JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Wednesday, December 5, 2012

Bekerja untuk Allah

Bukan semua orang tahu apa itu khidmat... aku jugak tak la berapa tahu...cuma bila seorang sahabat sebut tentang khidmat, aku terfikir... dulu, yang aku tahu tentang khidmat adalah berkhidmat. Contoh, orang minta tolong kita bantu, itu khidmat. Kita bekerja untuk satu syarikat itu khidmat... Rupa-rupanya khidmat ni lebih besar dari apa yang aku sangka. Khidmat dapat merendahkan ego seseorang. Khidmat boleh mengingatkan seorang pemimpin agar berlaku adil pada orang bawahannya, seorang anak boleh membantu ibu bapanya dengan senang hati... itu antara perkara yang dinamakan khidmat... sekarang aku berada di rumah. Terlalu banyak perancangan yang dicatat dalam sticky notes PC aku ni... Antaranya khidmat kepada ibu bapa... Ye aku akan berada lama di rumah, ini peluang khidmat aku... Aku suka lihat mak dan abah senyum dan gembira. Walaupun, tak pernah dengar pujian untuk aku atas pertolongan yang diberi, tapi aku tahu ibu bapa ku puas... Mood: Akhlak sahabat nabi Uwais Al-Qarni jadi contoh yang baik... :) Link Kisah Uwais Al-Qarni http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/3680-uwais-al-qarni-siapalah-dia-dibumi-namun-terkenal-langit.html

Sunday, December 2, 2012

Segalanya Bermula Di sini

uhuk3... uhuk3... malu rasa nak mulakan entri ni setelah 9 bulan tak mencatat.. huk3... just a simple word as a beginning... ILMU.... jomtengok TV alhijarh setiap ari khamis, jumaat sabtu dan ahad jam 6.15 petang.. khamis dan jumaat: Tuan guru sheikh nuruddin al banjari al-makki sabtu dan ahad: dr zulkifli al-bakri semua tentang ilmu...
Semuanya bermula di sini... :)

Thursday, March 15, 2012

Impian



Post kali ini merupakan post pertama tahun 2012. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku di IPIP. Moge tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Baru-baru ini abah dan emak bertolak untuk mengerjakan umrah. Sedih pula untuk kali ini sebab abah dan emak akan ke Jerusalem untuk melawat ke sana. Risiko masih ada. Tapi bak kata opah, tengah ada peluang baik pegi aja. Alhamdulillah, selasa yang lalu abah kata selamat dah dan akak bertolak ke madinah. syukur. Namun abah tak pula cerita tentang peluang solat di Masjidil Aqsa. Harap hajat mak dan abah untuk solat di Masjidil Aqsa tercapai.

Abah dan emak sebenarnya memang telah mengimpikan untuk ke Palestin. Berjumpa sedara mara di sana dan bersolat di Kiblat pertama umat Islam itu. Siapa sangka, impian tersebut menjadi kenyataan. Kalaulah tidak solat di Aqsa pun, sekurang2nya telah menjejakkan kaki di sana, bumi bertuah tanah anbiya'.

Jangan berhenti mengejar impian. InsyAllah, tanam niat dari awal untuk ke Masjidil Haram mengerjakan Haji dan mungkin menziarah Al-Aqsa.=)

Saturday, November 19, 2011

Kita Punya Hati

Assalamulaikum...

Kata-kata yang telah menusuk hati ana...walaupun, kata-kata ni simple tapi sangat mendalam maknanya...

"Kita tak punya wang, kita hanya ada hati untuk membantu..."

Adik usrah ana, Fatinnur tiba-tiba bersuara sedang kami rancak berbual berkenaan seorang sahabat yang ditimpa musibah. Bila akhir2 sem ni memang kekurangan kewangan menjadi satu masalah terutama bagi mereka yang membawa kereta dan duduk di rumah sewa. Tapi kata-kata Fatinnur menyebabkan ana tersentak.

Kalau diikutkan untuk memberikan wang kepada sahabat ana yang menghadapi musibah tersebut, secara jujur, tidaklah ana mampu. Namun, hati seorang teman mungkin boleh membantu dia mengurangkan penderitaannya. Prihatin kita, doa kita,sokongan kita sangat membantu mengurangkan kesedihan sahabat.

Kalaulah ana tiada di jalan dakwah ini, mungkin ana juga tidak mampu untuk mewujudkan 'hati' itu....




Sahabat2..sayangnya ana pada entum...moga kita berjiran di syurga...=)

Wednesday, October 5, 2011

Hentikan Please!!!!

Dua tiga hari ni, kesihatan aku tak memberansangkan... kata seorang sahabat, sakit adalah kifarah kepada kita bahawa Allah mahu memberi peringatan atas dosa2 yang kita lakukan....syukur Alhamdulillah...Allah masih sayang pada aku...

tapi ada satu perkara yang aku dok pikir setiap hari...jantung selalu berdegup kencang...aku jadi confius, pelik, keliru, semua jadi satu...demam pun melanda diri...aduh...sebenarnya apa yang jadi pada diri aku...

"ala bukan apa pun...dengar je...bukan maksiat pun...." pelik...tu antara respon yang aku dapat...tapi...telinga aku tulikan...aku nekad....biar aku dipujuk dengan seribu alasan, aku tetap dengan keputusanku...ini melibatkan kesucian ISLAM...ksihan aku pada kawan2 yang tak rela semua ini terjadi....aduss!!! sistem....silibus...atau.....????

aku tahu....semua ini sebenarnya satu perancangan licik untuk meng'hedonisme'kan masyarakat terutamanya golongan muda yang memang suka pada keseronokan...mereka dijadikan hamba kelazatan dunia disebabkan sistem yang disusun dan silibus yang diatur...

ISLAM ITU MUDAH...TIDAK PERNAH MENOLAK FITRAH...Fitrah manusia suka berhibur... betul...!!! Silakan...Tafadhol...Let it be...Allah cume meletakkan guidline pada kita untuk kita ikut...bukan susah...just follow the rule...

percampuran lelaki dan perempuan, tarian yang menggoda, suara yang dilunakkan, pakaian yang menampakkan bahagian2 aurat yang harus ditutup, belum ditambah dengan sorakan dan jeritan...semua itu dicampur dalam satu...

dalam kebingitan itu, mungkinkah ada yang hadir, masih berzikir dalam hati..tidak melihat apa yang dipaparkan..tidak mendengar suara2 lunak itu..dan tidak berbunga di hati melihat persembahan yang menghibur??? kalau ada, siapakah gerangannya...ingin aku berjumpa...

pada fikiran aku, hampir tiada...jika aku sekalipun, pasti akan terbuai dengan semua ini...kerana aku belum layak menjadi Imam Hassan Al-Banna...sebab tu harus aku elakkan...

Bila semua ini akan berakhir...?? Berhentilah...sebelum Allah hentikan semua ini dengan kemurkaanNya....

Wanauzubillah....