JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Wednesday, November 18, 2009

face at the book...


assalamualaikun...
alhamdulillah, hari ini saya dapat lagi merasai nikmat hidup di atas muka bumi Allah yang indah ini...Tapi bila ingat tentang kematian, makin takut pulak nak hidup sebab takut hayat yang panjang dikurniakan oleh Allah ni diisi dengan dosa yang memanjang...

pagi ni, pagi-pagi dah dapat internet...nak kutuk sistem wireless maktab ni tak boleh la sebab kita masih menggunakannya walaupun kadang-kadang kurang laju (lembab) dan sedikit problem (banyak masalah)...tapi takpe...nikmat yang ada harus disyukuri...

Satu hari semasa saya jalankan usrah di satu tempat tu, adik-adik usrah saya tanya:

"Kak nora ada facebook tak?"
"takde la dik...friendster akak pun hidup segan mati tak mau.."
"ala...kalau ada facebook bleh la kita contact-contact.."
"akk tak reti la facebook-facebook ni...lagipun facebook ni cam memeningkan skit kot.."

Adik usrah yang seramai 13 orang tu pun terus kata...

"kami ada facebook, kalau kak nora ada facebook ok la...ym susah nak connect.."

saya terpikir....oooo ramai orang dah memilih untuk ada facebook...saya pun berfikir dan terus berfikir...saya mula fikir tentang baik buruknya untuk bentuk account facebook..

Actually sebelum ni, saya pernah terbaca bahawa facebook ni sangat berbahaya kerana profile yang diisi full dengan maklumat peribadi kita...then the owner boleh detect kedudukan seseorang tu melalui facebook...yela...di luar negara tu canggih...senang-senang hati je la diaorang nak cari maklumat tentang orang di seluruh dunia especially bila adanye web cam facebook ni..

Then, saya mula dengar rakan-rakan saya ramai yang join facebook...dikalangan ustaz sendiri juga join benda alah ni..saya terfikir sendiri...kenapa perlu ada facebook...?? Persoalan ini terjawab setelah saya baca satu artikel di iLuvislam.. tentang sejarah facebook ini sendiri dan medan dakwah yang dapat di bentuk melalui facebook ini...saya mula berfikir

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1955
(artikel di iLuvislam)

Majoriti daripada ahli facebook ini terdiri dikalangan mereka yang 'un-tag market'...mad'u yang kurang kefahaman islam... kalau kita nak minta dia baca blog kita, belum tentu dia akan baca...tetapi melalui facebook, kita dapat sampaikan kefahaman itu sedikit demi sedikit...

Selain itu, majoriti daripada adik usrah saya juga mempunyai facebooknye tersendiri...oleh itu, saya perlu mengikut rentak mereka untuk menyampaikan messege dakwah kepada mereka tapi tidak lari dari prinsip asal iaitu DAKWAH...Saya mula sedar, besar dakwah yang dapat disampaikan melalui facebook ini kerana pada ketika ini, medium inilah yang menjadi perhatian mereka-mereka yang masih mencari dan menagih ilmu agama...mereka mungkin rasa leceh untuk membaca beribu2 blog tetang agama, tetapi melalui facebook ini sedikit sebanyak mungkin membantu..

Jadi kepada adik-adik usrah akk yang disayangi...boleh la pakat ramai-ramai nak add akk di facebook...kita kembangkan sayap dakwah supaya ia terus kembang dan berkembang ke serata dunia...

p/s: kurangkan log in ke facebook, dan jangan fullkan profile dengan perkara peribadi kita, cam no fone etc...-nasihat daripada sahabat..

No comments:

Post a Comment