JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Sunday, April 19, 2009

Ini betul2...bukan cobaan....

Seperti yang dijanjikan...post aku yang seterusnya ialah berkenaan tragedi pelik tapi benar...
Ramai sahabat yang dah bercerita tapi aku jugak nak cite pengalaman ni..yela..bukan selalu dapat... dan aku jugak tak minta de pengalamn cam nih...dan aku harap jugak biar la ni yang terakhir...hu2...
Antum percaya tentang adanya makhluk halus???
mungkin susah nak percaya bagi orang yang rasa dirinya 'moden'...
sebenarnya, benda ni wujud...

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Surah Adz-Dzaariyaat:56)

Nah!! ni ayat Quran...tak percaya lagi???
Maksudnya, makhluk ini memang wujud...mereka juga makhluk Allah...

Ok, aku bukan nak bercerita panjang tentang kejadian yang menimpa sahabat aku, Intan (bukan nama sebenar) dan Nona (Juga bukan nama sebenar).. Bukan niat nak mengaibkan, tapi aku nak kongsi pengalaman aku yang telah membuka mata aku yang rabun ni menjelajah satu alam ciptaan Allah SWT...Allahuakbar..


Kisah pertama:

Ustaz Darul Syifa pegang kepala Intan seolah-olah dia pegang tanduk...pastu dia patahkan satu tanduk....Intan mengerang...
"Aduh...habis la aku dah huduh..."
"Padan muka hang...dah takda tanduk...spesis apa jin takda tanduk...hang dah takda tanduk...hang nak keluaq ka taknak??"
"Tak mau...aku nak duk dalam dia ni...dia ni baik....alim...solat tak tinggal...tak suka bohong...dia sayang mak pak dia....." dan acam-macam lagi.....

aku terdiam dan berfikir seketika.... erm....Intan memang macam tu...dia sangat baik...dia rajin ajak aku solat Subuh jemaah...puasa...pegi surau... hemmm....insaf...!!


Kisah kedua:

Di surau...Aku peluk Intan...dia sangat takut mendengar nama Ustaz Zakaria...
"Jap lagi ustaz Z datang nak ubat Intan..."
"Taknak kak Nora...Intan nak balik.."
"Intan...Intan tak boleh balik....Intan kene lawan dia..."
Intan menangis..
Aku ajak dia jalan sambil baca ayat kursi...dia pun ikut sama dalam keadaan teresk-esak...
Tak lama pastu...seorang muslimin datang....aku pun tak pasti apa yang dilakukannya...
dia panggil Intan ke depan surau...nampak dia bermunajat.... tiba-tiba Intan mengelupur..
"Allahuakbar...Allaaaaaaaaaaahukabar...."
muslimin tu start azan...Intan pun berlari ke pintu.. aku pun terkam dia...aku tau dia mesti sakit aku buat camtu...tapi bila aku fikir jin yang ada dalam badan Intan, aku mest tolong Intan...

Selepas Intan diubati oleh ustaz Z...Intan dapat lihat...ada dikalangan Jin yang duduk di dalam surau...ada yang solat dan ada yang mengaji...

Jelas depan mata aku...aku pernah dengar je yang kalu syaitan dengar azan dia lari pi bilik air... tapi malam tu betul...Jin dalam badan Intan jugak tak tahan dengar azan.... dan jelas juga bahawa semua makhluk beribadat pada Allah....SubhanAllah...

Kisah tiga:

Kejadian ni pun di surau jugak...Setelah bertungkus-lumus ustaz nak keluarkan jin dalam badan Nona..Nona punpengsan...ustaz suh dia tido dulu...ustaz kate ustaz nak pi makan...semua muslimin balik...tinggal la beberapa orang muslimat dalam surau tu...Aku pegang tangan Nona... Aku pun takut-takut berani je....tapi sebab kesian sangat tengok Nona.. kami pun duduk dekat keliling dia...tiba-tiba seorang sahabat bersuara:
"Kalu Allah nak keluarkan jin ni dari badan Nona ni, sekelip mata Allah boleh kuarkan...tapi Allah nak tengok usaha kita nak tolong Intan..."
Semua terdiam.... dan kami semua setuju untuk bermunajat pada Allah sendirian... Kami semua diam membisu...terlihat seorang demi seorang menitiskan air mata....Pengharapan hanya pada Allah sebab kami dah tak tau lagi nak buat apa...semua diam...berdoa dalam hati moga Allah mudahkan urusan Nona...

