JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Sunday, October 4, 2009

solat dua rakaat je...

assalamualaikum...
nak dengar satu kisah?? saya dapat dari yahoogroup alumni taayah...semoga dapat manfaat...


KELEBIHAN SOLAT 2 RAKAAT.
Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibril as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibril, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrill as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.

Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di
dalam Al-Quran.
4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5.Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
6.Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
di dalam semua hari.

p/s: pesanan buat diri....

No comments:

Post a Comment