JellyPages.com

Followers

Friday, January 22, 2010

Nak tahu tak??

assalamualaikum....
alhamdulillah...Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam dalam diri kita.... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli kelaurga, dan sahabat baginda...

"Kelas!! Saya nak bentuk awak semua jadi guru disleksia yang berjaya!!"
itulah Encik Anuar. Pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan yang mengajar kami subjek Pendidikan Disleksia dengan cukup bersemangat.
Saya sangat suka mengahdiri kuliah Encik Anuar. Cukup serba serbi. Dengan humornye, dengan nasihatnya, kata-kata semangatnya, isinya dan tazkirahnya. Complete. Tak mustahillah dia dikatakan sebagai pagar Disleksia. Beliau juga sedang mengambil PHD dalam bidang Pendidikan Disleksia.

"Apa itu Disleksia?"
Encik Anuar mengajukan soalan pada kelas kami. Semua tersenyum-senyum malu. Tak tau la tu. Cuma ada beberapa suara gurauan.

"....disleksia. Dia selalu pakai kasut terbalik"
Satu kelas riuh dengan tawa.

"Jangan menghukum orang disleksia!! kamu boleh didakwa!!"
Satu kelas terdiam. Encik Anuar senyum. Saya masih tak faham apa yang cuba Encik Anuar sampaikan.

Pelikkan?? apa yang menarik sangat dengan disleksia ni??
Sebenarnya disleksia ini boleh dikatakan sebagai satu penyakit di mana seseorang itu sukar menguasai kemahiran membaca khususnya. Mereka ini dipanggil disleksit. Mereka ini seperti manusia normal dan tidak terdapat perbezaan dari sudut fizikal dengan manusia normal. Walau bagaimanapun, mereka ini mengalami masalah dalam membaca. Menurut buku Learning Disabilities yang saya baca (tak ingat tajuk sebenar dan penulis) Disleksia juga ada melibatkan kelemahan dalam pengiraan yang dinamakan sebagai Diskakulia.

Berbalik pada cerita disleksia tadi, sebenarnya, bagi mereka yang disleksit (pesakit disleksia) mereka ini mempunyai tahap kecerdasan yang biasa seperti manusia normal, atau tahap kecerdasan yang tinggi daripada manusia normal. Mereka ini cuma mengalami masalah sukar untuk menguasai kemahiran membaca. Anehkan? Ada dikalangan mereka ini yang genius tapi sukar membaca. Hemm...cantik tak aturan Allah...?? kurniaan Allah buat mereka...

Banyak lagi kategori dalam disleksia ini termasuk masalah mengagak jarak dan ruang, kiri kanan dan sebagainya. (rujuk pada yang pakar untuk mengetahui lanjut. huhu)
tapi ada suatu yang lebih menarik untuk saya kongsikan di sini ialah, tanpa kita ketahui, tokoh-tokoh yang terkenal di dunia juga merupakan seorang disleksit!

1.Albert Einstein
2.Lee Kuan Yu
3.Tom Cruise
4.Walt Disney
5.Leonardo Da Vinci
6.Orlando Bloom
7.Harisson Ford
8.Thomas Alva Adison
dan ramai lagi yang lain-lain. Tak dapat nak diterangkan di sini. Mereka-mereka ini semua mempunyai sejarah-sejarah tersendiri sebelum mereka berjaya. Unbelievable? Believe it...

p/s:Allah menjadikan setiap perkara itu teliti dan sempurna. fikirkan

No comments:

Post a Comment