JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Thursday, April 9, 2009

Islam and Science

Doktor, Islam dan Logik :
Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden
Disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azhar

Doktor memulakan syarahannya dengan
membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak

"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di
tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka
8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan
8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati
syarahannya secara
ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,
beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan
tangan kanannya dan kemudian
membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan
mengambil sedikit garam menggunakan
jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita
ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi
konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan
kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong
proses penghadaman (digestion), ia merupakan
the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari
kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita
berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah
yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral,
garam juga adalah penawar yang paling mujarab
bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital,
the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk
halus yang inginmengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan
itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmallah (BismillahirrahmaNirrahim).
Membaca Basmallah sebelum makan untuk
mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmallah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri
walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg
besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana
apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,
kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide,
yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan
cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali
orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang
berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotic yg dapat melawan penyakit.
Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit
sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin
didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100
kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya,
suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan
virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah
antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100kali
ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody
sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati
agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia
terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi(cube). Ia terletak diposisinya
sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para
cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,
tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang
yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar,Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan
kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

No comments:

Post a Comment