JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Keluargaku di Institut Pentarbiahan Guru, Ipoh

Semalam seorang sahabat berbual dengan saya. sudah lama juga saya tak berbual dengan dia. sehinggalah semalam dia mula meluahkan perasaannya. antara dialog kami;

sahabat: buat ape tak tido lagi??
saya: memikir masalah umat
sahabat: masalah apa??
saya: masalah sosial
sahabat: macam serius je
saya: memang serius. erm...siapa ketua umat islam sekarang??
sahabat: yusof qardawi
saya: yusof qardawi ulama yang tidak diiktiraf sebagai pemimpin umat islam seluruhnya. seperti Rasulullah pada zaman Rasulullah
sahabat: abis tu siapa??
saya: tiada
sahabat: haahkan...dulu ada Rasulullah
saya: ya...dan selepas itu ada khulafa
sahabat: tu sebab umat islam tertindas
saya: betul, jadi apa tanggungjawab kita
sahabat: susah la, umat islam tak bersatu..tak mungkin menang
saya : cek surah as-saff ayat 10-14
sahabat: erm...kenapa saya tak boleh istiqamah macam dulu??
saya: join usrah. pasti ada yang akan ingatkan bila dah jauh
sahabat: susah. ramai yang ejek bila nak berubah, akan kembali jadi jahat semula
saya: cek surah al-maidah ayat 54
sahabat : susah la. nanti gaduh pulak dengan kawan
saya : cek surah at-Taubah ayat 24
sahabat : moga Allah beri kekuatan.

kami akhiri perbualan sebab waktu tu sudah jam 2.30 pagi kalau tak silap saya.

kesimpulan: usrah merupakan suatu tuntutan yang perlu diambil serius oleh umat islam seluruhnya. dengan usrah hati kita bakal terikat untuk tidak melakukan maksiat. dengan usrah jugalah ukhuwah islamiyyah bakal terbentuk. caniknya ukhuwah islamiyyah hanya mereka yang peroleh sahaja bakal merasainya. percaya atau tidak, rasanya sukar digambarkan.

usrah tidak wajar dipandang enteng. berusrahlah dan carilah kelompok usrah yang terbaik. agar dapat memimpin jiwa kita menggapai redhonya...jom usrah...=)

Monday, April 19, 2010

hilang

assalamualaikum...
jumpe lagi di ruangan coret-coret...minggu ni minggu tenang saya...minggu lepass minggu sibuk...sibuk dengan ladies night and beberapa perkara lain...tapi pe yang lebih menyibukkan adalah apabila charger kesayangan saya rosak...bukan charger hp tapi charger laptop....terasa susah sgt bile takde charger nih...terpaksa la merempat ke sana ke mari nak pinjam charger...huhu...tapi takpe...ujian adalah tarbiah dari Allah...

dulu masa ada charger saya tak pernah terpikir, camne kehidupan saya tanpa charger... saya guna charger semahu saya...seronok je guna charger...tapi bila dah takde baru rasa kehilangan yang teramat sgt...sedey pun ada sebab payah nak wat kije...tapi alhamdulillah...hasil bantuan rakan-rakan...semuanya tidak la sesusah mana.... kredit untuk, aishah,salma,ima and mostly to my luvly roomate siti haswani...

kehilangan
selalu akan jadik macam ni...bila benda tu atau perkara itu takde lagi depan mata kita, baru kita nak hargai...sama la macam cerita charger saya tadi....kalau la charger saya masih elok pastinya sampai sekarang saya takkan fikir camne kalau charger saya rosak...

kehilangan akan berlaku...tak kisah la hilang apapun....tu sebab de kata puitis yang kata

'jangan salahkan perpisahan, kerana tanpa pertemuan takkan ada perpisahan'

faham tak makna disebalik kata puitis ni?? kita selalu tak cube hargai apa yang ada...contoh terdekat, ibu bapa kita yang melahirkan kita...sejauh mana kita hargai...betul ke sudah cukup segala yang kita buat untuk berbakti kepada mereka.... benar ke kita tak pernah berkata kasar walaupun uh??

dan pernah ke pulak kita mengucapkan rasa cinta kita pada mereka...??? ada dikalangan kita yang susah sangat nak ucap rasa sayang rindu dan cinta pada mak dan abah bukan?? sama la macam saya...tapi kenapa ye?? ego?? mungkin...

kadang kala perbuatan kita tak cukup untuk mengekspresikan rasa sayang rindu dan cinta kita pada mereka...maka apa lagi yang perlu kita buat...lafazkan rasa cinta itu untuk mereka...kenapa mudah pada kita berkata cinta pada pasangan kekasih kita tapi bukan pada ibu kita....nasihat untuk diri dan sahabat....hargai yang ada di depan mata....jangan sampai bila mata tertutup, ungkapan tu tak berguna lagi...

lafaz yang tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Tajuk Nasyid : Lafaz Yang Tersimpan
Artis : Unic
Album : Tika Itu

p/s: lagu yang sangat menyentuh kalbu..sudah meluahkan rasa cinta pada ayah dan bonda??

