafir-tanpa-mahram-dalam.html

Now, sambung pack'in barang. Semoga musafir kali ni bawa satu lagi pengalaman yang manis. Balik nanti aku share okey. Lots of Love... :)

Thursday, January 3, 2013

Letih Dah Dengar...

POSTO!! POSTO!! POSTO!!

Hehe.. Sebenarnya bukan nak cerita pasal posto. Nak cerita pasal posting. Huk3...
Aku baru je abis belajar hujung tahun lepas. Bulan 11. Duduk rumah memang seronok. Relaks, dapat tolong mak, abah, opah... then aku belajar urus masa aku dengan baik.

Masa awal aku habis belajar, masa awal bulan 12, aku rasa seronok. Walaupun ada sikit tension sebab tak tau lagi posting bulan berapa, tapi seronok jugak sebab tak banayk perkara nak fikir. So aku tumpu pada khidmat ngan mak abah dan opah.

Tapi after a few weeks, lepas kengkawan dalam fb group PISMP jan 2009 dok cerita pasal posting, serius aku menangis... Aku dah belajar 5 tahun setengah, including 1 tahun setengah amik stpm so total aku belajar untuk dapat degree aku 7 tahun... kalau aku amik medic, dah doktor dah aku. Aku memang tension masa akhir bulan 12 baru ni. Kami dah la tak tau lagi tarikh temuduga, tarikh posting pun tak tau. Mula la dengar rumours2 yang tak sedap di dengar.

"Kita akan interim dulu"

"SPP kata kita jangan confident sanagt bakal dipostingkan"

"Posting kita bulan 3"

"Kita posting after konvo"

Argghhh... memang sesak nafas dengar. Then, permulaan bulan 2013, fb group PISMP minta kami2 buat twitter as support untuk dapat peluang posting dr yb2.. kira cm dapat perhatian la. Then aku pun mula membuat akaun twitter. Its just a good medium for connecting people.. ramai kawan.. aku tak kenal pun diaorang ni tapi atas sebab isu posting ni jadi kawan plak. Then bleh share together plak kesusahan hati masing2..

Sebenarnya, setiap yang Allah susun tersedia pelbagai hikmah yang kita sendiri tak tau di mana letaknya hikmah tu. Sampai sekarang aku belum dipostingkan, belum tau tarikh, even belum tau tarikh temu duga. Tapi aku dah mula rasa a little bit calm sebab tahu Allah yang lebih tahu bila selayaknya kami dipostingkan.

Masih ada banyak perkara disekeliling aku yang aku boleh buat before aku tau tarikh posting aku. Daripada macam meratapi tarikh yang tak dapat2 tu, then mensia2kan waktu yang ada, better should do something better yang boleh bantu aku jadi lebih baik then before.

P/S: terpegun tengok heliza dalam assalamualaikum tv alhijrah bila dia boleh cakap dengan hadith2 lancar sedangkan baru join usrah fitrah... Tak de yang mustahil.. take turn to change.. :)

Wednesday, December 12, 2012

Jodoh!!! Jangan persepsi. Baca dulu. :)

Huk3... Hari ni badan rasa kurang sihat. Entahla sebab apa. Mungkin selalu sangat sihat kot. Allah bagi sakit sekali sekala. Huhu. Aku suka nak mulakan entry kali ni dengan satu kata-kata Saidina Ali bahawa

"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya".


Macam yang aku tulis dalam entry sebelum ni, aku nak cerita sikit tentang jodoh. Haaa... jangan salah faham dulu. Bila cakap je jodoh, mula la fikir nak menggatal la, ape la. Huhu. Persepsi2. Baca dulu.

Sabtu minggu lepas, aku menghadiri walimah kawan aku. Actually, aku tak la rapat sangat dengan dia. Kami baru je kenal waktu sama-sama masuk form 6 dulu. Tapi dia sangat baik. Mak dan ayah dia jugak kawan mak dan ayah aku. Mungkin sebab tu, aku dan dia mudah mesra. Lama dah aku tak jumpa dia. dengar2 dia dah nak kahwin. Pasangan dia? Haaa ni yang aku nak cerita ni. COMELNYEE peraturan Allah untuk mereka ni.

Aku hadir pada hari pernikahan dia di rumahnya. Rumahnya tak la jauh dari rumah aku. Lebih kurang 5 minit je. Satu kampung la aku dengan dia ni. Masa aku tiba dekat rumah dia, aku ternampak seorang ustaz yang aku memang cam sangat la dia ni. Aku rasa kalau aku sebut je nama dia, sure ramai yang kenal. Aku tengok betul2. Sah insan tu ustaz ZAHARUDDIN. Haa kenal tak. Ok, kita letak pic sikit...


haa ni la ustaz Zaharuddin. Bila aku nampak, aku tak la pulak pergi jumpa dia sebab niat aku nak jumpa pengantin. Aku pun masuk dalam bilik pengantin, nampak la kawan aku yang tengah risau ni menunggu pengantin lelaki sampai. Aku masuk je, aku nampak seorang kakak ni dok temankan kawan aku. Aku pun borak la dengan kakak ni. Dia dah pernah menulis 2 buah buku dan sekarang jadi kolumnis untuk majalah SOLUSI. Ya... aku tahu. Inilah zaujah atau dalam bahasa melayunya isteri ustaz Zaharuddin. Bertuah rasa dapat jumpa orang belakang disebalik kejayaan suaminya. Hemm hebat2.

"Adik. Sesiapa je boleh menulis. Ada mula je menulis. Lama-lama adik akan tahu rentaknya. Yang penting dah ada minat tu. Minat tu akan jadi pendorong untuk kita teruskan."

