JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Wednesday, June 2, 2010

Al-Quds


baru sahaja sebentar tadi saya dan rakan-rakan menghadiri sedikit pengisian berkaitan serangan ke atas LL4G yang telah mengorbankan tak silap saya 16 nyawa. Seperti kita ketahui bahawa gerakan kemanusiaan itu hanyalah untuk memberi bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, barangan sekolah, bahan binaan dan makanan yang mana langsung tidak mengancam kedudukan israel. Namun apa yang terjadi..tentera laknatullah ini terus menerus melakukan kekejaman.

Selepas peristiwa ini, saya dapat lihat, dunia memberi respon yang positif dengan mengutuk serangan tentera zionist kepada gerakan kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun, adakah cukup sekadar rundingan meja bulat dan persidangan mampu menyelesaikan permasalahan yang telah lama berlanjutan hampir 2 abad ini?

Yang masih leka ternganga melihat kekejaman israel ini harus bertindak. Kita bukan lagi pak turut yang angguk dan geleng menurut perintah dan 'nasihat' dari pengikut-pengikut israeliat ini. Kita perlu sama-sama melakukan bantahan secara terbuka. Ingat!! Bantahan kita dilihat pada nilai yang kecil tetapi insyAllah besar dari mata Allah SWT.

Selamatkan Al-Quds. Al-Quds milik kita. Saya bercita-cita melihat generasi umat Islam berjemaah bersama akwah akhwat di sana. Mungkin bukan saya namun biarlah saya menjadi mata rantai perjuangan ini. Al-Quds mesti di bebaskan. Kita harus bertindak. cara bertindak? lakukan mengikut cara anda. panaskan isu gaza!!! bakar obor dan hati umat Islam. Ini bukan lagi permainan perang first strike PS2,3,4...tapi ini realiti yang harus di telan oleh semua umat Islam.

Bangkit lah wahai pemuda mujahid mujahidah. Lakukan cara kamu. adik beradik kita harus di bela!!! takbir!!

Firman Allah:
"Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman."

As-Saff:13

p/s: berdemo juga merupakan usaha

No comments:

Post a Comment