JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Tuesday, December 8, 2009

Yasin dan Sakaratul Maut...

assalamualaikum...
post kali ni saya dapat dari y.group alumni serata...
sekadar perkongsian...

seseorang menghadapi SakaratulMaut

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya
kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam
'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan,
kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca
surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan
orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz
sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid)
untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca
boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,
berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul
maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui
ikutan adat.

Amiin.

No comments:

Post a Comment