JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Wednesday, August 18, 2010

Keperluan@Kehendak

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu dengan kesesakan wang yang menginjak2, akhirnya pada tarikh ini,maka masuklah elaun kami pelatih IPG Kampus Ipoh bagi unit G dan H. bila elaun dah masuk, maka ada sesuatu yang sering difikirkan oleh pelatih maktab iaitu 'shopping'.

memang seronok bershopping ketika duit penuh dalam poket. Waktu ini lah, semua barang bermasalah. Kasut koyak, beg lusuh, hanphone hilang, dan berbagai lagi perkara yang berlaku. Bukan pula salah untuk berbelanja, tapi harus ingat keterbatasan itu mesti ada.
Pada saya cukup sekadar memenuhi keperluan sahaja. Jika bershopping, saya memerlukan masa yang lama. Bukan banyak membeli tetapi saya lebih suka survey barang yang paling murah. Saya akan pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk membeli barang. Bila barang itu murah dan memuaskan hati, barulah saya akan beli. Sekiranya saya rasa tidak dapat memenuhi citarasa saya (murah dan cantik di mata saya) saya takkan beli.

Ada beberapa orang sahabat saya yang pelik melihat cara saya ber'shopping'. Pada mereka, sekiranya cantik dan memuaskan hati, mereka sanggup untuk mengeluarkan wang. Mungkin dengan cara ini, kita dapat memenuhi kepuasan yang ada dalam diri masing-masing. Bukanlah menjadi kesalahan. Silakan.

Cuma bagi saya, Membeli barang cukup sekadar keperluan dan jika ingin memenuhi kehendak, perlu menilai sesuatu barang itu agar kita tidak tertipu oleh orang lain atau tertipu dengan hawa nafsu sendiri.
p/s: baru beli broad band. keperluan yang mendesak, bukan kehendak.

Sunday, August 8, 2010

tudung ekspress

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Ada dua golongan penduduk neraka yang belum pernahku lihat; iaitu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang, dan wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta. wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yang sangat jauh."
Hadith riwayat Muslim


pelbagai jenis tudung

Satu ketika dahulu apabial ada seorang muslimah bertudung, masyarakat akan memandangnya sebagai 'alim' 'wara' dan berpendidikan agama. Sudah semestinya wanita bertudung dikaitkan dengan latar belakang yang baik dan sihat.

Namun zaman beredar. Hari berganti hari, kini bertudung bukan lagi suatu perkara yang pelik. Sesiapa sahaja mampu bertudung. Ditambah pula dengan fesyen tudung yang pelbagai trendy mengikut peredaran zaman. Masing-masing membawa imej tersendiri sehingga nama tudung yang dulu hanyalah tudung, bertukar corak dengan nama yang pelbagai. contohnya, tudung Yuna, Tudung Mawi, Tudung Syiria, Tudung ikin dan tudung Indon.
tudung syria
Dengan adanya tudung-tudung ini, maka semakin ramailah penggemar tudung. Berbagai jenis tudung diperagakan. Kadangkala ia bukan lagi mengikut syariat tetapi lebih kepada peredaran semasa.

Saya bersekolah disekolah menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dari tahu 2000-2004. Pada waktu ini, kami hanya didedahkan dengan istilah tudung labuh. tiada lagi trend2 tudung yang pelbagai waktu ini. Kami juga turut didedahkan dengen hadith di atas.

"....rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta,...."

di sekolah, kami tidak dibenarkan untuk membuat sanggul yang menampakkan bentuk bonggolan. Pasti akan ditegur. Lagipun, kami akan diejek seolah-olah seperti nenek tua sekiranya bersanggul sebegitu. Saya mula terfikir, adakah manusia yang sanggup mengikat sanggul dengan tinggi seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah dalam hadithnya???

tetapi setelah saya mencecah umur 23 tahun iaitu pada tahun 2010, maka terbuktilah hadith Rasulullah bahawa wujud mereka yang suka mengikat sanggul seperti yang terdapat dalam hadith. Kita mungkin tidak perasankan hal ini, namun itulah hakikatnya. Wanita kini gemar mengikat rambut (membentuk sanggul) meletakkan pin di bahagian belakang leher. Jika diperhatikan betul2:

1. Pin yang diletakkan dibelakang leher, menarik tudung itu kebelakang dan membentuk bentuk leher di bahagian depan.

"...wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang.." (menampakkan bentuk tubuh)pin di belakang tudung


2. ikatan rambut dibahagian belakang akan jelas kelihatan.