Tiba-tiba....

kaki Nona kejang...Nona bergerak-gerak...mukanya berkerut..kakinya tertarik ke muka pintu.. kami semua pegang tangan Nona...Nona bangun dan terus muntah... kami tanya Nona..
"ok tak?"
"Kenapa Nona ada kat surau ni???"
"Kami semua tersenyum...Nona dah kembali...

Aku terdiam seketika...air mata tak henti-henti jatuh...
semua yang ada sujud syukur...sebenarnya pergantungan
dan persandaran makhluk hanya pada Allah.....!! Sebelum balik, Nona kata 'benda tu tengok dia dari luar surau......................

Mugkin nampak cam merepek apa yang au cuba
sampaikan...tapi itulah hakikatnya....Allah telah menyususn atur semua secantiknya....Manusia yang perlu meneroka mencari hikmah yang ada di dalamnya... Alhamdulillah...ukhuwah kami semakin rapat....InsyAllah..kekal hingga ke jannah....
p/s: Intan kata ada yang menokok tambah cerita sebenar.... Kalu sesiapa tahu kisah sebenar,perbetulkanlah...takut da segelintir yang menokok tambah bawak aib sahabat muslim kita plak....nauzubillah...




Friday, April 17, 2009

Siapa?? Siapa??


Dalam dunia ni banyak jenis orang ada...tapi setiap orang berbeza antara satu sama lain.... bezanya banyak kategori... berbeza saiz.... ada kecik, ada besar.....ada rendah, ada tinggi.... berbeza pandangan... ada cerdik, ada kurang cerdik.... berbeza ideologi.... ada sekular, ada sosialis.... dan macam-macam lagi yang tak terkategori....

tapi..kat sini, saya nak kategorikan beberapa orang yang kekadang ciri-ciri tu ada pada kita... so...jom muhasabah....

Siapakah orang yang sibuk???

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seperti dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman...



Siapakah orang yang manis senyumannya??



Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila tiba musibah kepadanya, dia berkata "inna lillahi wainna ilaihi rajiun" sambil berkata : "Ya Rabbi, aku redho dengan ketentuanMu ini.." sambil tersenyum...

Siapakah orang yang kaya??

Orang yang kaya ialah orang yang sentiasa bersyukur dengan kenikmatan yang ada dan ingat tentang kenikmatan dunia yang sementara...

Siapakah orang yang miskin??

Orang yang miskin ialah orang yang tidak pernah merasa cukup dengan nikmat yang diberikan dan sentiasa mengharapkan harta-benda....

Siapakah orang yang rugi??

Orang yang rugi ialah orang yang sudah berada di usia pertengahan tetapi masih liat melakukan amal ibadah....



Siapakah orang yang cantik??

Orang yang cantik adalah orang yang berakhlak dengan akhlak yang mulia...

Siapakah orang yang paling luas rumahnya??

Orang yang mempunyai rumah yang luas adalah orang yang mati membawa amal kebajikan, di mana waktu dikubur, kuburnya akan diluaskan saujana amata memandang....

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit??

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang tidak membawa amal kebajikan maka kubur akan menghimpitnya ketika mati....

Siapakah orang yang berakal??


Orang yang berakal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akalnya di dunia untuk mengelakkan diri dari siksa neraka...

p/s: InsyaAllah post akan datang nak cite pengalaman 'baru' yang pelik tapi benar...insyAllah akan diulas dengan baik untuk iktibar kita semua...dah minta kebenaran dan dapat sokongan sahabat yang 'mengalami'...insyaAllah... bertemu di post akan datang...

Thursday, April 9, 2009

Islam and Science

Doktor, Islam dan Logik :
Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden
Disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azhar

Doktor memulakan syarahannya dengan
membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak

"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di
tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka
8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan
8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati
syarahannya secara
ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,
beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan
tangan kanannya dan kemudian
membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan
mengambil sedikit garam menggunakan
jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita
ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi
konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan
kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong
proses penghadaman (digestion), ia merupakan
the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari
kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita
berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah
yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral,
garam juga adalah penawar yang paling mujarab
bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital,
the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk
halus yang inginmengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan
itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmallah (BismillahirrahmaNirrahim).
Membaca Basmallah sebelum makan untuk
mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmallah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri
walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg
besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana
apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide,
yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan
cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali
orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang
berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotic yg dapat melawan penyakit.
Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit
sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin
didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100
kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya,
suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan
virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah
antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100kali
ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody
sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati
agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia
terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi(cube). Ia terletak diposisinya
sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para
cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,
tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang
yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar,Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan
kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Monday, March 16, 2009

normal vs pemulihan???



