JellyPages.com

Followers

Sunday, May 30, 2010

senyum3...

air mata ini mengalir lagi..
air mata yang telah sekian lama aku tunggu untuk mengalir lagi. selama ini aku menangis kerana aku tak bisa mengeluarkan air mata seperti dulu. air mata inilah yang keluar sewaktu aku mula bertapak di tanah perjuangan yang penuh dengan debu dan sarat dengan halangan. namun aku kental tanpa tangisan. hati aku beku dari lautan air mata yang biasa aku alirkan untuk menenangkan jiwa.

namun, hati aku menjadi keras, letih, beku dan sempit. aku mula sesak kerana tidak bisa teesak2 seperti dulu memohon bimbingan yang Maha mencintai. tapi, kali ini air mata ini mengalir deras. sederas air yang tiada halangan.ucapan terima kasih kepada yang telah membantu menglirkan air mata ini. moge air mata ini Allah terima sebagai air mata taubat.

semangat kian luntur, jiwa kian kelam, wajah suram. aku biasa dengan keadaan ini. Inilah proses tranformasi yaAllah takdirkan untuk ku. suatu ketika dahulu, ini juga yang berlaku pabila seorang sahabat membawa ku ke alam perjuangan. namun selepas itu Allah memberiku cahaya yang bersinar. aku yakin, Allah telah menjanjikan nikmat yang pasti tidak termilik oleh ku jika aku tidak melalui jalan suram ini. terima kasih Ya Allah atas kurniaan air mata ini.

nukilan;
nur anita farooq
pearl island

Thursday, May 20, 2010

Tasbih Kifarah


"YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH, YANG BURUK ITU PUN DATANG DARIPADA ALLAH TETAPI ATAS KELEMAHAN SAYA SENDIRI"

Biasa tak kita dengar perkataan di atas ini??? selalunya akan diucap oleh moderator sesuatu majlis atau ustaz/ustazah yang menyampaikan ceramah. Ucapan ini memang popular dikalangan mereka-mereka yang biasa mendengarnya. Apa yang ada disebalik kata-kata ini?

Tanpa kita sedari, kadang-kadang ucapan kita membawa kita jauh dari ajaran Islam yang tulen. kata-kata ini memang indah diucapkan tapi tahukah kita sejarah disebalik ucapan ini?

Saya telah menghadiri suatu kuliah yang mana ustaz tersebut bercerita tentang aqidah. saya terkejut apabila dia mengatakan bahawa ucapan yang saya sebutkan di atas sebenarnya digunakan oleh mereka yang beragama Majusi dan mereka yang berpegang kepada pegangan Mu'tazilah!!

Dalam ajaran agama kita, hanya suratul asr dan tasbih kifarah yang mengakhiri sesuatu majlis. Kandungan tasbih kifarah itu mengandungi istighfar yang mana merujuk kepada sesuatu majlis agar Allah kurniakan ampunan sekiranya majlis itu jauh dari redho Allah. Islam telah menyusun cantik apa yang perlu dan tidak perlu diucapkan. ustaz itu juga berkata, cukup sekadar istighfar untuk kita menutup sesuatu majlis agar kita semua yang hadir ke majlis tersebut dikurniakan keampunan Allah.
Berikut adalah makna doa tasbih kifarah:

“Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji Engkau. Aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan Engkau dan kepada Engkau aku bertaubat.”

Tasbih Kifarah ini adalah sunnah Rasululullah SAW:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang duduk di sebuah majlis di mana berlaku banyak kesalahan, lalu dia membaca sebelum bangun (beredar): ‘Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji Engkau. Aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan Engkau dan kepada Engkau aku bertaubat’, nescaya Allah mengampunkan baginya apa yang berlaku dalam majlis tersebut.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3433]

Jadi akhirnya, saya menyeru sahabat-sahabat untuk kita berhati-hati dengan ucapan yang kita ungkapkan. Barangkali terdapat unsur-unsur yang membawa kepada batalnya syahadah. Nauzubillah. Sama-sama kita beristighfar memohon keampunan Allah atas keterlanjuran ucapan kita. Astaghfirullah wa atubu ilaik...

p/s: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah.

Monday, May 10, 2010

Keluargaku di Institut Pentarbiahan Guru, Ipoh

Semalam seorang sahabat berbual dengan saya. sudah lama juga saya tak berbual dengan dia. sehinggalah semalam dia mula meluahkan perasaannya. antara dialog kami;

sahabat: buat ape tak tido lagi??
saya: memikir masalah umat
sahabat: masalah apa??
saya: masalah sosial
sahabat: macam serius je
saya: memang serius. erm...siapa ketua umat islam sekarang??
sahabat: yusof qardawi
saya: yusof qardawi ulama yang tidak diiktiraf sebagai pemimpin umat islam seluruhnya. seperti Rasulullah pada zaman Rasulullah
sahabat: abis tu siapa??
saya: tiada
sahabat: haahkan...dulu ada Rasulullah
saya: ya...dan selepas itu ada khulafa
sahabat: tu sebab umat islam tertindas
saya: betul, jadi apa tanggungjawab kita
sahabat: susah la, umat islam tak bersatu..tak mungkin menang
saya : cek surah as-saff ayat 10-14
sahabat: erm...kenapa saya tak boleh istiqamah macam dulu??
saya: join usrah. pasti ada yang akan ingatkan bila dah jauh
sahabat: susah. ramai yang ejek bila nak berubah, akan kembali jadi jahat semula
saya: cek surah al-maidah ayat 54
sahabat : susah la. nanti gaduh pulak dengan kawan
saya : cek surah at-Taubah ayat 24
sahabat : moga Allah beri kekuatan.

kami akhiri perbualan sebab waktu tu sudah jam 2.30 pagi kalau tak silap saya.

kesimpulan: usrah merupakan suatu tuntutan yang perlu diambil serius oleh umat islam seluruhnya. dengan usrah hati kita bakal terikat untuk tidak melakukan maksiat. dengan usrah jugalah ukhuwah islamiyyah bakal terbentuk. caniknya ukhuwah islamiyyah hanya mereka yang peroleh sahaja bakal merasainya. percaya atau tidak, rasanya sukar digambarkan.

usrah tidak wajar dipandang enteng. berusrahlah dan carilah kelompok usrah yang terbaik. agar dapat memimpin jiwa kita menggapai redhonya...jom usrah...=)