Friday, February 26, 2010

cinta berbuah syurga

assalamualaikum...
alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi, akhirnya berjaya jugak saya mencari ruang masa untuk terus menulis dalam blog ini....maaf dan syukran kepada adik-adik usrah saya yang sentiasa mengingatkan saya untuk terus memblog...maaf ye adik-adik...lama dah akak tak menulis entry untuk 'makanan' adik-adik....takpe....'makanan' tu ada di mana-mana....adik boleh terus mencari....terima kasih sebab terus bersama akak...
entry kali ini saya ingin membawa satu kisah yang saya dapat dari seorang kawan....ceritanya bermula di sebuah kota yang mempunyai raja yang adil dan baik hati...raja ini suka bercerita kepada anaknya yang bernama said...namun, said sering berasa kecewa apabila menteri datang memanggil ayahnya sedang dia mendengar cerita ayahnya...oleh itu, raja tersebut berkata kepada said pada satu hari...

"kamu perlu mencari sahabat sejati yang akan membawa kamu ke syurga.."

"bagaimana aku boleh mendapatkan sahabat sejati itu ayah..??" tanya said

ayahnya pun memberitahua caranya..said pun ingin mencuba..

diringkaskan cerita, said memulakan pengujiannya kepada anak-anak menteri...
dia mengajak anak-anak menteri itu hadir ke rumahnya untuk makan sarapan bersamanya seorang demi seorang pada hari yang berbeza-beza demi mencari sahabat sejati untuk dirinya.....walau bagaimanapun, setibanya mereka di istana said, sering kali said sengaja menyediakan makanan itu lewat sehinggakan mereka naik berang...lalu, said pun membawa tiga biji telur rebus... ada di antara mereka yang memakan ketiga-tiga biji telur dan ada juga yang terus pulang dalam keadaan marah yang teramat sangat....lalu, said mula berfikir bahawa dia tidak akan bertemu teman sejati dalam kalangan anak bangsawan kerana mereka semua berkepentingan....
lalu pada suatu hari, said meminta izin dari ayahnya untuk keluar berjalan-jalan di kota untuk mencari teman sejati yang akan membawanya ke syurga...lalu said memulakan perjalanannya...setibanya dia di sebuah kampung, dia melihat seorang anak muda yang berpakaian compang camping...dia melihat anak muda tersebut bersolat dhuha di celah rimbunan pokok...

mulai dari hari itu, dia berkawan dengan anak muda tersebut... dia mengikut anak muda tersebut ke hutan, ke sungai dan banyak perkara yang dipelajari dari anak muda tersebut...sehingga suatu hari anak muda tersebut mengajak said untuk makan sarapan pagi bersama...mereka makan roti dan garam dengan penuh bersederhana...walaupun said berasa masih lapar namun dia mendiamkan sahaja...
suatu hari, said mengajak anak muda itu ke istananya...alangkah terkejut anak muda itu bahawa said merupakan anak raja yang baik hati...dia masuk ke dalam istana dan menungga dengan penuh sabar...apabila said berasa sudah cukup lama, dia mengeluarkan tiga biji telur rebus dan meletakkanya di atas meja...anak muda itu mengambil satu biji telur dan mengupasnya dengan penuh cermat...said memakan telur rebus yang pertama sehingga habis dan mula untuk memakan telur rebus yang kedua...setelah selesai dia memakan telur yang kedua...dia meliht anak muda itu memotong telur rebus yang dikupasnya dan memberi separuh kepada said....

said sangat terharu...dia merangkul anak muda itu sambil berkata:

"kamulah sahabat sejati aku yang akan membawa ku ke syurga..."

itulah cerita yang saya dapat dari sebuah novel cerita pendek yang saya pinjam dari seorang kawan...bukan mudah untuk mencari sahabat sejati...saya sering mendengar masalah yang diutara oleh adik-adik dan kawan saya...mereka sering mengadu masalah mereka tentang persahabatan...
walau bagaimanapun, manusia tidak sempurna...sebagai sahabat kita perlu menerima sahabat kita apa adanya dia...saya pernah mendengar tapi tak pasti mana sumbernya

"sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita melihat wajahnya, teringat pada Allah.."