agak-agak kelas yang comel ni kelas pe??
hemm ni la kelas pra sekolah...tak perlu rasanya aku mentionkan nama sekolah ini...mungkin kisah di bawah ini akan menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak... biarlah rahsia....

sangat seronok melawat sekolah ni...
kami diberi arahan untuk menyudahkan assignment dengan melawat kelas pemulihan di sekolah ni...
yela kami kos pemulihan jadi kami diminta mengadakan lawatan dan membuat laporan berkenaan kelas pemulihan...
banyak perkara baru yang aku belajar di sini.....
aku nak berkongsi berkenaan seorang murid bernama farhan...dia sangat comel...
kalu dilihat pada zahirnya, dia seperti kanak-kanak normal...
tapi alangkah sedihnya apabila kami mendapat tahu bahawa farhan mengalami mental retardation.... sungguh kasihan...tapi aku buat kesimpulan, mungkin dia masih diperingkat awal sebab dia masih boleh mengingat beberapa huruf... A, B, C, D, E.....tu je...
tapi ape yang menarik, bile di suruh mengira, dia boleh mengira sehingga no 20....!!! hebatkan!!! bagi kanak-kanak yang mengalami mental retardation, ia hebat!!!


latihan yang dilakukan farhan


Farhan sepatutnya ditempatkan dikelas pendidikan khas, tetapi sayang..... ibunya malu untuk mengaku anaknya mengalami masalah kecacatan mental..bukan salah ibunya...munkin sukar untuk menerima...harap ibunya akan dibuka pintu hati untuk memudahkan farhan sendiri menerima pembelajaran mengikut tahapnya....

Untuk perkongsian, seseorang kanak-kanak kelas pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran yang serius akan dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut....pemeriksaan doktor hanya akan dijalankan atas kebenaran ibu bapa.... jika ibu bapa tidak setuju untuk membawa anaknya untuk pemeriksaan, maka anaknya akan kekal di kelas pemulihan... tetapi jika ibu bapa setuju untuk mengadakan pemeriksaan dan disahkan oleh doktor bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah pembelajaran, maka kanak-kanak itu akan di bawa ke kelas pendidikan khas....

berbalik kepada cerita kelaas pemulihan tadi, berada di kelas pemulihan memang sangat mencabar...semasa berada di sekolah berkenaan, kami diminta untuk mengajar seorang kanak-kanak semasa mereka mengadakan sesi latihan... aku mengajar seorang kanak-kanak bernama azizah... azizah tergolong dalam kumpulan kedua dalam kelasnya... azizah sudah mampu membaca tetapi masih tidak dapat menyebut dengan betul apa yang diejanya... li-ma.....akan disebut mama......pa-ku akan disebut buku...............................

semasa sesi ini, baru aku tahu bahawa kesabaran yang tinggi perlu dipupuk oleh seorang guru pemulihan...bukan mudah tanggungjawab yang diamanahkan.... ditambah lagi dengan melihat keadaan kanak-kanak pemulihan tersebut...membawa aku berasa bersyukur dengan keadaan aku yang normal jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang upaya... Tapi.......aku juga terfikir, manusia normal kadang-kadang lebih teruk daripada golongan mereka ini....dan manusia normal juga sangat kurang yang bersyukur....
hemmm.....mudah-mudah aku dan rakan-rakan dapat melaksanakan amanah yang diberikan....ameennnn....

Thursday, March 5, 2009

assignment.....coursework....argghhhh... astaghfirullah...

sekarang musim assignment.... memang agak letih berfikir...
tambah plak baru masuk sem degree...
penin...penat....sedih...tension...
huhuhuhu...
tak tau la.....
tapi sebenarnya semua tu tarbiah dari Allah.....
hemm....aku mesti sabar...



kat sini nak kongsi ciri-ciri individu muslim,

1. aqidah yang sah
2. akhlak mulia
3. ibadah yang sahih
4. mujahadah bi nafs
5. bersistematik dan teratur
6. berdikari
7. menepati masa
8. sihat tubuh badan
9. berilmu pengetahuan
10. bermanfaat pada orang lain...

banyak yang tak lengkap pada kita lagi... jom muhasabah diri...


p/s: post kali ni, tak prepare sangat...emosi kurang stabil...
insyaAllah, akan datang pengisian lebih baik...jangan serik lawat blog ni...

-nak bentuk usrah muslimat kelas G7...harap diberkati dan diredhai Allah...