"....rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta"
Sebaiknya,

1. Pastikan tudung tidak jarang
2. Pastikan tudung tidak menampakkan bentuk tubuh dengan sengaja(leher)
3. Pastikan tidak kelihatan jelas sanggul (jika berambut panjang, cukuplah mengikat sekadar yang perlu)

Oleh itu, tidak salah untuk mengikut trend semasa. tetapi harus diletakkan syariat ditempat pertama. Harus dinilai adakah trend itu, menyalahi tuntutan syarak atau tidak. Kerana setiap amalan akan dipertanggungjawabkan walau sebesar zarah. Dikhuatiri niat kita untuk melakukan amal soleh namun tidak dipandang oleh Allah atas sebab ketidak sempurnaan dari sudut syariat. nauzubillah..Sama-sama kita renungkan.

wallahua'lam

Friday, August 6, 2010

Double S..

assalamualaikum...
Double S..
Susah dan Senang...
tarbiah...
Senang juga tarbiah..
susah juga tarbiah...
susah pun susah
senang pun susah...

senang itu payah...
susah jugak payah...
apa yang senang...
kembali pada Allah...
tarbiah milik Allah...
kita hamba...

Saturday, July 10, 2010

orang baik masuk syurga ke?


semalam saya berpeluang untuk pulang ke rumah. Selepas solat isya' abah dan mak mengajaka saya untuk makan malam bersama di sebuah restoran di pekan tapah. Kami memang selalu makan di situ kerana menunya yang sedap dan layanannya yang baik. sepanjang perjalanan ke pekan tapah, mak menceritakan sesuatu. satu cerita yang amat menyentuh hati. ceritanya bermula di sebuah kampung....

seorang perempuan tua tinggal bersama dua orang anaknya di sebuah kampung. Mereka hidup dalam suasana miskin. seorang anaknya sangat soleh. rajin membantu ibunya, membuat kerja-kerja rumah, solatnya tak pernah tinggal dan sering mendoakan ibunya. dia sangat dikagumi ibunya.

lain pula dengan anaknya tang seorang lagi. dia sangat degil, keras kepala, sering bergelumang dengan kemaksiatan, najis arak, judi, menjadi mainannya. ntah berapa ramai wanita pula menjadi korban nafsu serakahnya. si ibu sangat khuatir dengan sikap anaknya itu.

lalu setiap hari, ibunya sering mendoakan anaknya yang bergelumang maksiat itu untuk segera menemui pintu taubat. dia malah khuatir sekiranya anaknya mati dalam suul khotimah.

lalu, pada satu malam, anaknya yang fasiq itu tidak pulang ke rumah. malam telah larut. ibu mulai risau. lalu diminta anaknya yang soleh mencari adiknya. lalu tanpa membantah, anaknya yang soleh keluar mencari adiknya di merata tempat.

hampir semua kawasan dicari, namun tidak ketemu. dia pun mula melangkah ke sebuah rumah tumpangan. di situ terlihat para pelacur yang setia menunggu mangsanya. apabila tiba di sana, tanpa menoleh ke arah pelacur-pelacur tersebut, si lelaki itu bertanya tentang adiknya.

lelaki: ada kamu melihat adik aku?
pelacur: kenapa tergesa-gesa. dia tiada di sini. tapi aku ada untuk kamu.

pelacur itu terus menggoda lelaki itu. lelaki itu mengelak dengan mengatakan bahawa segala perbuatan itu haram. Namun, setelah dipujuk rayu dan terminum najis arak hasil godaan perempuan itu, maka dia juga terlanjur.

