JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Saturday, November 19, 2011

Kita Punya Hati

Assalamulaikum...

Kata-kata yang telah menusuk hati ana...walaupun, kata-kata ni simple tapi sangat mendalam maknanya...

"Kita tak punya wang, kita hanya ada hati untuk membantu..."

Adik usrah ana, Fatinnur tiba-tiba bersuara sedang kami rancak berbual berkenaan seorang sahabat yang ditimpa musibah. Bila akhir2 sem ni memang kekurangan kewangan menjadi satu masalah terutama bagi mereka yang membawa kereta dan duduk di rumah sewa. Tapi kata-kata Fatinnur menyebabkan ana tersentak.

Kalau diikutkan untuk memberikan wang kepada sahabat ana yang menghadapi musibah tersebut, secara jujur, tidaklah ana mampu. Namun, hati seorang teman mungkin boleh membantu dia mengurangkan penderitaannya. Prihatin kita, doa kita,sokongan kita sangat membantu mengurangkan kesedihan sahabat.

Kalaulah ana tiada di jalan dakwah ini, mungkin ana juga tidak mampu untuk mewujudkan 'hati' itu....




Sahabat2..sayangnya ana pada entum...moga kita berjiran di syurga...=)

Wednesday, October 5, 2011

Hentikan Please!!!!

Dua tiga hari ni, kesihatan aku tak memberansangkan... kata seorang sahabat, sakit adalah kifarah kepada kita bahawa Allah mahu memberi peringatan atas dosa2 yang kita lakukan....syukur Alhamdulillah...Allah masih sayang pada aku...

tapi ada satu perkara yang aku dok pikir setiap hari...jantung selalu berdegup kencang...aku jadi confius, pelik, keliru, semua jadi satu...demam pun melanda diri...aduh...sebenarnya apa yang jadi pada diri aku...

"ala bukan apa pun...dengar je...bukan maksiat pun...." pelik...tu antara respon yang aku dapat...tapi...telinga aku tulikan...aku nekad....biar aku dipujuk dengan seribu alasan, aku tetap dengan keputusanku...ini melibatkan kesucian ISLAM...ksihan aku pada kawan2 yang tak rela semua ini terjadi....aduss!!! sistem....silibus...atau.....????

aku tahu....semua ini sebenarnya satu perancangan licik untuk meng'hedonisme'kan masyarakat terutamanya golongan muda yang memang suka pada keseronokan...mereka dijadikan hamba kelazatan dunia disebabkan sistem yang disusun dan silibus yang diatur...

ISLAM ITU MUDAH...TIDAK PERNAH MENOLAK FITRAH...Fitrah manusia suka berhibur... betul...!!! Silakan...Tafadhol...Let it be...Allah cume meletakkan guidline pada kita untuk kita ikut...bukan susah...just follow the rule...

percampuran lelaki dan perempuan, tarian yang menggoda, suara yang dilunakkan, pakaian yang menampakkan bahagian2 aurat yang harus ditutup, belum ditambah dengan sorakan dan jeritan...semua itu dicampur dalam satu...

dalam kebingitan itu, mungkinkah ada yang hadir, masih berzikir dalam hati..tidak melihat apa yang dipaparkan..tidak mendengar suara2 lunak itu..dan tidak berbunga di hati melihat persembahan yang menghibur??? kalau ada, siapakah gerangannya...ingin aku berjumpa...

pada fikiran aku, hampir tiada...jika aku sekalipun, pasti akan terbuai dengan semua ini...kerana aku belum layak menjadi Imam Hassan Al-Banna...sebab tu harus aku elakkan...

Bila semua ini akan berakhir...?? Berhentilah...sebelum Allah hentikan semua ini dengan kemurkaanNya....

Wanauzubillah....

Tuesday, June 7, 2011

Apa yang berkilau?

Kak Long ada kat rumah sekarang ni. Banyak juga perkara yang kami share bersama. Antaranya tentang satu channel TV terbaru. Tak silap aku namanya Baby TV. Bawah Channel Astro. Baby TV ini siaran untuk baby. Haa...caya tak?? Baby pun ada siaran sendiri. Astro pukul habis. dari Baby sampai ke umur 45 tahun diaorang sapu...
Eh? Eh? macam ada kesilapan je maklumat di atas. Sebenarnya start dari lahir (Baby TV), naik ke umur tadika (4,5 6 tahun) ada Tom Tom Bak. Naik pulak umur sekolah rendah...masih ada siaran CERIA untuk mereka. Bagi remaja 13-18 tahun, jangan cakap la...RIA, Prima, CITRA, WARNA semua la..hiburan usah cerita la...macam2...Akademi Fantasia, Maharaja LAwak, Mari Menari...tu tak cite rancangan TV3, TV2....dan lain2 lagi........

