JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Friday, January 15, 2010

Tarbiah dari Allah....


assalamualaikum...
post kali ni lebih santai kot...saya nak citer tentang lagu2 nasyid yang full dalam laptop saya nih....saya suka dengar lagu-lagu nasyid.....kalau rasa cam hepi...dengar nasyid yang hepi2...kalau rasa sedih, dengar lagu yang sayu2...kira ikut mood la....dalam folder muzik nih, penuh dengan lagu2 nasyid baru dan lama....tapi mostly, lagu nasyid lama...tapi yang paling saya suka ialah folder bersihkan jiwa iaitu folder yang penuh dengan lagu2 ketuhanan...jadi bila saya dengar kadang2 bleh nangis sorang2...

saya adalah spesis yang cukup suka dengar lagu dan menghayati liriknya...kalau cantik liriknya, pasti di download....tapi jangan silap, sebaik2 alunan adalah alunan ayat suci Al-quran...nasyid ini sekadar sampingan....
lagu blog ni juga merupakan satu daripada lagu nasyid yang saya minati....bila dengar lagu ni, air mata kekadang jatuh sendiri je...lirik lagu dan susunan muziknya kemas... cerita tentang tarbiah dari Allah....kesusahan dan kenikmatan merupakan ujian dari Allah...jadi buat sahabat2...ana dedikasikan lagu ni buat antum..... semoga jiwa kita lebih kuat menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan... kuatlah wahai sahabat2...kita saling memerlukan...

Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

p/s:jgn dengar lagu sampai lupa baca Al-Quran...

1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH, SEMOGA ILMU ANUGERAH ILLAHI INI DIGUNA SEBAIK MUNGKIN UNTUK MEMAJUKAN UMAT ISLAM DAN MEREKA YG MULA BERJINAK DENGAN ISLAM.

    ReplyDelete