mudahkah agaknya kita ingin bertemu dengan sahabat sebegini? Kita pun belum tentu sampai ke tahap itu kan...?? tapi kita semua perlu berusaha...sebab cuba kita semua bayangkan setiap dari kita ingin mencapai tahap sahabat yang mampu membawa sahabatnya ke syurga...pasti biah solehah dapat di wujudkan...negara pasti aman...semua orang berlumba-lumba melakukan kebaikan disamping mengajak rakan-rakan melakukan kebaikan...
Allahuakbar...tak dapat digambarkan...pasti ribuan yang akan menghadiri kuliah-kuliah ustaz di masjid...mungkin ratusan umat bersembahnyang jumaat di luar perkarangan masjid oleh kerana terlalu padat di dalam masjid...
mungkin juga kita tak dapat lihat pengemis bertebaran di kaki lima kerana dibantu oleh mereka yang berkemampuan disamping wang zakat yang disalurkan... hanya kerana, semua manusia bersama-sama mencari redho Allah...dan semuanya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah...

betapa pentingnya sahabat yang mampu membawa kita ke syurga...mereka inilah yang akan mengingatkan kita pabila alpa dan mereka juga yang akan membawa kita menuju redhoNya...

saya memetik kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna:

"Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta. Ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya. Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang rohnya bersatu dengan rohku, sehingga dengan sepenuh hati kuberikan cintakupadanya dan aku utamakan dia utk menerima persahabtanku ini."

Umar Al-Khattab juga pernah berkata:

"Tiada suatu apa yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas nikmat Islam selain teman yang soleh...apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh2.."

Maka marilah kita mencari sahabat yang mampu membawa kita ke syurga...

p/s: kredit untuk amirul hakim...novel yang dipinjamkan bertajuk ketika cinta berbuah syurga karya habiburrahman el-shirazy...bleh didapati dipasaran dengan harga RM11.90..=)

Tuesday, August 25, 2009

moge lahir sebagai mujahid...

assalamualaikum..
hemm setelah sekian lama menyepi..ehem..kini saya kembali dengan sedikit post...
sebelum itu masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan 1430H...
moge ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...
untuk post kali ni...sekadar ingin berkongsi kegembiraan...
seorang baby baru sahaja lahir...lahirnya sama dengan tarikh lahir saya...12 ogos 2009...syukur jugak sebab berkesempatan jumpa si baby kecil ni...kebetulan cuti dan kakak jugak berpantang di rumah saya...makin meriah la rumah saya bulan ramadhan ni dan raya nanti insyAllah...
ehem...

anak sedara saya...alhamdulillah...muslimin... nama diberi Muhammad Anas bin Shahrul Mahzi...insan kecil ini diharapkan oleh ibu bapanya untuk menjadi seorang ustaz...
nama yang diberi juga untuk mendoakannya agar menjadi sehebat sahabat nabi, anas bin malik...seorang perawi hadis yang dijanjikan syurga...
sungguh tinggi cita2 mereka...
insyAllah...
amiinn...
kakak dia pun suke sangat...biasa la budak2...ada jugak jeles tu bila adiknye diberi perhatian...tapi sayang seorang kakak...gitu la...
hehe...
tak sabar nak tunggu si kecil ni membesar...namun...dia mesti teguh, seteguh akar tanjung yang tak goyang ditiup taufan...sekukuh masjid Ar Rahman di Acheh yang tak runtuh dilanda tsunami...
semua itu dengan izin Allah...moge Allah pelihara hatinya, dan kita semua dari segala kemaksiatan dan kemungkaran dunia ini....
nur auni najihah (kakak) dan muhammad anas
ustaz muhammad anas

Saturday, July 11, 2009

jubah dan tugas berat....

assalamualaikum...
post kali ni saya nak tunjuk sesuatu yang jarang-jarang kita temui dan tak ada pun di Malaysia ni...alangkah baiknye jika ada di Malaysia camni...gambar-gambar saya dapat dari yahoogroup alumni taayah....sangat menarik dan boleh jadi contoh pada muslimat dan mujahidah2 yang bakal dilahirkan...

POLIS WANITA IRAN






ada up sailing lagi...erm...pakai jubah...boleh je...


sangat hebat mereka ini....



ini di negara Iran....di sini ntah bila terlaksana...sebenarnya aktiviti lasak bukan alasan untuk wanita berpakaian yang tidak sewajarnya...Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk menjalani pelbagai aktiviti namun pendekatan yang digunakan hendaklah berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah...bukankah ciri-ciri Islam itu sendiri thabat(tetap) dan murunah(fleksibal)....jadi Islam itu bukan penghalang....

wallahua'lam