si ibu di rumah semakin khuatir kerana guruh mulai berdentum dan kilat sabung menyabung. si ibu mulai tekad untuk menyusuli anaknya yang soleh menacri adiknya. tiba2, ribut taufan bertiup menghancurkan seisi kampung. semua mulai berlindung di dalam rumah. setelah ribut reda, barulah si ibu meneruskan perjalanan untuk mencari anaknya.

si ibu singgah di masjid untuk menunaikan solat subuh. tiba2 si ibu melihat orang ramai mengerumunisesuatu. alangkah terkejut si ibu melihat anaknya yang banyak melakukan maksiat terbujur kaku di masjid dengan pakaian solat dan quran di dada. maka bersyukurlah ibu kerana anaknya mati dalam husnul khatimah.

lalu setelah selesai solat subuh, ibunya terus mencari anaknya yang soleh untuk membantu mengebumikan adiknya. namun alangkah terperanjatnya si ibu apabila diberitahu orang kampung bahawa anaknya yang baik itu mati di dalam sebuah rumah tumpangan bersama seorang pelacur dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. si ibu lantas menangis teresak2.

si ibu mulai sedar, dia sering mendoakan anaknya yang fasiq agar mati dalam husnul khotimah, namun dia lupa untuk mendoakan anaknya yang soleh agar tetap teguh dengan iman dan memperoleh husnul khatimah juga.

kesimpulannya: sentiasalah mendoakan orang yang kita sayangi tidak kira seseorang itu sudah baik atau sering melakukan maksiat kerana hati ini milik Allah dan Dia juga yang berhak memeberi hidayah dan Dia juga berhak membolak balikkan hati manusia.

P/s:

"Allahummakhtimlana bihusnil khotimah.. wala takhtim alaina bi suuil khotimah"

"rabbana la tuzikh qulubana, ba'daiz hadaitana wahablana milladun karahmah.. innaka antalwahhab."

Saturday, July 3, 2010

Kecintaanku


Syukur dan semua pujian milik Allah Tuhan Sekalian Alam dan Muhammad Rasulullah pembawa rahmat seluruh alam.

Semalam saya telah berkesempatan menedengar satu ceramah yang disampaikan oleh ustaz Mohd Zawawi Yusoh seorang pensyarah UIAM menerusi internet.

Kecintaan kita kepada Nabi Muhammad tidaklah cukup hanya dengan menyatakan rasa cinta namun tidak langsung menjiwai perasaan itu. maka ustaz mengesyorkan beberapa perkara sebagai panduan untuk kita meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. antaranya ialah:

1. Tidak hanya menyambutan sambutan Maulidur Rasul setahun sekali. Tetapi lebih kepada mendalami Rasulullah scara berkala iaitu dengan cara- membeli buku berkaitan kehidupan Rasulullah, rupa parasnya, cara bercakap dan sebagainya
2. Memdalami sifat nabi dengan mebeli buku2 yang mengandungi hadis berkaitan peribadi Rasulullah- bermula dari Rasulullah bangun tidur, berjalan, akhlah dengan isterinya, dengan sahabatnya, tutur kata, cara berjalan, cara berniaga dan sebagainya
3. Jika berkemampuan, pergilah ke Madinah untk melawat makam Rasulullah
4. Berselawat dengan sebanyak-banyaknya
5. Juga berselawat kepada sahabat dan kaum keluarga baginda yang telah bersama2 dengan baginda menyebarkan Islam
6. Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat- mengenali sahabat2 Rasulullah
7. Mengikuti sunnah Rasulullah
8. Mengikut para alim ulama yang mengikuti perjuangan Rasulullah dan memperjuangkan Islam

Ini adalah antara isi perbuincangan yang sempat saya catatkan. Banyk lagi perkara yang dapat kita lakukan seperti apa yang diperintahkan Allah dan yang disuruh oleh Junjungan besar Muhammad SAW. InsyAllah, moge kita berada bersama baginda di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.