JellyPages.com

Followers

Sunday, October 4, 2009

solat dua rakaat je...

assalamualaikum...
nak dengar satu kisah?? saya dapat dari yahoogroup alumni taayah...semoga dapat manfaat...


KELEBIHAN SOLAT 2 RAKAAT.
Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibril as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibril, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrill as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.

Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di
dalam Al-Quran.
4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5.Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
6.Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
di dalam semua hari.

p/s: pesanan buat diri....

syawal yang diingati

assalamualaikum....
Bulan syawal masih ada mengabiskan sisanya...aku juga masih lahap mau meratah setiap pahala yang Allah janjikan pada bulan ini....Aku pasti semua pun merasakan perkara yang sama....
namun peristiwa hari itu amat penting bagiku utk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tak bisa dicarik dari hatiku ini...post sebelum ini aku nyatakan tentang seseorang yang aku amat sayang dan kagumi iaitu insan yang bertanggungjawab melahir dan mendidik ayahku dari kecil hingga dewasa iaitu opahku... Hjjah Enson binti Amin...
Telah kembali ke Rahmatullah pada usia 79 tahun....pada tarikh 18 September 2009....sakit tua....
malam tu aku dan kak nyah bergembira menanti syawal...hari ini hari terakhir terawih... alhamdulillah...giliran abah bertugas di masjid sebaagai imam....merasalah aku hari terakhir untuk solat terawih di masjid...selesai solat terawih, abah bawa kami berjalan-jalan ke pekan tapah...melihat kelibat orang ramai menyambut hadirnya syawal...kami pulang dalam pukul 11.10 malam... emak di rumah tidak bersolat terawih atas sebab tertentu...
pulang ke rumah...emak sambut kami dengan wajah sugul...mungkin emak mengantuk...
aku dan kaknyah sambung berborak dalam bilik...tak lama selepas tu, mak panggil kami...
"Zaim, akan ikut mak dengan abah balik kampung, azim akan tinggal dengan kome (kaknyah dan aku) sebab pakcik Joe akan bagi daging utk buat rendang pagi sok...kita dah janji dengan orang"...abah bersuara...
"kenapa nak balik kampung awal?"...aku bertanya...janjinya, selepas abah selesai khutbah raya baru nak balik kampung...
"opah kampung nazak" emak meningkah...
kamiu semua terkesima...kelu...fikiran kami kosong...jiwa kami beku...sedih?? takde pun air mata yang keluar...cuma aku sedikit memberontak sebab aku mesti tunggu malam ni...sedangkan opah dalam keadaan nazak...aku juga nak balik kampung...
"kita dah janji dengan orang....mana boleh nak tarik macam tu je...dia mungkin dah sedia utk kita...opah takde ape2...insyAllah..."
aku akur...betul...mak dan abah tak pernah ajar kami utk mungkir janji...bila berurusan dengan orang, biar org percaya pada kita sebab lain kali kita akan minta tolong dia lagi...aku pasti itu yang terbaik...
abah, emak dan zaim bersiap sedia untuk pulang ke kampung...dari tapah ke kampung lebih kurang sejam sahaja...bila zaim dah tutup pagar dan masuk kereta, tiba-tiba, mereka keluar semula dari kereta...nampak abah terima panggilan......
"jom siap....opah kamu dah takde..."
air mata tak mengalir cume nafas aku tersekat...entah kenapa...kami segera bersiap...baju di pack...semua mood raya aku hilang serta merta...hati aku lebih memikirkan kampung....
perjalanan kami suram...takde langsung air mata atau esakan yang kedengaran...cuma perjalanan kami tak seperti biasa....

tiba di kampung...aku lihat tok...wajahnya sayu, matanya merah...sekali-sekali terdengar esak tangisnya...aku lihat wajah opah terbujur kaku...sedih...wajahnya putih...wajahnya yang kedut-kedut tampak jernih dan kemas...opah nampak seperti sedang tidur...mata aku masih tidak mengeluarkan apa2 air yang mampu meredakan rasa sedihku...hanya jiwa aku bergelora...
"bacakan opah yasin...gilir-gilirlah sampai pagi..." emak bersuara...
kami duduk di sisi sebujur tubuh yang suatu masa dulu pernah memeluk aku...
aku tengok abah...abah nampak tenang...abah anak yang paling rapat dengan abah...opah pernah melarang abah untuk sambung belajar sebab risaukan abah...abah akur...abah juga anak yang agak nakal...pastilah emaknya ingat padanya...fikiran aku jauh mengenangkan kenangan opah dan abah yang abah selalu cerita dulu...
aku tersentak seketika apabila aku terdengar esakan seseorang...abah mengelap air matanya...aku tersedu...hatiku sedih pilu...tiba-tiba air mata aku mengalir deras...sederas air sengai yang tiada sekatan...esakan aku mula kedengaran...quran di tangan hampir basah...aku mula sukar bernafas...sesak...aku tiada daya lagi menahan sedih....

proses pengebumian opah berjalan lancar...Alhamdulillah...ramai yang menyembahyangkan jenazahnya...kebetulan syawal hampir tiba...orang ramai mula pulang ke kampung...aku melihat semua proses pengebumian kecuali ke kubur...setiap masa air mataku mengalir...tak henti-henti...air mata akan henti hanya bila mata aku terlelap untuk tidur...

1 syawal menjelang....tiada lemang, tiada rendang, tiada makanan-makanan yang sedap-sedap...hanya kuih raya sahaja yang ada...jadual kami disusun...9 pagi, kami ke kubur utk baca tahlil...malam akan ada kenduri tahlil...yang paling menyedihkan...apabila selesai tahlil di kubur...
"mak...balik..." ayah aku bersuara sambil berdiri untuk pulang...air matanya mengalir..tapi dielak agar kami tidak dapat melihat...

semua ni pengalaman buat aku...sebelum ini hanya mendengar sahaja kesedihan orang lain menghadapi syawal...apabila ia terjadi pada diriku sendiri, barulah aku tahu bahawa, kesedihan itu sukar di bendung.....kini telah seminggu lebih syawal berlalu tapi kesedihan terkesan hingga kini... aku pohon pada yang maha mencintai agar opahku dikalangan mereka yang soleh...