JellyPages.com

Followers

Friday, February 26, 2010

cinta berbuah syurga

assalamualaikum...
alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi, akhirnya berjaya jugak saya mencari ruang masa untuk terus menulis dalam blog ini....maaf dan syukran kepada adik-adik usrah saya yang sentiasa mengingatkan saya untuk terus memblog...maaf ye adik-adik...lama dah akak tak menulis entry untuk 'makanan' adik-adik....takpe....'makanan' tu ada di mana-mana....adik boleh terus mencari....terima kasih sebab terus bersama akak...
entry kali ini saya ingin membawa satu kisah yang saya dapat dari seorang kawan....ceritanya bermula di sebuah kota yang mempunyai raja yang adil dan baik hati...raja ini suka bercerita kepada anaknya yang bernama said...namun, said sering berasa kecewa apabila menteri datang memanggil ayahnya sedang dia mendengar cerita ayahnya...oleh itu, raja tersebut berkata kepada said pada satu hari...

"kamu perlu mencari sahabat sejati yang akan membawa kamu ke syurga.."

"bagaimana aku boleh mendapatkan sahabat sejati itu ayah..??" tanya said

ayahnya pun memberitahua caranya..said pun ingin mencuba..

diringkaskan cerita, said memulakan pengujiannya kepada anak-anak menteri...
dia mengajak anak-anak menteri itu hadir ke rumahnya untuk makan sarapan bersamanya seorang demi seorang pada hari yang berbeza-beza demi mencari sahabat sejati untuk dirinya.....walau bagaimanapun, setibanya mereka di istana said, sering kali said sengaja menyediakan makanan itu lewat sehinggakan mereka naik berang...lalu, said pun membawa tiga biji telur rebus... ada di antara mereka yang memakan ketiga-tiga biji telur dan ada juga yang terus pulang dalam keadaan marah yang teramat sangat....lalu, said mula berfikir bahawa dia tidak akan bertemu teman sejati dalam kalangan anak bangsawan kerana mereka semua berkepentingan....
lalu pada suatu hari, said meminta izin dari ayahnya untuk keluar berjalan-jalan di kota untuk mencari teman sejati yang akan membawanya ke syurga...lalu said memulakan perjalanannya...setibanya dia di sebuah kampung, dia melihat seorang anak muda yang berpakaian compang camping...dia melihat anak muda tersebut bersolat dhuha di celah rimbunan pokok...

mulai dari hari itu, dia berkawan dengan anak muda tersebut... dia mengikut anak muda tersebut ke hutan, ke sungai dan banyak perkara yang dipelajari dari anak muda tersebut...sehingga suatu hari anak muda tersebut mengajak said untuk makan sarapan pagi bersama...mereka makan roti dan garam dengan penuh bersederhana...walaupun said berasa masih lapar namun dia mendiamkan sahaja...
suatu hari, said mengajak anak muda itu ke istananya...alangkah terkejut anak muda itu bahawa said merupakan anak raja yang baik hati...dia masuk ke dalam istana dan menungga dengan penuh sabar...apabila said berasa sudah cukup lama, dia mengeluarkan tiga biji telur rebus dan meletakkanya di atas meja...anak muda itu mengambil satu biji telur dan mengupasnya dengan penuh cermat...said memakan telur rebus yang pertama sehingga habis dan mula untuk memakan telur rebus yang kedua...setelah selesai dia memakan telur yang kedua...dia meliht anak muda itu memotong telur rebus yang dikupasnya dan memberi separuh kepada said....

said sangat terharu...dia merangkul anak muda itu sambil berkata:

"kamulah sahabat sejati aku yang akan membawa ku ke syurga..."

itulah cerita yang saya dapat dari sebuah novel cerita pendek yang saya pinjam dari seorang kawan...bukan mudah untuk mencari sahabat sejati...saya sering mendengar masalah yang diutara oleh adik-adik dan kawan saya...mereka sering mengadu masalah mereka tentang persahabatan...
walau bagaimanapun, manusia tidak sempurna...sebagai sahabat kita perlu menerima sahabat kita apa adanya dia...saya pernah mendengar tapi tak pasti mana sumbernya

"sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita melihat wajahnya, teringat pada Allah.."

mudahkah agaknya kita ingin bertemu dengan sahabat sebegini? Kita pun belum tentu sampai ke tahap itu kan...?? tapi kita semua perlu berusaha...sebab cuba kita semua bayangkan setiap dari kita ingin mencapai tahap sahabat yang mampu membawa sahabatnya ke syurga...pasti biah solehah dapat di wujudkan...negara pasti aman...semua orang berlumba-lumba melakukan kebaikan disamping mengajak rakan-rakan melakukan kebaikan...
Allahuakbar...tak dapat digambarkan...pasti ribuan yang akan menghadiri kuliah-kuliah ustaz di masjid...mungkin ratusan umat bersembahnyang jumaat di luar perkarangan masjid oleh kerana terlalu padat di dalam masjid...
mungkin juga kita tak dapat lihat pengemis bertebaran di kaki lima kerana dibantu oleh mereka yang berkemampuan disamping wang zakat yang disalurkan... hanya kerana, semua manusia bersama-sama mencari redho Allah...dan semuanya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah...

betapa pentingnya sahabat yang mampu membawa kita ke syurga...mereka inilah yang akan mengingatkan kita pabila alpa dan mereka juga yang akan membawa kita menuju redhoNya...

saya memetik kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna:

"Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta. Ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya. Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang rohnya bersatu dengan rohku, sehingga dengan sepenuh hati kuberikan cintakupadanya dan aku utamakan dia utk menerima persahabtanku ini."

Umar Al-Khattab juga pernah berkata:

"Tiada suatu apa yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas nikmat Islam selain teman yang soleh...apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh2.."

Maka marilah kita mencari sahabat yang mampu membawa kita ke syurga...

p/s: kredit untuk amirul hakim...novel yang dipinjamkan bertajuk ketika cinta berbuah syurga karya habiburrahman el-shirazy...bleh didapati dipasaran dengan harga RM11.90..=)

3 comments:

  1. Rasulullah saw brsabda bahawa Allah swt telah berfirman: "Mendapat kasih sayangKu mereka yang berkasih sayang di jalanKu, berhimpun keranaKu, yang saling berziarah keranaKu dan mereka yang berbelanja keranaKu." (al-Muwatta')

    ~Indahnya ukhuwwah jika segalanya kerana Allah. Moga kita juga digolongkan dalam kalangan orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah....

    ReplyDelete
  2. salam nora,,,
    sihat ke?...
    sgt menarik cite 2,,,

    ReplyDelete
  3. salam kaknora....
    arah ni....
    best cite tu....
    sedih bace T_T
    rindu kaknora....

    ReplyDelete