Hehe. Bagus la akak ni. Ok. Kita teruskan pada cerita kawan aku ni. Aku tanye macam mana boleh jumpa dengan husband dia ni.

"Ya Allah Nora. Aku kenal dia pun tak. Kami kenal sekejap sangat. Dia suka terus suruh mak dia masuk minang. Waktu tu la aku tengok dia. Lepas tu tak pernah jumpa dah. Last2 sekarang dah nak nikah dah Nora. Huhu." (dialog di ringkas dan dipendekkan tanpa mengubah cerita asal... :)

"Bagus la tu. Love after marriage. Hehe. Apa kerjanya?" Soalan standard la aku tanye. Klise. hehe

"Dia Ustaz mengajar KAFA kat sekolah agama rakyat. Then, dia jadi Imam Masjid."

"Erk, bertuahnya kau. Alhamdulillah la sangat. Dah la dia anak ustaz. Barakah2."

Suaminya tu adalah anak seorang ustaz terkenal dekat Tapah ni. Orang panggil ustaz Badar. Muka ustaz Badar ni bersih sangat macam muka Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Persis. Aku tumpang gembira dengan kegembiraan kawan aku ni.

Then, tamat cerita untuk hari tu. Hari berikutnya, aku ke rumah pengantin lelaki pulak. Ustaz Badar ni jemput abah sebab kami jugak kenal family Ustaz Badar ni. Yang aku sangat respect ustaz Badar ni, anaknya ada 16 orang semua. Dan semuanya bergelar ustaz dan ustazah. Kira ayat mudahnye, semua menjadi. Baik dan soleh.

Waktu aku sampai ke perkarangan rumah ustaz Badar, aku nampak satu susuk tumbuh yang jarang2 aku bersua muka tapi tengok dalam TV dan akhbar tu ada la. Bukan Ustaz Zaharuddin yang semalam tu. Tu cerita semalam. Yang kali ni aku jumpa adalah seorang ulama. Ya Rabbana. Rezki aku la nak jumpa mereka2 ni. Ulama yang aku maksudkan ialah Dr. Harun Din. Ramai yang berpusu-pusu nak bersalam dengan dia. Tak terkecuali yang bawak anak minta di doakan. Ye la. Ulama la pulak. Huhu. Rasa macam nak menangis la pulak masa tu. Bila ditanya hubungan Dr. Harun Din dan Ustaz Badar. Lebih menyebabkan aku rasa rendah diri.


Pemandu Dr. Harun Din adalah menantu kepada ustaz Badar. Bayangkan. Pemandu je. Tapi Dr. Harun Din boleh luangkan masa dari pagi hingga ke petang untuk bersama meraikan mempelai iaitu adik ipar pemandunya. SubhanAllah. Atas apa tujuan sekalipun, pada aku, itu satu penghormatan yang amat sangat bagi tuan rumah. Menunjukkan betapa rendah dirinya seorang ulama seperti Dr. Harun Din.

Balik ke rumah, abah bercerita tentang sifat rendah diri Dr. Harun Din. Lepas tu abah pun cerita tentang Ustaz Zaharuddin. Waktu abah sampai ke rumah pengantin hari tu, semua tetamu bangun dah memberi penghormatan pada abah. Abah jadi malu sebab kat situ ada Ustaz Zaharuddin.

"Haji, Haji baca doa ji. Kita buat tahlil sikit sebelum pengantin lelaki datang." Kata bapa pengantin perempuan.

"Eh, jangan la saya. Suruh la ustaz Zaharuddin tu." ayah aku cuba menolak.

"Haji je ye."

Abah menjenguk ke arah ustaz Zaharuddin. Apa yang dibuat. Dia sibuk menangkat hidang, menyusun meja menolong orang catering. Seolah2 dia yang paling sibuk. Nampak jelas di mata abah, ustaz tak mahu dirinya disebut2 sebagai orang yang layak. Rendahnya diri orang yang berilmu ni. Huhu.

Haa... ni la cerita tentang JODOH. Dari cerita, macam mana kawan aku bertemu jodohnya, 'Jodoh' aku bertemu dengan dua insan hebat ini, dan jodoh yang Allah aturkan untuk mempertemukan dua keluarga hebat ini. Huhu. Kerdilnya kita di depan Allah. Comelkan aturan Allah... Comelnyeeee...!!!






Monday, December 10, 2012

Oh My Blog!!!

Alhamdulillah. Selesai meng'edit' blog. Patutlah blogger-blogger di luar sana suka sangat menghadap blog. Its so fun dan mengujakan. Hehe.. Dapat pulak yang cute2, memang seronok.. aku pun tak nak ketinggalan untuk sediakan satu blog yang cantik. Bukan untuk dipuji tapi untuk kepuasan diri. Seronok rasa bila tengok wall ni cantik dan berseri. uhuk3... InsyAllah, entry akan datang aku akan cerita tentang satu hal yang semua orang suka untuk mendengarnya. Tapi mungkin ada jugak yang rasa bosan, menyampah atau apa sahaja tanggapan masing-masing berdasarkan pengalaman masing-masing. Its about jodoh... Mungkin yang tengok perkataan jodoh dah tersenyum-senyum, mungkin ada juga yang menyampah, mungkin juga ada yang harap tak baca entry aku yang bertajuk jodoh ni... kenapa?? bila disebut tentang jodoh, semuanya berkaitan pasangan perkahwinan je ke? Lazimnya begitu, tapi bukankah, pengertiannya lebih luas...?? ok la..nanti aku cerita pada entry akan datang... sekarang dah malam. need to get sleep. Esok nak berkhidmat... :)