JellyPages.com
Blogger Widgets

Followers

Friday, April 17, 2009

Siapa?? Siapa??


Dalam dunia ni banyak jenis orang ada...tapi setiap orang berbeza antara satu sama lain.... bezanya banyak kategori... berbeza saiz.... ada kecik, ada besar.....ada rendah, ada tinggi.... berbeza pandangan... ada cerdik, ada kurang cerdik.... berbeza ideologi.... ada sekular, ada sosialis.... dan macam-macam lagi yang tak terkategori....

tapi..kat sini, saya nak kategorikan beberapa orang yang kekadang ciri-ciri tu ada pada kita... so...jom muhasabah....

Siapakah orang yang sibuk???

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seperti dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman...



Siapakah orang yang manis senyumannya??



Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila tiba musibah kepadanya, dia berkata "inna lillahi wainna ilaihi rajiun" sambil berkata : "Ya Rabbi, aku redho dengan ketentuanMu ini.." sambil tersenyum...

Siapakah orang yang kaya??

Orang yang kaya ialah orang yang sentiasa bersyukur dengan kenikmatan yang ada dan ingat tentang kenikmatan dunia yang sementara...

Siapakah orang yang miskin??

Orang yang miskin ialah orang yang tidak pernah merasa cukup dengan nikmat yang diberikan dan sentiasa mengharapkan harta-benda....

Siapakah orang yang rugi??

Orang yang rugi ialah orang yang sudah berada di usia pertengahan tetapi masih liat melakukan amal ibadah....



Siapakah orang yang cantik??

Orang yang cantik adalah orang yang berakhlak dengan akhlak yang mulia...

Siapakah orang yang paling luas rumahnya??

Orang yang mempunyai rumah yang luas adalah orang yang mati membawa amal kebajikan, di mana waktu dikubur, kuburnya akan diluaskan saujana amata memandang....

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit??

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang tidak membawa amal kebajikan maka kubur akan menghimpitnya ketika mati....

Siapakah orang yang berakal??


Orang yang berakal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akalnya di dunia untuk mengelakkan diri dari siksa neraka...

p/s: InsyaAllah post akan datang nak cite pengalaman 'baru' yang pelik tapi benar...insyAllah akan diulas dengan baik untuk iktibar kita semua...dah minta kebenaran dan dapat sokongan sahabat yang 'mengalami'...insyaAllah... bertemu di post akan datang...

1 comment:

  1. biar miskin harta tp jgn miskin jiwa. baik dapat sedikit tp bersyukur dgn apa yg ada dari dapat byk namun sentiasa tidak rs mencukupi.

    ReplyDelete