JellyPages.com

Followers

Tuesday, March 23, 2010

jaulah ke kebun

assalamualaikum...
lama dah rasanya tak mengedit blog ni.....dah berabuk dah rasanya...(sambil meniup habuk di laptop...
ehem2...
hari ni saya nak kongsi tentang pengalamn saya ke kebun cuti baru-baru ni...
ayah saya ada kebun sawit seluas....saya pun tak tau berapa keluasannya. Alhamdulillah setelah diusahakan hampir setahun, pokok-pokoknya sudah berbuah. Ini kali keempat saya datang ke kebun ni setelah hampir 5 bulan saya tak datang melawat.
Sebelum masuk ke kebun untuk membaja, beberapa peralatan penting, perlu disediakan...

1.parang dan sarung tangan


2.baja


3.dan of kos la pokok


4.dan orang yang nak membaja (ni azim, adik saya)


5.pastinya kenderaan yang akan membawa kami


Selalunya, kalau kami ke kebun, kami akan dibahagikan kepada baris-baris tertentu untuk membuang ulan dan mambaja. Kawasan sawit abah berbukit dan tanaman bentuk teres. Sebelum ni, kalau saya datang ke kebun abah, abah tak bagi saya untuk membaja dan membuang ulan seorang sendiri. Saya mesti pergi bersama salah seorang dari adik saya. Yela, kawasan kebun ni sunyi. Bahaya kalau pergi sendiri-sendiri. (Tapi abah dan adik-adik boleh pergi sendiri. Aku wanita)

Tapi, kali ini, sebab terlalu banyak pokok yang akan dibaja, jadi abah minta kami amik satu teres seorang untuk membaja. Tapi abah still pesan supaya tak pergi jauh-jauh. Bahaya. Jadi pergi sendiri.

Banyak pokok yang dah berbuah. Bila tengok pokok sawit tu dipanjat ulan, teringat pesan abah:

"Kalau buang ulan, jangan buang semua. Lalang-lalang kat keliling tu tak perlu buang semua. ada fungsi. Elak babi kacau pokok."

Saya mula pikir, Allah jadikan sesuatu tu pasti tak sia-sia. lalang yang kita rasa tak berguna tu pun masih ada fungsinya.

bila matahari dah naik, mula rasa panas dan letih. Tapi terfikir, macam mana lah para peneroka bekerja. Pastinya lebih letih dari ni. Kita harus bersyukur.

seronok rasanya dapat menghabiskan masa dalam kebun tu. Walaupun agak keletihan tapi banyak pengalaman yang saya peroleh. bila kita lihat perkara disekeliling kita, pastinya banyak perkara yang akan kita pelajari. macam pepatah melayu;

jauh perjalanan, luas permandangan

Alhamdulillah, kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Mata, tangan hidung hatta nafas kita yang sesaat sekali ni pun tak mampu kita bayar.

Allah berfirman

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Oleh itu, bersyukurlah dengan segala yang dikurniakan. Pasti hatikan tenang..

gambar sepanjang jaulah,






p/s: Teringin nak ke sawah pulak...insyAllah, abang shahrul (abang ipar sulong) akan bawak plak nanti...=)

No comments:

Post a Comment