Dulu, akademi Fantasia ada limit umur muda...yang boleh sertai sehingga umur 25 tahun sahaja...tup tup naik sehingga umur 45 tahun...bleh lagi nak uji bakat...sampai yang dah beranak pinak pun nak join jugak AF...

Yang bertambah lagi kepelikkan dalam diri ni, bila ada satu rancangan TV terbaru...tau apa?? namanya KILAUAN EMAS... bukan cerita pasal dinar emas...jangan silap...ini satu realiti show untuk mereka yang nak sertai uji bakat...umur 45 tahun k atas...unlimited punya...kira 45 tahun sampai la umur 100 tahun pun bleh...
Makin penat dengar hal2 dunia akhir zaman ni...ghentikan lah semua ni...kalau kita tak balik pada Allah...takut tak dan lagi...dunia semakin nazak...beringatlah...

Sunday, February 20, 2011

Cuti Hujung Minggu

fuhhhh.. bukan melodi fuhh..tapi habuk yang menempel pada blog ini sangat banyak sehingga tak mampu ditiup habuknya. Aduh lama sungguh tak menghantar entry. Sibuk? Ada orang lain lebih sibuk. Semua yang akan diberi hanya alasan. jangan mula beri alasan.

Hujung minggu baru-baru ini, saya berpeluang untuk pulang ke rumah. Alhamdulillah. Hujung minggu kali ini penuh terisi dengan program-program membentuk jiwa. Pagi sabtu, saya berkesempatan bersama ibu tercinta untuk hadir ke satu ceramah yang disamapaikan oleh seorang ustaz terkenal di tapah iaitu ustaz Fauzi. Ceramah diberikan kepada kaum ibu berkenaan adab-adab dalam islam.

"Dalam ceramah selalu ade ghage (raga) begeghak (bergerak). Tau ghage begeghak?"kata ustaz dengan loghat perak pekatnya

semua hadirin tercengang. seorang makcik yang sedang menyeluk sakunya juga terhenti. Di depannya terdapat tabung masjid yang terisi dengan sejumlah wang hasil kutipan dari kaum ibu ketika itu.

" raga bergerak tu apa ustaz?"

"Nak cakap pon serbe salah. Tak cakap kaghang payah juge ye. Tabung derma. Saya cadang lepeh ni letak le kat muke pintu tu. Ada oghang nak bagi, bagi le. Tak de, idak. Bukan apa. Itu satu dari adab. Dalam menuntut ilmu ni, kite kene le jage adab dengan tok gughu. Saya idak le kesah beno. Tapi ada ustaz yang kisah, dia tak suke. Menyembang, bunyi hp, dia beghenti dari ngajo. Udah sadakAllahulazim, balik le die."

Semua hadirin diam. Malu mungkin. Betul kata ustaz. Petang pula aku pergi ke surau Al-azim di depan rumah. Ada sambutan Maulud nabi. Ustaz menceritakan satu kisah yang aku tak pernah dengar.

" Ada seorang insan ni hidup di zaman Rasulullah. Kakinya lumpuh. Namanya Muk'ad. Dia terlalu ingin berjumpa Rasulullah selalu tapi kakinya lumpuh. Maka dia meminta anak-anaknya untuk membina pondok untuknya didepan rumah dengan harapan, jika Rasulullah lalu, dapatlah dia melihat wajah baginda.

Rasulullah pun, mengetahui tentang hal Muk'ad. Lalu Rasulullah akan dengan sengaja berjalan-jalan disekitar rumah Muk'ad apabila akan tiba waktu solat semata-mata untuk membenarkan Muk'ad melihat baginda. Sedangkan jika nak diceritakan, rumah nabi hanya lah bersebelahan dengan masjid dan tidak memerlukan baginda untuk berjalan jauh. Namun kerana sifat kasih baginda, baginda sengaja berjalan didepan rumah Muk'ad. Apabila Rasulullah lalu dihadapan rumah Muk'ad tetapi Muk'ad tidak berada di luar rumahnya, Rasulullah akan memanggil namanya.

"Muk'ad, Muk'ad. Aku datang ni"

Muk'ad dengan merangkak-rangkak menyahut panggilan Rasulullah sambil melambai-lambai.

"Ya Rasulullah, Ya Rasulullah"

Tiba-tiba tanpa saya sedari, air mata saya meniti pantas. Betapa hebat kasih Rasulullah. Sehingga sanggup meletakkan keutamaan orang lain dari kepentingan diri sendiri. Ini baru sebuah kisah. Banyak lagi kisah yang sering diperdengarkan dan diceritakan dalam sirah dan Al-Quran sendiri.

Kini saya berada di IPG kembali. Kembali untuk meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah. Alhamdulillah dengan kuda tunggangan yang diberi oleh abah. Walaupun kuda lama, namun insyAllah. Kuda lama yang berpengalaman. moga dengan pemberian ini, pahalanya dicurah pada mak dan abah. =) Namanya الجياد

gambar hiasan =)